refleksi m1

9
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063) REFLEKSI MINGGU 1 (14 & 15 Januari 2015) NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin KUMPULAN : PISMP Pengajian Agama 2113 Pada semester 5 ini, dalam bidang Pengajian Profesional, matapelajaran Budaya dan Pembelajaran iaitu EDU 3063 merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua guru pelatih semester 5 sebagai Komponen Teras dalam PISMP. Oleh itu, Encik Awang Razali Bin Awang Karim merupakan pensyarah bagi matapelajaran EDU 3063 ini. Bermula pada minggu pertama semester ini, pensyarah memulakan sesi kuliah dengan sesi taaruf bersama rakan sekelas saya. Setelah itu, pensyarah mengajar kami tajuk pertama dalam matapelajaran ini iaitu Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia. Berdasarkan kuliah tersebut, pensyarah menerangkan tentang pengertian dan konsep budaya. Melalui penerangan tersebut terdapat pelbagai pandangan yang dilontarkan daripada pengkaji masyarakat dan budaya. Antaranya Koentjaraningrat (2002), Robert Bierstedt, Piddington, Alfred Kroeber dan Clyde kluckhohn, Herskovits, E.B Tylor dan Aziz Deraman (1994). Melalui pandangan-pandangan tersebut dapat saya simpulkan bahawa budaya merupakan suatu yang penting untuk dipelajari, dihayati dan difahami oleh seseorang individu lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Hal ini kerana budaya merupakan satu aspek yang luas yang merangkumi pelbagai unsur utama antaranya ialah agama dan kepercayaan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi dan sebagainya. Di negara kita Malaysia ini terdapat pelbagai kelompok budaya yang wujud. Oleh itu,

Upload: nadiahmy

Post on 09-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu 3063

TRANSCRIPT

REFLEKSI

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3063)

REFLEKSI

MINGGU 1 (14 & 15 Januari 2015)

NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin

KUMPULAN : PISMP Pengajian Agama 2113

Pada semester 5 ini, dalam bidang Pengajian Profesional, matapelajaran Budaya dan Pembelajaran iaitu EDU 3063 merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua guru pelatih semester 5 sebagai Komponen Teras dalam PISMP. Oleh itu, Encik Awang Razali Bin Awang Karim merupakan pensyarah bagi matapelajaran EDU 3063 ini.

Bermula pada minggu pertama semester ini, pensyarah memulakan sesi kuliah dengan sesi taaruf bersama rakan sekelas saya. Setelah itu, pensyarah mengajar kami tajuk pertama dalam matapelajaran ini iaitu Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia. Berdasarkan kuliah tersebut, pensyarah menerangkan tentang pengertian dan konsep budaya. Melalui penerangan tersebut terdapat pelbagai pandangan yang dilontarkan daripada pengkaji masyarakat dan budaya. Antaranya Koentjaraningrat (2002), Robert Bierstedt, Piddington, Alfred Kroeber dan Clyde kluckhohn, Herskovits, E.B Tylor dan Aziz Deraman (1994).

Melalui pandangan-pandangan tersebut dapat saya simpulkan bahawa budaya merupakan suatu yang penting untuk dipelajari, dihayati dan difahami oleh seseorang individu lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Hal ini kerana budaya merupakan satu aspek yang luas yang merangkumi pelbagai unsur utama antaranya ialah agama dan kepercayaan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi dan sebagainya. Di negara kita Malaysia ini terdapat pelbagai kelompok budaya yang wujud. Oleh itu, pengetahuan tentang budaya ini amat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu dan bertamadun. Dengan adanya pengetahuan dan pemahaman saya sebagai bakal guru tentang budaya ini, saya akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid agar nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka.

Selain itu, pensyarah juga menerangkan tentang komponen budaya iaitu material dan bukan material. Melalui penerangan ini dapat saya perolehi bahawa peralatan dan kelengkapan seperti rumah dan pakaian merupakan antara budaya material. Manakala kepercayaan, lagu dan tarian tradisional merupakan budaya bukan material. Melalui penerangan ini dapat saya simpulkan bahawa setiap apa yang digunakan atau diamalkan oleh suatu kaum atau bangsa berkait rapat dengan budaya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka terhadap budaya lain agar kita dapat menghormati budaya tersebut dan berfikiran terbuka dalam setiap aspek kehidupan.

Seterusnya pensyarah membincangkan tentang unsur utama budaya iaitu simbol atau lambang, bahasa, nilai dan kepercayaan, norma, teknologi dan resam. Melalui perbincangan ini dapat saya kenalpasti unsur utama budaya yang selama ini tidak saya ketahui secara mendalam. Selain itu, pensyarah juga menerangkan tentang pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok. Antaranya ialah etnik, ras, masyarakat, minoriti dan kelompok.

