refleksi logistik

4
REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah diberi peluang untuk melaksanakan Program Seminar Pengajian Kurikulum 2014 bagi Subjek PTV2012 di bawah pengendalian pensyarah yang berbahagia Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad yang telah dijalankan di Isntitut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Program Seminar ini telah dilaksanakan dan dianjurkan oleh pelajar- pelajar semester 1 Program Diploma Pendidikan Teknik dan Vokasional GIATMARA (PDPTDV 1 GIATMARA). Program seminar ini telah dilaksanakan dan dijayakan pada 25 September 2014, Khamis, jam 8.30.am di Dewan Kuliah IPGM Teknik itu sendiri. Alhamdulillah, Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV2012) dibawah lembayung tajuk tema semianar iaitu Kemahiran Teknikal Merealisasikan Wawasan 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Seminar ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Pelajar GIATMARA sebagai memenuhi syarat didalam proforma subjek Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional PTV2012 yang memberikan tugasan penganjuran Seminar Pengajian Kurikulum ini yang memperuntukkan markah wajaran 40% daripada 50% markah tugasan projek atau kerja kursus. Manifesto seminar ini dilaksanakan adalah dalam usaha melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi dalam melaksanakan ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah kami yang arif lagi bijaksana iaitu Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan En. Muharam Bin Gaya. Kami dikehendaki merancang dan menganjurkan satu seminar dalam bentuk kelas seperti yang diminta oleh pensyarah dengan menjemput pakar-pakar dari pelbagai bidang kurikulum bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan, pengorganisasian, rekabentuk dan penilaian, seterusnya isu-isu semasa dalam perlaksanaan kurikulum PTV ini. Bagi menjayakan program seminar ini seperti yang dirancang oleh pensyarah kami, maka kami perlu membuat pemerhatian awal dalam penyediaan seminar kajian kurikulum ini. Pemerhatian yang kami lakukan mestilah merangkumi aspek rekabentuk seminar, organisasi jawatankuasa, pengurusan keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan. Diakhir tugasan seminar ini kami perlu merangka satu cadangan dan pelan tindakan untuk penambahbaikan dalam pengurusan seminar pengajian

Upload: azmiaina

Post on 22-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Logistik

REFLEKSI

Bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah diberi peluang untuk melaksanakan

Program Seminar Pengajian Kurikulum 2014 bagi Subjek PTV2012 di bawah

pengendalian pensyarah yang berbahagia Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad yang telah

dijalankan di Isntitut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar

Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Program Seminar ini telah dilaksanakan dan

dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 1 Program Diploma Pendidikan Teknik dan

Vokasional GIATMARA (PDPTDV 1 – GIATMARA). Program seminar ini telah

dilaksanakan dan dijayakan pada 25 September 2014, Khamis, jam 8.30.am di

Dewan Kuliah IPGM Teknik itu sendiri.

Alhamdulillah, Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional

(PTV2012) dibawah lembayung tajuk tema semianar iaitu “Kemahiran Teknikal

Merealisasikan Wawasan 2020” telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Seminar ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Pelajar GIATMARA

sebagai memenuhi syarat didalam proforma subjek Pengajian Kurikulum Pendidikan

Teknik dan Vokasional PTV2012 yang memberikan tugasan penganjuran Seminar

Pengajian Kurikulum ini yang memperuntukkan markah wajaran 40% daripada 50%

markah tugasan projek atau kerja kursus.

Manifesto seminar ini dilaksanakan adalah dalam usaha melahirkan tenaga pengajar

yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah

yang tinggi dalam melaksanakan ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah kami

yang arif lagi bijaksana iaitu Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan En. Muharam Bin

Gaya. Kami dikehendaki merancang dan menganjurkan satu seminar dalam bentuk

kelas seperti yang diminta oleh pensyarah dengan menjemput pakar-pakar dari

pelbagai bidang kurikulum bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan,

pengorganisasian, rekabentuk dan penilaian, seterusnya isu-isu semasa dalam

perlaksanaan kurikulum PTV ini. Bagi menjayakan program seminar ini seperti yang

dirancang oleh pensyarah kami, maka kami perlu membuat pemerhatian awal dalam

penyediaan seminar kajian kurikulum ini. Pemerhatian yang kami lakukan mestilah

merangkumi aspek rekabentuk seminar, organisasi jawatankuasa, pengurusan

keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan. Diakhir

tugasan seminar ini kami perlu merangka satu cadangan dan pelan tindakan untuk

Page 2: REFLEKSI Logistik

penambahbaikan dalam pengurusan seminar pengajian kurikulum tersebut. Yang

pastinya kami pelajar-pelajar GIATMARA bukan hanya sekadar perlu mempunyai

kekuatan menguasai ilmu daripada pensyarah subjek PTV2012 ini bahkan perlu juga

mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya iaitu dengan penguran

seminar kurikulum 2014 ini.

