refleksi meneroka bahan.docx

4
TUGASAN 3 (REFLEKSI) Sebagai pembuka kata refleksi kerja kursus Meneroka Bahan (SCE 3053), saya mengucapkan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Eva Nathylea Binti Wastin amat berbesar hati kerana kerja kursus yang diberikan berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku sekiranya tiada dorongan dan galakan daripada pensyarah, ibu bapa dan kawan-kawan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mengkaji beberapa topik yang terkandung dalam kursus SCE 3053 ini seperti topik bijih dan mineral, penggunaan alcohol dan juga topik asid karbosilik dan ester. Daripada kajian topik-topik tersebut, saya telah memaparkan pengetahuan tersebut kepada bentuk pengurusan grafik. Pemindahan maklumat kepada bentuk pengurusan grafik sesungguhnya memberikan impak positif kepada saya kerana saya dapat memahamai dan mengingati sesuatu maklumat dalam sesuatu topik dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Saya begitu teruja sekali sewaktu melakukan aktiviti amali dan menulis laporan kerja amali kerana tugasan tersebut begitu mencabar kerana ia melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia .Secara jujur saya mengatakan bahawa pembelajaran secara amali amat berkesan kerana pembelajaran tersebut melibatkan pengalaman sepenuhnya di mana ia dapat meningkatkan keupayaan saya untuk berfikir secara kritikal dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling

Upload: eva-nathylea

Post on 16-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi meneroka bahan

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi meneroka bahan.docx

TUGASAN 3 (REFLEKSI)

Sebagai pembuka kata refleksi kerja kursus Meneroka Bahan (SCE 3053), saya

mengucapkan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Eva Nathylea Binti

Wastin amat berbesar hati kerana kerja kursus yang diberikan berjaya saya

sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku sekiranya tiada dorongan dan galakan

daripada pensyarah, ibu bapa dan kawan-kawan saya sepanjang menyiapkan kerja

kursus ini.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mengkaji beberapa topik

yang terkandung dalam kursus SCE 3053 ini seperti topik bijih dan mineral,

penggunaan alcohol dan juga topik asid karbosilik dan ester. Daripada kajian topik-topik

tersebut, saya telah memaparkan pengetahuan tersebut kepada bentuk pengurusan

grafik. Pemindahan maklumat kepada bentuk pengurusan grafik sesungguhnya

memberikan impak positif kepada saya kerana saya dapat memahamai dan mengingati

sesuatu maklumat dalam sesuatu topik dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Saya begitu teruja sekali sewaktu melakukan aktiviti amali dan menulis laporan

kerja amali kerana tugasan tersebut begitu mencabar kerana ia melibatkan penggunaan

bahan-bahan kimia .Secara jujur saya mengatakan bahawa pembelajaran secara amali

amat berkesan kerana pembelajaran tersebut melibatkan pengalaman sepenuhnya di

mana ia dapat meningkatkan keupayaan saya untuk berfikir secara kritikal dan

berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling

penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi kehidupan yang

pelbagai. Melakukan kerja amali bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan

penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami

sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut misalnya tajuk penyediaan sabun

dan detergent yang telah dilakukan. Pembelajaran secara amali merupakan suatu

aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu,

kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan. Tambahan pula menulis

laporan kerja amali berdasarkan amali yang telah dibuat dapat memberi peluang untuk

memahami dan menjelaskan dengan perkataan sendiri .Melalui penulisan laporan juga

Page 2: refleksi meneroka bahan.docx

saya dapat mempelajari sesuatu konsep dengan menyusun data iaitu melibatkan aras

pengetahuan dan mendapatkan isi yang penting dalam sesuatu data yang diberikan

iaitu melibatkan aras kefahaman. Tugasan tersebut tidak selesai di situ sahaja ,saya

juga perlu menjawab soalan-soalan yang berkaitan bagi setiap aktiviti kerja amali yang

telah dijalankan .Bagi saya ini menambahkan lagi satu kefahaman yang lebih baik.

Daripada eksperimen yang telah saya laksanakan itu juga, saya telah

mempelajari cara-cara pengendalian amali yang tepat. Pengetahuan ini adalah penting

kepada saya sebagai bakal guru kerana semua yang saya pelajari itu boleh saya

aplikasikan dalam proses pengajaran sains pada masa kelak. dengan mengendalikan

eksperimen, murid-murid akan lebih memahami topik yang disampaikan seterusnya

dapat mewujudkan pembelajaran bermakna kepada murid-murid.

Dapatan daripada aktiviti pengetahuan pedagogi dan isi kandungan pula

memberikan satu pengalaman yang begitu besar dan bermakna sekali terutama aktiviti

yang dibuat iaitu penghasilan kertas kitar semula secara tidak langsung kita mengetahui

penggunaan semula bahan terbuang merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan

kuantiti bahan buangan dan cara-cara kitar semula .Begitu juga dengan penghasilan

kolaj yang dibuat menggunakan bahan semula jadi dan bahan buatan membuatkan

saya lebih bersikap kreatif. Dan soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti

pengetahuan pedagogi dan isi kandungan juga secara tidak langsung memberi

pengetahuan serta ilmu dan kefahaman yang lebih mendalam.

Sewaktu menjalankan PBS pula, kesukaran untuk mendapatkan guru yang

mempunyai masa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabar

kerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti lain. Walaubagaimanapun

masalah ini dapat diatasi dengan baik apabila kami berbincang dengan guru sains

tersebut untuk meluangkan satu masa untuk masuk ke dalam kelas beliau semasa

beliau melaksanakan sesi PdP bersama dengan murid-murid tahun 3C.

Secara kesimpulannya, setelah selesai melakukan tugasan ini ,saya lebih

menyedari tentang kelemahan dan kekuatan diri di mana saya cuba melakukan yang

Page 3: refleksi meneroka bahan.docx

terbaik dalam penghasilan Tugasan Projek ini dan kelemahan atau kekurangan menjadi

satu kekuatan diri pada masa akan datang .

Sekian.