refleksi makro

2
Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menyelesaikan amali makro dengan jayanya. Dalam melaksanakan penyediaan amali ini terdapat sedikit halangan. Antara halangannya ialah dalam penyediaan rancangan pengajaran harian. Saya sebenarnya tidak berapa mahir dalam membuat dan merancang rancangan pengajaran harian dalam bilik darjah. Namun begitu saya tidak berputus asa untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berbangga saya dapat menyiapkan juga rancangan pengajaraan harian dengan bantuan rakan-rakan. Rancangan pengajaran yang perlu dibuat ialah rancangan pengajaran kurikulum standard sekolah rendah. Semasa saya menjalankan sesi amali, saya berasa amat gugup sekali tetapi dengan sokongan rakan-rakan saya dapat mengawal kelas dengan baik. Walaupun kurang pergerakan, tetapi saya cuba dekatkan dengan murid dengan menggunakan bahasa badan. Saya mendapati murid- murid lebih menumpukan perhatian apabila guru menggunakan bahasa badan semaksimum mungkin. Pembelajaraan akan menjadi sangat menarik lagi apabila ditambah dengan peneguhan positif kepada pelajar. Aktiviti yang saya jalankan adalah dalam bentuk kumpulan. Pelajar-pelajar berkerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang telah saya berikan. Saya turut berbangga dengan pengajaran saya kerana murid- murid memahami apa yang telah saya ajar. Namun terdapat sedikit kekurangan yang saya dapat kenalpasti iaitu mengenai ketegasan seorang guru. Seorang guru perlu menunjukkan ketegasan semasa mengajar didalam kelas. Reaksi muka yang sesuai dengan

Upload: ayahanda-uki

Post on 12-Nov-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Alhamdulillah bersyukur kehadrat allah kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menyelesaikan amali makro dengan jayanya. Dalam melaksanakan penyediaan amali ini terdapat sedikit halangan. Antara halangannya ialah dalam penyediaan rancangan pengajaran harian. Saya sebenarnya tidak berapa mahir dalam membuat dan merancang rancangan pengajaran harian dalam bilik darjah. Namun begitu saya tidak berputus asa untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berbangga saya dapat menyiapkan juga rancangan pengajaraan harian dengan bantuan rakan-rakan. Rancangan pengajaran yang perlu dibuat ialah rancangan pengajaran kurikulum standard sekolah rendah.Semasa saya menjalankan sesi amali, saya berasa amat gugup sekali tetapi dengan sokongan rakan-rakan saya dapat mengawal kelas dengan baik. Walaupun kurang pergerakan, tetapi saya cuba dekatkan dengan murid dengan menggunakan bahasa badan. Saya mendapati murid-murid lebih menumpukan perhatian apabila guru menggunakan bahasa badan semaksimum mungkin. Pembelajaraan akan menjadi sangat menarik lagi apabila ditambah dengan peneguhan positif kepada pelajar. Aktiviti yang saya jalankan adalah dalam bentuk kumpulan. Pelajar-pelajar berkerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang telah saya berikan. Saya turut berbangga dengan pengajaran saya kerana murid-murid memahami apa yang telah saya ajar.Namun terdapat sedikit kekurangan yang saya dapat kenalpasti iaitu mengenai ketegasan seorang guru. Seorang guru perlu menunjukkan ketegasan semasa mengajar didalam kelas. Reaksi muka yang sesuai dengan peneguhan amat penting dalam memberi arahan agar pelajar faham dengan lebih jelas.Terakhir, saya berharap dapat meningkatkan lagi kemahiran mengajar saya dengan menggunakn kaedah dan teknik yang menarik ketika mengajar kelak. Terima kasih atas bimbingan pensyarah dan rakan-rakan dalam menyelesaikan tugasan ini.