refleksi kurikulum final

17
TUGASAN 1 – REFLEKSI ( 5 UNIT ) KRP 3013 – KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KUMPULAN UPSI A03( A112PJJ ) PENSYARAH ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14- D20102040807 019-7166070 019-

Upload: nurhafizah-ajlan

Post on 28-Oct-2014

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi kurikulum final

TUGASAN 1 – REFLEKSI ( 5 UNIT )

KRP 3013 – KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KUMPULAN UPSI A03( A112PJJ )

PENSYARAH

ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN

801204-14-5448

D20102040807 019-7166070

019-5173776

Page 2: Refleksi kurikulum final

REFLEKSI UNIT 11

TAJUK : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM

A. RINGKASAN UNIT

Unit ini menerangkan tentang jenis-jenis dan proses pentaksiran yang digunakan sebagai penilaian di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kini, Malaysia sedang mengalami transformasi pendidikan secara besar-besaran di mana Kurikulum Sekolah Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan di mana Pentaksiran Berasaskan Sekolah dicipta bagi menilai perkembangan prestasi murid-murid bermula daripada Tahun 1 ( 2011 ) dan Tahun 2 ( 2012 ). Beberapa instrumen pemantauan dan dokumen standard penilaian diedarkan kepada semua guru yang terlibat sebagai rujukan atau panduan untuk guru menilai setiap murid di dalam bilik darjah. Dokumen standard tersebut dihasilkan berlandaskan kepada sistem ‘banding’ di mana murid-murid mestilah mencapai tahap ‘band’ yang ditentukan di dalam dokumen tersebut melalui hasil kerja murid-murid mahu pun perkembangan fizikal yang ditunjukkan. Lembaran-lembaran kerja atau aktiviti yang dibuat merupakan ‘eviden’ atau bukti kepada kemahiran yang telah dikuasai oleh murid tersebut. Perkara-perkara tersebut amat penting bagi melengkapkan dokumentasi perkembangan murid-murid secara individu sehingga tamat persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu pentaksiran autentik dan portfolio. Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas malah boleh diperolehi melalui pemerhatian seperti latiham amali atau praktikal.

Manakala pentaksiran berportfoli merupakan satu bentuk pentaksiaran kepada koleksi hasil kerja murid yang releven dengan pbjektif matapelajaran. Ianya digunakan sebagai rekod atau dokumentasi kepada pencapaian murid di dalam pembelajaran.

Penilaian pula merupakan proses mendapatkan maklumat diikuti dengan memeberi nilai prestasi kepada maklumat tersebut. Terdapat banyak perbezaan di anatara penilaian di dalam KBSR dan KSSR. Antaranya ialah penilaian KBSR lebih bersifat formatif dan sumatif dan bersifat ‘exam-oriented’ iaituberfokus kepada ujian bulanan ( formatif ) dan

Page 3: Refleksi kurikulum final

ujian rasmi seperti UPSR ( sumatif ). Tetapi, di dalam KSSR, pendidikan lebih bersifat ‘mastery learning’ di mana standard kompetensi murid-murid telah ditentukan dan disasar agar mencapai standard tersebut dan ianya bersifat ansur maju iaitu proses perkembangan prestasi bermula daripada ‘band 1’ sehingga ‘band 7. Ini menunjukkan bahawa penilaian di dalam KSSR lebih berfokus dan bersifat individu yang mana ianya membantu guru-guru mengenal murid-murid dan mengenalpasti potensi diri murid itu sendiri.

B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

1. Pentaksiran – Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan memberi nilai kepada maklumat tersebut.

2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

- Pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laoran oleh guru yang membabitkan pihak ibu bapa, murid, guru dan organisasi luar.

3. Standard Prestasi

- Satu penyataan generik tentang aras pencapaian pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang ditulis secara holistic ( band )

Page 4: Refleksi kurikulum final

C. PANDANGAN/KOMENTAR

Pada pandangan saya, kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baik kerana elemen penilaian bersifat holistic amat diberi penekanan dan perkembangan prestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini kerana, sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi dan memberi peluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis.