Skop tugasan seminar pada semester satu kali ini telah mengkehendaki kami

melaksanakan tugasan sebagai jawatankuasa unit logistik setelah dilantik oleh

Pengerusi Seminar iaitu saudara Harfic Hanifah Bin Suhaili. Dalam unit ini kami telah

diberikan tiga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Saudara Salehuddin Bin

Mohamed Sowami sebagai ketua penyelaras unit logistik, Saudara Mohd Azmi bin

Ismail sebagai AJK Kebersihan dan saudara Shamsul Azhar Bin Toyeban sebagai

AJK Keselamatan. Seminar ini merupakan tugasan yang wajib yang perlu dijalani

oleh semua pelajar PDPTDV-GIATMARA Semester 1 yang merupakan fasa terakhir

dalam melengkapkan tugasan projek dan kerja kursus subjek PTV2012. Oleh itu,

kami telah diberikan tugasan dalam unit logistik dan dua jawatankuasa kecil bagi

menguruskan program tersebut. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi

melancarkan program ini. Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan Encik Muharam Bin

Gaya selaku pensyarah dan pegawai penilai kami dari Jabatan Mekanikal, Unit

Rekabentuk Teknologi yang telah berusaha gigih tanpa rasa jemu membimbing,

banyak membantu dan menjadi rujukan ahli jawatankuasa sepanjang program

seminar ini dijalankan. Kami sangat menghargai dan mengucapkan jutaan terima

kasih yang terhingga kepada Tuan Haji Suhaimy dan En. Muharam diatas segala

jasa baik dan sumbangan yang telah diberikan.

Program Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional ini

telah memberikan impak positif yang sangat besar dalam diri saya sebagai orang

yang bertanggungjawab menyiapkan laporan ini serta kepada dua orang rakan saya

iaitu Saudara Salehuddin dan Saudara Shamsul sebagai seorang pelajar di dalam

IPGM Teknik dan Tenaga Pengajar di GIATMARA Malaysia. Dimana penganjuran

seminar ini telah mendidik saya dan dua orang rakan saya agar senantiasa bersedia

berhadapan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar dalam pelbagai

aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa dalam hidup ini manusia perlu membuat

suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ia akan

menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. Begitulah apa yang saya dan dua

Page 3: REFLEKSI Logistik

orang rakan saya didalam jawatankuasa unit logistik ini rasakan. Menurut teori dan

konsep Tnj. HJ. Ishak bin Ali Shah, beliau mendefinisikan perubahan sebagai satu

penukaran atau satu pelakuan yang tidak stabil kepada yang lebih stabil. Perubahan

juga merupakan suatu yang kekal dan ia bukannya sementara. Perubahan ini

merupakan suatu proses yang panjang dan secara umumnya perubahan biasanya

untuk ke arah yang lebih baik. Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang

perlu dilakukan agar perubahan kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya kita sebagai

seorang guru dan tenaga pengajar dapat memberikan didikan yang sempurna

kepada pelajar-pelajar, seperti membantu mereka membanding beza antara

kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua

perkara, dengan pengisian dan analisis kurikulum yang komprohensif maka adalah

tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat

yang lebih besar, bekerja di sektor industri dan ketika bersosial dengan orang ramai.

Melaksanakan seminar pengajian kurikulum ini juga telah memberikan kesan

positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai tenaga pengajar. Hal ini

demikian kerana daripada penganjuran seminar ini, saya sedar bahawa sebagai

seorang tenaga pengajar yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita

haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di

mana sahaja. Apatah lagi untuk bekerjasama dan meminta pertolongan daripada

orang lain. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak

sombong, terutamanya terhadap pihak yang berkuasa mengorganisasi sesuatu

jabatan di IPGM Teknik, orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada

kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong dan

banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi,

sekiranya kita tidak dapat bekerjasama dengan mereka dan permintaan kita

terhadap sesuatu perkara tidak mereka endahkan atau pedulikan kerana kita

dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas. Oleh yang demikian, saya

dan dua orang kawan saya perlu sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan

pemikiran dengan rendah diri agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan

semua pihak meskipun tarafnya hanyalah seorang pengawal keselamatan dan

tukang cuci.

Page 4: REFLEKSI Logistik

Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh panel-panel didalam

seminar pengajian kurikulum ini saya dapat menyedari bahawa seorang pendidik

tugasnya bukan hanya sekadar mengajar, malah turut mendidik pelajar di

GIATMARA agar menjadi modal insan yang berguna selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini bermakna betapa pentingnya Pengurusan

Kurikulum, Pembangunan Kurikulum, Analisis Huraian Sukatan Kurikulum, Penilaian

Kurikulum dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif penganjuran seminar ini

berjaya dicapai di mana pensyarah kami yang bijaksana dan tegas Tuan Haji

Suhaimy Bin Ahmad telah membuat posmotem dan memberikan maklumbalas yang

sangat positif diatas usaha dan penat lelah kami selama berminggu-minggu. Usaha

dan penat lelah kami tidak menjadi sia-sia setelah pensyarah kami memberi

penilaian dan memberikan markah yang baik kepada kami semua. Pensyarah kami

Tn. Haji Suhaimy Bin Ahmad telah menunjukkan ciri-ciri kualiti peribadi pensyarah

dan pegawa penilai yang profesional kerana dengan jelas dan terperinci

melaksanakan tanggungjawabnya mendidik dam membimbing kami sehingga

berjaya menganjurkan program seminar yang sangat besar. Pensyarah kami juga

telah menyuntik inspirasi kepada kami agar dapat mengaplikasikan segala apa yang

telah diajar semasa di GIATMARA masing-masing kelak. Besar harapan saya agar

program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyak

manfaat yang diperoleh. Melalui program ini, pelajar seperti saya dapat mengenal diri

serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke

arah membina Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan lebih baik

secara berterusan.