refleksi lawatan pendidikan luar majlis sukan negeri perak

3
Refleksi Lawatan Pendidikan Luar Majlis Sukan Negeri Perak Pada 10 dan 11 March kami pelajar Pismp sem 5 Minor Pendidikan Jasmani telah melawat Majlis Sukan Negeri Perak. Lawatan ini adalah program wajib yang harus dilaksanakan oleh semua pelajar semester 5.Lawatan ini telah disertai oleh 5 orang pensyarah.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengurusan seseorang bakal guru Pada hari pertama kami telah lawat ke Majlis Sukan Negeri Perak di Ipoh.Ini adalah pengalaman pertama saya melawat MSN. Perasaan teruja dan gembira telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengetahui keadaan di sana. Selepas perjalanan selama 6 jam dari Pahang, kami telah sampai pada pukul 12.30pm di MSN Perak.Selepas makan tengahari kami telah melawati beberapa kawasan di MSNP. Saya sebernarnya berasa amat kagum dengan segala kemudahan yang disediakan bagi seseorang atlit, terutamanya Gimnasium MSNP yang sangat hebat jika dibanginkan dengan IPG.Gimnasium IPG kurang lengkap jika dibandingkan dengan MSNP,namun IPG tidaklah kurang mana. Melalui Lawatan ini juga saya telah sedari bahawa seseorang guru pendidikan Jasmani harus mengetahui bagaimana MSN itu berfungsi dan bagaimana MSN berhubung dengan pihak sekolah. Hal ini kerana , apabila kami ditempat di serata Malaysia ,kami mungkin akan didatangi dengan peluang berurusan dengan pihak

Upload: indra-thamilarasan

Post on 21-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Lawatan Pendidikan Luar Majlis Sukan Negeri Perak

Refleksi Lawatan Pendidikan Luar Majlis Sukan Negeri Perak

Pada 10 dan 11 March kami pelajar Pismp sem 5 Minor Pendidikan Jasmani

telah melawat Majlis Sukan Negeri Perak. Lawatan ini adalah program wajib yang harus

dilaksanakan oleh semua pelajar semester 5.Lawatan ini telah disertai oleh 5 orang

pensyarah.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengurusan

seseorang bakal guru

Pada hari pertama kami telah lawat ke Majlis Sukan Negeri Perak di Ipoh.Ini

adalah pengalaman pertama saya melawat MSN. Perasaan teruja dan gembira telah

menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengetahui keadaan di sana. Selepas

perjalanan selama 6 jam dari Pahang, kami telah sampai pada pukul 12.30pm di MSN

Perak.Selepas makan tengahari kami telah melawati beberapa kawasan di MSNP.

Saya sebernarnya berasa amat kagum dengan segala kemudahan yang disediakan

bagi seseorang atlit, terutamanya Gimnasium MSNP yang sangat hebat jika

dibanginkan dengan IPG.Gimnasium IPG kurang lengkap jika dibandingkan dengan

MSNP,namun IPG tidaklah kurang mana.

Melalui Lawatan ini juga saya telah sedari bahawa seseorang guru pendidikan

Jasmani harus mengetahui bagaimana MSN itu berfungsi dan bagaimana MSN

berhubung dengan pihak sekolah. Hal ini kerana , apabila kami ditempat di serata

Malaysia ,kami mungkin akan didatangi dengan peluang berurusan dengan pihak

MSN.Maka segala ilmu yang saya pelajari di MSNP adalah sesuatu bakal digunakan di

sekolah kelak.

Selain itu,saya juga sedari aspek kerjasama adalah amat penting dalam hal

ini.Ini kerana,tanpa ada pengurusan yang baik tidak mungkin dapat merancang

perjalanan ini. Dengan adanya komunikasi dan kerjasama antara kami telah

memudahcarakan proses perancangan ini. Walaupun kami terdiri daripada pelajar

berbagai kaum,tidak ada sebarang kekangan komunikasi berlaku. Malah kami

mempunyai satu hubungan persaudaraan yang baik.

Di samping itu ,pada hari kedua kami telah ke suatu pusat latihan yang dinamai

‘Outward Bound’. Jaraknya tidak jauh daripada tempat penginapan kami.Outward

Page 2: Refleksi Lawatan Pendidikan Luar Majlis Sukan Negeri Perak

Bound ini adalah sebuah tempat latihan kendiri.Fasilitator ditempat itu amat baik

dengan kumpulan kami.Sebagai permulaan aktiviti kami telah melakukan beberapa

aktiviti ‘ice breaking’. Secara jujurnya aktiviti aktiviti tersebut amat menarik tetapi

memenatkan. Walaupun kepenatan , kami tidak berputus atas. Selepas itu kami diberi

penerangan tentang pusat latihan tersebut dan juga tentang pembinaan kendiri. Segala

info yang diberikan disitu amatlah berguna kepada saya sebagai bakal guru.

Selain itu melalui lawatan ini juga saya sedari pengurusan amatlah penting .Hal

ini kerana pada hari pertama. Kami telah lewat sampai di MSN selama 30 minit.

Sebagai seorang guru antara sifat yang seharusnya adalah ketepatan masa adalah

antara sifat seseorang guru yang baik.

Kesimpulannya, dua hari di Perak amatlah berguna kepada kami.Segala info

yang kami dapati dalam masa 48 jam ini amatlah berguna kepada kami terutamanya

saya sebagai bakal guru.Moga segala yang dipelajari disini akan saya gunakan kelak.