Namun, sistem dokumentasi secara ‘online’ bagi PBS sedikit sebanyak memberi impak atau kesan yang boleh menganggu proses penilaian yang dijalankan. Sebagai contoh, sistem sppbs yang meminta guru-guru mengisi maklumat penilaian perkembangan murid-murid pada setiap bulan memerlukan masa yang panjang berikutan kesesakan sistem sppbs itu sendiri di dalam sistem ‘online’. Dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu melengkapkan dokumentasi untuk diletakkan di dalam fail peribadi murid itu sendiri.

Secara kesimpulannya, sistem penilaian yang terdapat di dalam KSSR adalah amat baik walau pun terdapat sedikit kekangan atau halangan dalam proses melaksanakan penilaian tersebut.

Page 5: Refleksi kurikulum final

REFLEKSI UNIT 9

TAJUK : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini menerangkan tentang kepelbagaian bahan pengajaran dan pembelajaran yangtelah disediakan untuk guru dalam membantu melicinkan proses pengajaran dam pembelajaran di dalam bilik darjah di mana bahan-bahan tersebut mempunyai rasional yang tersendiri. Terdapat beberap kategori bahan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan iaitu bahan bercetak, CD ROM/DVD ROM, internet dan bahan siaran daripada radio dan televisyen.

Setiap jenis bahan pengajaran tersebut mempunyai rasional yang berbeza. Dengan menggunakan bahan bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku teks, murid-murid dapat meningkatkan keupayaan membaca dan menganalisis apa yang telah dibaca supaya mendapat pembacaan bermakna. Bahan CD ROM, DVD ROM pula berupaya menarik minat murid-murid. Ini kerana, menurut teori perkembangan kognitif Piaget, pada tahap umur tertentu, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Menurut beliau, pembelajaran akan lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran atau pun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk konkrit atau yang reality dan boleh dilihat oleh murid.

Sejajar dengan kepentingan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, beberapa garis panduan diwujudkan bagi menghasilkan bahan yang bermutu. A ntaranya ialah pemilihan bahan yang bersesuain dengan objektif pengajaran/pembelajaran, praktikal digunakan ( mudah dibawa/disimpan ), menarik minat murid tanpa mengganggu pfokus murid-murid, mudah dibina/diperbaiki, maujud, bersifat pelbagai dan juga selaras dengan nilai serta budaya yang ada.

Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga melibatkan beberapa pihak yang penting seperti pihak sekolah, panitia matapelajaran, guru Pusat Sumber Sekolah, guru mata pelajaran dan turut tidak dilupakan ialah guru kelas di sekolah.Ini bagi menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan bahan tersebut dalam membantu guru-guru di dalam bilik darjah dan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Refleksi kurikulum final

B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

1. Bahan pengajaran - bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk

2. Bahan pembelajaran- bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran

3. Bahan bercetak- bahan yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya ialah modul, buku teks, buku latihan dan aktiviti, buku sumber, buku rujukan dan sebagainya.

C. PANDANGAN/KOMENTAR

Pada pandangan saya, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik kerana ianya amat membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah untuk memudahkan murid-murid membuat generalisasi dan menjana idea yang diperolehi dengan bantuan isi kandunag dan gambarajah yang terdapat di dalam CD ROM/DVD ROM yang lebih bersifat konkrit dan sterusnya bersifat animasi yang mampu menarik minat murid-murid.

Apa yang diperlukan ialah pengurusan stok bahan pengajaran dan pembelajaran yang diedarkan agar ianya dapat digunakan oleh setiap lapisan tenaga pengajar di sekolah. Pengurusan stok yang bersifat sistematik amat diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.