Secara keseluruhannya, topik pertama ini amat penting kepada setiap individu terutamanya saya sebagai seorang bakal guru untuk mempelajari budaya dengan lebih terperinci dan mendalam. Dalam konteks profesional keguruan ini, dengan adanya pemahaman tentang budaya, saya akan lebih bersedia untuk berhadapan dengaan murid daripada pelbagai budaya. Ini dapat membantu saya untuk tidak bersifat prejudis terhadap pelajar dan akan sentiasa lebih berhemah dan menghomati nilai serta amalan budaya setempat.

Alhamdulillah dengan adanya topik ini dalam matapelajaran EDU 3063, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya dan rakan-rakan betapa pentingnya pengetahuan tentang budaya. Secara keseluruhannya sesi kuliah pada minggu pertama ini berjalan dengan baik dan memberi saya ilmu dan pengetahuan yang baru yang dapat saya gunakan di sekolah kelak.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

MINGGU 2 (19 & 21 JANUARI 2015)

TAJUK : JENIS DAN DEMOGRAFI KELOMPOK

NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin

KUMPULAN : PISMP Pengajian Agama 2113

Pada minggu kedua ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Jenis dan Demografi Kelompok. Melalui tajuk ini, pensyarah menerangkan tentang konsep, sifat, tujuan dan ciri-ciri kelompok serta ciri-ciri fizikal masyarakat. Selain itu, pensyarah juga mengupas permasalahan dalam membentuk ras. Berdasarkan topik ini, dapat saya simpulkan bahawa kelompok merupakan hubungan antara beberapa individu yang saling bergantung atau bergabung antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Oleh itu, setiap individu bertanggungjawab dalam memastikan kelompoknya sentiasa berada dalam keamanan dan kesejahteraan.

Seterusnya, pensyarah meneruskan kuliah dengan membincangkan tentang demografi. Antara isi pelajaran yang dibincangkan dalam subtopik ini ialah jenis-jenis kelompok dan demografinya, tujuan demografi kelompok dan demografi kelompok di Malaysia. Secara amnya, demografi merujuk kepada komposisi penduduk di sesuatu lokasi. Saya berasa seronok mempelajari subtopik ini kerana banyak pengetahuan baru yang saya perolehi terutamanya tentang demografi kelompok di Malaysia iaitu berkaitan dengan kepelbagaian kaum dan bangsa antaranya Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak dan Orang Asli. Selain itu, pensyarah juga membincangkan tentang pertembungan budaya yang berlaku di negara kita ini. Dengan adanya pertembungan budaya ini, saya sebagai bakal guru bertanggungjawab dalam usaha membantu masyarakat agar mereka saling memahami antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya, pengetahuan tentang topik ini amat penting untuk setiap bakal guru seperti saya dalam menghadapi kepelbagaian kelompok dan demografi yang wujud di sekolah kelak agar perpaduan negara dapat dicapai secara berterusan. Kesimpulannya, sesi kuliah pada minggu ini memberi banyak input yang menarik dan baru untuk saya dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

MINGGU 3 (26 & 28 JANUARI 2015)

TAJUK : KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

NAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin

KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113

Pada minggu ketiga ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Sesi kuliah pada kali ini amat menarik minat saya untuk mengambil perhatian yang lebih kerana tajuk pada kali ini amat dekat dengan kehidupan seharian saya yang berada dalam kepelbagaian sosio-budaya. Oleh itu, sepanjang sesi kuliah dijalankan antara yang dapat saya ketahui ialah tentang aspek-aspek kesedaran kepelbagaian sosio-budaya masyarakat di Malaysia.

Melalui tajuk ini, pensyarah menerangkan enam aspek kesedaran kepelbagaian sosio-budaya di negara kita ini iaitu bangsa, bahasa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, adat resam dan jantina. Berdasarkan ke enam-enam aspek kesedaran tersebut, dua daripadanya iaitu adat resam dan kepercayaan memberi saya pengetahuan baru dan pengalaman yang menarik. Hal ini kerana, setiap kaum dan etnik mempunyai adat resam dan kepercayaan tersendiri. Sebagai contoh, adat resam Melayu ialah bercukur jambul dan bersunat. Manakala adat resam masyarakat India pula ialah Adat Valaikaappu. Melalui kepercayaan pula, masyarakat Cina sinonim dengan Yin dan Yang, Feng-Shui dan Jade. Manakala kepercayaan masyarakat India pula ialah pengaruh dewa-dewi dan unsur alam.

Berdasarkan topik ini, dapat saya simpulkan bahawa mempelajari kepelbagaian sosio-budaya masyarakat di Malaysia ini amat penting kerana ia merupakan salah satu wadah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya. Oleh itu saya sebagai bakal guru bertanggungjawab dalam usaha membantu mendidik anak bangsa agar mereka saling memahami antara satu sama lain agar negara kita sentiasa aman dan damai.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

MINGGU 4 (02 & 04 FEBRUARI 2015)

TAJUK : IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYANAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin

KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113

Alhamdulillah, sesi kuliah telah pun masuk minggu keempat. Pada minggu ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya. Sesi kuliah pada kali ini lebih berfokus kepada implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap masyarakat Malaysia ke arah pembentukan warganegara Malaysia yang bersatu padu. Melalui kuliah tersebut dapat saya pelajari bahawa terdapat empat aspek yang terlibat kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya ini iaitu implikasi terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat. Implikasi tersebut dapat dilihat daripada pelbagai sudut kepelbagaian sosio-budaya antaranya ialah bahasa, bangsa, struktur masyarakat, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Menelusuri impikasi terhadap murid, dapat saya perolehi dengan adanya kepelbagaian sosio-budaya ini wujudnya pelbagai perbezaan yang sangat ketara di dalam bilik darjah antaranya ialah perbezaan komunikasi dan bangsa iaitu wujud kelompok dialek dan bangsa yang mana murid lebih cenderung kepada kelompok dialek dan bangsa masing-masing. Seterusnya, implikasi terhadap guru yang dapat saya pelajari akibat kepelbagaian sosio-budaya ini ialah sebagai guru seharusnya tidak mengajar murid mengikut kelompok bangsa dan kelas sosial. Oleh itu, saya sebagai bakal guru perlu menyediakan aktiviti PdP yang melibatkan interaksi pelbagai kelompok, contohnya aktiviti berkumpulan.

Selain itu, kepelbagaian sosio-budaya ini turut memberi implikasi terhadap sekolah dan kurikulum tersirat. Ini dapat dilihat melalui wujudnya pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SJKT, SKJC, sekolah agama dan aliran agama, sekolah perempuan dan lelaki serta sekolah bandar dan luar bandar. Melalui kurikulum tersirat pula dapat saya kenalpasti implikasi yang ketara ialah penerapan nilai budaya masyarakat melalui pembentukan sikap dan budaya diajar bukan sahaja secara teancang tetapi dipelajari dan dihayati pelajar melalui teladan dan amalan yang dibiasakan di sekolah. Contohnya, kepatuhan terhadap peraturan sekolah dan sikap hormat menghormati.

Secara keseluruhannya, topik ini amat penting sebagai persediaan saya untuk menjadi seorang bakal guru yang mampu mendidik pelajar dengan memahami latar belakang budaya dan menggunakannya untuk membina strategi PdP yang efektif. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

MINGGU 4 (09 & 11 FEBRUARI 2015)

TAJUK : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKANNAMA: Nur Nadiah Binti Mohd Yassin

KUMPULAN : PISMP Pendidikan Islam 2113

Alhamdulillah, sesi kuliah telah pun memasuki minggu kelima. Pada minggu ini, pensyarah meneruskan sesi kuliah dengan tajuk seterusnya dalam matapelajaran EDU 3063 ini iaitu Ketaksamaan Peluang Pendidikan. Sesi kuliah pada minggu ini menyentuh tentang isu pendidikan secara lebih mendalam yang mana berkait rapat dengan pendidikan yang tidak sama rata akibat beberapa faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.

Melalui kuliah tersebut dapat saya pelajari bahawa ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada wujudnya keadaan akses atau proses untuk memperoleh atau menyampaikan suatu maklumat dan data dalam pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu. Antara faktor utama ialah faktor kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Faktor sampingan pula merujuk kepada kedudukan sekolah, pencapaian akademik, minat murid, peluang hidup dan dan sosialisasi. Melalui faktor-faktor ini, maka wujudlah ketaksamaan peluang pendidikan.

Lantaran wujudnya pendidikan yang tidak sama rata ini, saya sebagai bakal guru harus peka dengan bersedia untuk memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini. Antara peranan yang dapat saya pelajari ialah seorang guru perlu mengelakkan daripada melabel murid dan setiap guru perlu mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran agar gaya pengajaran dan pembelajaran sesuai mengikut perubahan sekeliling sama ada melibatkan budaya, tempat, murid dan sebagainya.

Pada sesi kuliah tersebut, pensyarah juga turut melontarkan isu ketaksamaan peluang pendidikan yang mana isu ini sentiasa meniti di bibir masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang masalah kekurangan kemudahan terutamanya di sekolah pedalaman seperti bekalan air dan elektrik. Selain itu, isu yang turut dibincangkan ialah ketaksamaan peluang pendidikan kepada murid orang asli, peribumi Sabah dan Sarawak dan murid pedalaman. Oleh itu, akibat daripada isu ini kerajaan mewujudkan pendidikan yang sama rata di bawah program Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3).

Secara keseluruhannya, topik ini amat penting untuk saya pelajari agar saya sentiasa berusaha berganding bahu untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di negara kita ini. Sekian, terima kasih.