refleksi mat kalkulus

Download Refleksi Mat Kalkulus

If you can't read please download the document

Upload: nur-farah-hana

Post on 02-Aug-2015

480 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ipg student

TRANSCRIPT

REFLEKSI TUGASAN PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK (WAJ 3107) Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniany a tugasan Perancangan dan Pengajaran Matematik (WAJ 3107) ini dapat disiapkan da lam jangka waktu yang telah ditetapkan. Di dalam tugasan ini, kami dikehendaki m enghasilkan rancangan pengajaran Matematik berstruktur mengikut format yang sesu ai, membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai dengan tajuk-tajuk dalam kuri kulum KBSR dan KSSR dan mengetahui proses P&P Matematik sekolah rendah dalam bil ik darjah. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan baru yang kami perolehi. Tu gasan pertama yang kami lakukan ialah mencari artikel-artikel yang berkaitan den gan sukatan pelajaran Matematik yang kami pilih iaitu berkenaan topik Bentuk dan Ruang. Setelah berjaya mencari dua artikel tersebut, kami dikehendaki mencari a rtikel berkenaan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Saya dan rakan sekump ulan iaitu Nur Ain Izzati Bt Mohd Nuruddin membahagikan tugasan bagi mempercepat kan kerja kami. Saya menterjemah dan menganalisis dua artikel berkenaan dengan s ukatan pelajaran Matematik iaitu Polygon Possibilities dan A Foxy Loxy and A Lal lapalagram. Proses menterjemah dan menganalisis artikel tersebut sangat sukar me mandangkan setiap artikel mempunyai lebih kurang tujuh muka surat. Namun begitu, saya berjaya menganalisisnya setelah mengambil masa beberapa hari. Terdapat banyak input yang saya peroleh daripada kedua-dua artikel tersebut. Ben arlah, tugas guru bukan hanya terhad kepada mengajar semata-mata. Guru juga perl ulah bersikap inovatif ketika menjalankan tugas supaya murid-murid dapat memaham i apa yang diajar guru dengan berkesan. Keberkesanan proses pengajaran adalah sa ngat penting di mana murid-murid yang hanya menghafal fakta tanpa memahami apa y ang tersirat di sebaliknya tidak dapat melangkah lebih jauh. Setelah menyiapkan tugasan pertama tadi, saya dan rakan sekumpulan menghasilkan Bahan Bantu Mengajar berupa Tangram yang sesuai dengan topik yang kami pilih. Ka mi menggunakan polisterin untuk menghasilkan tangram. Bagi menaikkan seri tangra m tersebut, kami menggunakan kertas felt pelbagai warna. Proses penghasilan tang ram ini agak mudah kerana rakan sekumpulan memberikan kerjasama yang sepatutnya. Namun begitu, wang banyak dihabiskan dalam proses menghasilkan tangram ini. Kesimpulannya, melalui penghasilan tugasan ini, kami dapat memahami proses penga jaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah melalui penghasilan RPH. Sela in itu, kami dapati guru perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk menar ik minat murid di dalam kelas. Dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang mena rik, proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lan car.