refleksi lawatan sekolah berprestasi tinggi

4
REFLEKSI INDIVIDU LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG PROGRAM BINA INSAN GURU Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Arahan untuk Program Bina Insan Guru Semester 6 kali ini adalah mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan dan boleh diaplikasi ke sekolah masing-masing.

Upload: alongysy

Post on 24-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BIG Semester 6

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDULAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG

PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.

Arahan untuk Program Bina Insan Guru Semester 6 kali ini adalah mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan dan boleh diaplikasi ke sekolah masing-masing.Pada 26 April 2014, kumpulan kami telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Convent, Jalan Daud yang terletak di daerah Muar, Hohor Darul Takzim. Tujuan lawatan ini adalah mengenalpasti jenis kepimpinan dan ciri kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Berprestasi Tinggi serta pengurusan dan budaya kerja cemerlang di Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah yang kami pilih ini merupakan sekolah dua sesi yang mempunyai 547 orang murid. Walapun begitu sekolah ini telah menerima Anugerah Tawaran Baru kali kedua yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada Tahun 2012. KEKUATAN

Apa yang dicapai oleh sekolah ini amat membanggakan. Banyak program yang dilaksanakan dan diusahakan oleh pihak sekolah ini untuk mencapai kejayaan tersebut. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga antara yang menjadi faktor kejayaan sekolah ini. Penglibatan warga ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan membolehkan ibu bapa sentiasa mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka serta boleh mengaplikasikan maklumat-maklumat tersebut untuk membantu anak-anak di rumah. Oleh itu, setiap murid bukan sahaja mendapat bimbingan di sekolah tetapi juga berterusan sehingga di rumah. Konsep seperti inilah yang akan melahirkan murid yang cemerlang Salah satu rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan Convent ini adalah penggunaan modul pembelajaran yang disediakan sendiri oleh barisan guru-guru sekolah tersebut. Modul dalam bentuk buku latihan ini dibina mengikut tahap pembelajaran murid-murid. Sekolah Berprestasi Tinggi tidak bersikap lepas tangan untuk memilih buku-buku kerja yang dilambakkan dalam pasaran tetapi menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan kemahiran serta tahap pembelajaran murid-murid untuk mengekalkan kejayaan sekolah mereka. Melalui program kerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitarnya iaitu Permuafakatan Pintar, satu program mentor mentee bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Naning dan Sekolah Kebangsaan Parit Zain. Dalam program ini kumpulan guru dari Sekolah Kebangsaan Convent pula membimbing dua sekolah berkenaan untuk membina modul pembelajaran sekolah masing-masing. Ini akan membantu merangsang kejayaan dua buah sekolah tersebut dan membantu menaikkan prestasi pencapaian UPSR Daerah Muar dalam tahun 2014 nanti. Kesimpulannya, program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan maklumat yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. Ada juga program yang sama telah dijalankan di sekolah saya namun perlu melalui proses penambaikan untuk mendapat kesan menyeluruh. Lawatan penanda aras seperti ini akan memberi peluang kepada guru untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran.