refleksi memadam api

10

Click here to load reader

Upload: joekumbang

Post on 25-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Refleksi Pemadaman api

TRANSCRIPT

REFLEKSITugasan PKE3102 Pendidikan Keselamatan yang diberikan kepada kumpulan PJPK Kohort 2 bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui isu-isu keselamatan di sekolah.Saya diberikan tugasan Keselamatan di Bengkel Kemahiran Hidup.Oleh itu saya telah menyiapkan tugasan yang diberi oleh En. Raja.Kami diberi ujian amali cara-cara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan memasang anduh.Tujuan amali untuk mendedahkan kepada pelajar untuk menghadapi situasi sebenar jika menghadapi kecemasan.Contohnya apabila berlakunya kebakaran kecil maka kita boleh menggunakan alat pemadam api sebelum ianya merebak.Begitu juga sekiranya kita menghadapi kes=kes kecemasan seperti patah,luka dan sebagainya.Pengetahuan yang kita miliki amat diperlukan semasa kecemasan untuk meminimumkan kecederaan.Sebelum itu mari kita tinjau apakah ia alat pemadam api. Alat pemadam api ialah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter).Ianya dikendalikan secara manual.Ianya juga bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api.

Alat pemadam api

Berikut adalah jenis kelas pemadam api dan media pemadamannya:KELAS A (Api pepejal) solid fireI. Api kayuII. Api kertasIII. Api SampahIV. Api kainV. Air & Debu kering

KELAS B (Api Cecair) Liquid FireI. Api MinyakII. Api CatIII. Api VarnishIV. Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS C (Api Wap dan Gas) gas &Stim FireI. ButanaII. PropaneIII. Oxy acetalaneIV. Gas (LPG)V. Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid

KELAS D (Api Logam) Matel FireI. PotaosiumII. SodiumIII. KalsiumIV. MagnesiumV. Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder

Berikut jenis-jenis pemadam api:i) Pemadam api serbuk kering ABCBerat:12kg atau 3kgWarna:BiruJenis api yang boleh dipadamkan:A,B dan CCatatan :Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan

ii) Pemadam api Karbon dioksidaBerat:3kgWarna:HitamJenis api yang boleh dipadamkan:Api dari peralatan elektrikCatatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka

iii) Pemadam api serbuk kering ABCBerat:12kg dan 3kgWarna:MerahJenis api yang boleh dipadamkan:A, B, C dan api dari peralatan elektrikCatatan:Boleh digunakan sekali sahaja.

ANATOMI ALAT PEMADAM API

Jenis pemadam api yang selalu digunakan di premis-premis sekolah,bangunan kerajaan,rumah dan sebagainya adalah jenis serbuk kering(dry powder). Alat pemadam api jenis serbuk kering ini tidak boleh digunakan untuk memadam api jenis logam. Alat pemadam api jenis serbuk kering mempunyai kebolehan memadamkan kebakaran kelas A, B dan C dan lebih baik berbanding dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida.Cara penggunaan pemadam api serbuk keringPilih alat pemadam api yang sesuai, pastikan ke mana arah angin dan ikut arah angin semasa menggunakannya dan praktikkan kaedah PASS. Kaedah PASS adalah PULL (tarik) iaitu tarik pin atau cabut pin keselamatan, AIM (hala atau tujukan) arahkan nozel ke arah api, SQUEEZE (tekan) tekan pemegang liver dimana agen pemadam akan dipancutkan keluar dan SWEEP (layangkan) layangkan nozel ke kiri dan kanan bagi menyegerakan proses pemadaman api.Harus diingat halakan nozel terus ke pangkal api.jika gagal berbuat demikain,api akan terus menyala.

Kaedah PASSPPull (Tarik/cabut pin keselamatan)

AAim (Arahkan nozel ke arah punca api)

SSqueeze (Tekan pemegang leverdimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar)

SSweep (Layangkan nozel / hos ke kiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman)

Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api

Pada 29 2013 pukul 2.30 petang telah diadakan amali pemadaman api bertempat September di padang IPGKRM.Seramai 22 pelajar telah mengikuti amali pemadaman api beserta anatomi pemadam api. Amali pemadaman api telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan ujian tersebut.Sebelum ujian diadakan saya telah menghafal anatomi pemadam api beserta cara-cara mengendalikannya.Memang selama ini saya tidak tahu cara mengendalikan alat pemadam api.Secara teori memang nampak mudah tetapi semasa perlaksanaan macam-macam perkara boleh berlaku. Pelbagai persediaan telah dibuat contohnya AJK Persiapan menyediakan minyak diesel,tong api,pemadam api dan lain-lain lagi.Saya difahamkan semua pelajar akan diuji kefahaman tentang alat pemadam api dari segi anatomi,jenis pemadam api,cara mengendalikannya dan amali pemadaman api menggunakan api yang sebenar.

Kekuatan amaliSaya amat beruntung mendapat kerjasama yang baik daripada rakan-rakan.Mereka bersungguh-sungguh menjayakan ujian amali ini.Contohnya saudara Hamiza telah bersusah payah menyediakan tong untuk menyalakan api.Selain itu juga ada rakan lain yang menyediakan minyak diesel untuk dijadikan bahan pembakaran.Semua ini telah menyumbang kepada kejayaan ujian amali tersebut.Pengetahuan yang dipelajari sebelum ujian amali benar-benar telah membantu.Saya telah menghafal anatomi pemadam api, jenis pengkelasan dan cara-cara memadam api.Tidak timbul sebarang masalah untuk menyampaikan kepada penilai anatomi pemadam api dan cara menggunakannya.Saya begitu yakin dapat menerangkan kepada pensyarah penilai kerana sebelum itu telah berbincang dengan rakan-rakan yang lain.Kami berbincang bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya dan saling mengadakan sumbang saran.Rakan-rakan sekelas juga tidak lokek memberikan ilmu dan berkongsi pendapat.Kemudian cuaca juga memainkan peranan yang sangat penting.Semasa amali pemadaman api, angin bertiup kencang lalu membolehkan saya mengenalpasti arah tiupannya.Mengetahui arah angin adalah sangat penting kerana semburan dilakukan ikut arah angin.Jikalau tidak,semburan akan melawan balik kepada kita dan api kembali marak.Kelemahan Ini adalah contoh tin api untuk dijadikan tempat pemadaman api.Semasa ingin menyalakan api timbul sedikit masalah.Ini kerana campuran diesel dengan air tidak seimbang.Saya menggunakan kayu dan daun yang kering untuk memulakan api.Cara ini berkesan dan dapat menyalakan api dengan maraknya.Selain itu semasa amali juga terdapat masalah dalam kekurangan peralatan.Contohnya alat pemadam api yang tidak mencukupi.Hal ini menyebabkan penggunaan alat pemadam api tidak dapat digunakan secara maksimum.Juga pelajar-pelajar terpaksa berkongsi peralatan.Saya juga melihat ada rakan-rakan yang lain semasa memadamkan api tidak melakukannya mengikut prosedur.Sepatutnya mereka memadamkan api dengan menghalakan hos kepada pangkal api.Jika tidak berbuat demikian boleh menyebabkan api semakin marak.Kelemahan yang lain ialah kurangnya pemahaman yang jelas kepada pelajar.Contohnya pelajar tidak mempraktikkan kembali proses pemadaman api secara detail.Hal ini boleh menyebabkan pembelajaran tidak lagi berkesan.Akhir kata amali pemadaman api telah berjaya membuka minda saya kepentingannya kepada keselamatan.Cuba bayangkan apabila sesuatu kecemasan berlaku kita tidak dapat menggunakan alat pemadam api secara berkesan kerana kurangnya kefahaman.

MOHD AIDIL DZULASRI BIN AHMAD (770825-10-5597) Unit PJ 1Program Pengsiswazahan GuruIjazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani RendahDengan KepujianAmbilan Februari 2012