Page 7: Refleksi kurikulum final

REFLEKSI UNIT 2

TAJUK : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum sekolah rendah yang bermula daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR. Setiap kurikulum yang ada mempunyai perbezaanya tersendiri.

Antara perbezaan di antara KLSR, KBSR dan KSSR ialah daripada segi reka bentuknya di mana KBSR berasaskan kepada 3 M iaitu membaca, menulis, mengira, manakala KLSR pula berasaskan kepada hafalan dan KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sains dan Teknologi, Ketrampilan Diri dan modular serta kemahiran menaakul.

Selain daripada itu, jika dilihat pada aspek sukatan pelajaran, KLSR lebih menekankan kepada peperiksaan di mana sukatannya bersifat static, KBSR pula menggunakan sukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagai rujukan kepada guru. Namun, di dalam KSSR, aspek dokumen standard kandungan menjadi penekanan dan penting untuk diberi perhatian untuk melihat perkembangan prestasi murid-murid.

Jika dilihat daripada segi kemahiran berfikir pula, KLSR menekankan kurang menekankan pemikiran yang bersifat ‘complicated’ dan kurang berkembang kerana lebih berpusat kepada guru, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di mana murid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan dan ianya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankan kepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICT secara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku di dunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia.

Page 8: Refleksi kurikulum final

B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

1. Kurikiulum standard- kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya.

2. Standard kandungan- pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

3. Standard pembelajaran- satu penetapan criteria atau petunjuk ( indicator ) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

C. PANDANGAN/KOMENTAR

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah merasai sistem KBSR dan KSSR, saya berpendapat bahawa sistem KSSR merupakan satu sistem yang telah dipermudahkan kerana terdapat integrasi elemen-elemen seperti keusahawanan, kreativiti, Sains dan Teknologi yang mana ianya merupakan penggabungjalinan yang amat ideal. Aktiviti yang dijalankan lebih bersifat focus dan spesifik di mana setiap murid mempunyai indicator tersendiri yang mana ianya merupakan item penting bagi mendapatkan laporan prestasi perkembangan murid-murid pada setiap bulan seterusnya pada tahun akhir alam persekolahan peringkat sekolah rendah. Laporan ini merupakan satu penilaian buat murid-murid yang amat penting sebagai landasan atau ‘bench mark’ kepada guru di peringkat sekolah menengah.

Selain daripada itu, KSSR masih menekankan aspek berpusatkan murid di mana guru masih merupakan seorang fasilitator kepada murid-murid dengan hanya memberi bimbingan yang sewajarnya dan apa yang lebih penting, murid-murid mencuba untuk menjayakan proses pembelajaran tersebut.

Page 9: Refleksi kurikulum final

REFLEKSI UNIT 7

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini membincangkan tentang konsep dan proses pengajaran dan pembelajaran , proses serta mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di sekolah rendah.

Konsep pengajaran dan pembelajaran itu sendiri menunjukkan bahawa ianya saling berhubung kait di anatara satu sama lain. Perubahan persepsi bahawa guru merupakan medium utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu konsep yang tidak sesuai kerana di dalam sistem pendidikan yang baru iaitu KSSR, ditekankan bahawa guru hanyalah fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid. Fasilitator bermaksud pembantu atau pemudah cara kepada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai teori yang boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah. Sebagai contoh, teori Behaviourisme, Kognitif dan tidak lupa juga teori Konstruktivisme.Di dalam teori behaviourisme, ia menekankan kepada penguasaan isi pelajaran melalui proses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrensik. Bagi teori Konstruktivisme pula, ia menekankan kepada murid-murid agar focus kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan di mana proses inkuiri yang tinggi diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.

Selain daripada itu, proses pembelajaran itu sendiri berkait rapat dengan pengalam sedia ada yang ada pada murid-murid dan ianya penting untuk dihubgkait dengan proses pembelajaran yang baru agar dapat membuat satu generalisasi atau menjana inde/konsep baru terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Pemindahan dan transformasi maklumat akan menggalakkan pemikiran yang kritis dan meningkatkan kemahiran menaakul bagi murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan teori Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan di mana beliau menyangkal sama sekali akan pendapat bahawa faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid.

B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

Page 10: Refleksi kurikulum final

1. Kaedah kelas- Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas.

2. Konstruktivisme- teori yang menekankan aspek inkuiri dan penemuan di mana memerlukan daya fikir yang tinggi dan pembelajaran adalah berasaskan inkuiri penemuan/meneroka.

C. PENDAPAT/KOMENTAR

Pada pendapat saya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan, dan kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kadangkala kaedah kumpulan lebih sesuai berbanding kaedah individu kerana melalu kaedah kumpulan, murid-murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam kumpulan dan sekaligus ianya dapat membina nilai sahsiah yang tinggi iaitu sikap kerjasama sesama ahli kumpulan tersebut.

Ini membuktikan bahawa kewujudan sistem/kurikulum yang terkini amat baik dan patut diteruskan bagi mendapat impak pengajaran dan pembelajaran yang positif dan optimum.

REFLEKSI UNIT 4

Page 11: Refleksi kurikulum final

TAJUK : ORGANISASI KURIKULM SEKOLAH RENDAH

A. RINGKASAN ISI UNIT

Unit ini menerangkan tentang tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah serta cara-cara bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan.

Sebagaimana yang kita ketahui, pembentukan sesebuah kurikulum itu memakan masa yang lama. Sebagai contoh, di dalam seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, mengatakan bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh masa selama 6 tahun. Kenyataan yang termaktub di dalam akta tersebut membuktikan bahawa pembentukan kurikulum memerlukan masa dan organisasi tertentu bagi melancarkan perjalanan pembentukannya. Ianya boleh diorganisasikan mengikut penyusunan vertical yang mana ianya melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal melibatkan liputan, skop dan imbangan.

Tidak lupa juga, aspek-aspek penting yang turut diberi perhatian yang serius dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR. Sebagai contoh, fokus utama adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan tambahan kemahiran berdasarkan KSSR iaitu kemahiran menaakul menjadikan fokus utama kurikulum iaitu 4M.

Secara ringkasnya, KSSR diorganisasikan berdasarkan 3 bentuk modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Selain daripada berfokus kepada subjek teras atau wajib iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, subjek-subjek elektif seperti Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.

Setiap subjek teras dan elektif mempunyai pemberatan yang sama dan hanya berbeza daripada segi peruntukkan masa yang diberikan.

B. KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM UNIT

Page 12: Refleksi kurikulum final

1. Mata Pelajaran teras- mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan

2. Mata pelajaran wajib- mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah

3. Mata pelajaran elektif- Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah

4. Modul- mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti intuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.

C. PANDANGAN/KOMENTAR

Pada pendapat saya, setiap subjek mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek teras dan wajib malah subjek elektif juga harus diberi penekanan yang serius. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan satu dasar yang baru iaitu meletakkan subjek Sejarah sebagai salah satu syarat untuk lulus SPM. Secara rasionalnya, ianya amat baik kerana secara tidak langsung ia akan menjadikan murid-murid semakin berminat untuk mempelajari sejarah atau asal usul yang berkaitan dengan isi kandungan pendidikan di Malaysia.

Subjek elektif juga penting untuk membantu pembentukan sahsiah murid-murid sejajar dengan isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid-murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam amat menekankan pembentukan sahsiah mahu pun akhlak yang tinggi bagi memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan pendidikan di dalam mahu pun di luar bilik darjah.

Page 13: Refleksi kurikulum final

BIBLIOGRAFI

Sufean Hussin. ( 2004 ) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di

Malaysia ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1980 ). Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran Kebangsaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Bahagian Perkembangan Kurikulum ( 2010 ). KSSR: Kurikulum

Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia.