refleksi kulkulus

3
REFLEKSI Tugasan projek yang diberikan pada semester ini bagi Kursus Kulkulus Asas (MTE 3108) ini adalah berkaitan dengan Graf GSP dan satu laporan bertulis mengenai pembezaan. Secara keseluruhannya, saya perlu mengetahui tentang langkah-langkah melukis fungsi graf menggunakan Goemeter Skethpad(GSP). Selain itu, saya juga perlu tahu secara mendalam mengenai aplikasi konsep pembezaan dalam kehidupan seharian. Tugasan pertama iaitu membuat dan menulis laporan berdasarkan penggunaan Geometer Skethpad(GSP) untuk melukis fungsi graf. Perbincangan dengan rakan-rakan PPG telah beberapa kali diadakan memandangkan saya kurang berpengetahuan mengenai GSP ini. Hasil daripada perbincangan yang dijalankan , akhirnya saya dapat menghasilkan laporan menggunakan GSP ini. Tugasan kedua pula ialah saya memulakan langkah pertama dengan melayari internet bagi mendapatkan maklumat mengenai aplikasi konsep pembezaan dalam kehidupan harian. Selain itu , saya juga telah pergi ke perpustakaan awam untuk mendapatkan

Upload: nor-rishah-bakar

Post on 03-Jan-2016

119 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi kulkulus

REFLEKSI

Tugasan projek yang diberikan pada semester ini bagi Kursus Kulkulus Asas

(MTE 3108) ini adalah berkaitan dengan Graf GSP dan satu laporan bertulis

mengenai pembezaan. Secara keseluruhannya, saya perlu mengetahui tentang

langkah-langkah melukis fungsi graf menggunakan Goemeter Skethpad(GSP).

Selain itu, saya juga perlu tahu secara mendalam mengenai aplikasi konsep

pembezaan dalam kehidupan seharian.

Tugasan pertama iaitu membuat dan menulis laporan berdasarkan

penggunaan Geometer Skethpad(GSP) untuk melukis fungsi graf. Perbincangan

dengan rakan-rakan PPG telah beberapa kali diadakan memandangkan saya kurang

berpengetahuan mengenai GSP ini. Hasil daripada perbincangan yang dijalankan ,

akhirnya saya dapat menghasilkan laporan menggunakan GSP ini.

Tugasan kedua pula ialah saya memulakan langkah pertama dengan

melayari internet bagi mendapatkan maklumat mengenai aplikasi konsep

pembezaan dalam kehidupan harian. Selain itu , saya juga telah pergi ke

perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat – maklumat tambahan bagi

melengkapkan laporan yang bakal saya sediakan.

Kelemahan yang boleh dinyatakan ialah saya kekurangan pengetahuan

tentang GSP dan pembezaan. Saya langsung tidak mempunyai pengalaman

mengenai GSP. Ini merupakan pengalaman pertama saya. Manakala bagi

pembezaan pula didapati saya kurang mahir mengenai tajuk ini. Walaupun saya

telah mempelajarinya ketika Diploma Perguruan dulu jangka masa yang agak lama

telah menyebabkan hal yang demikian berlaku.

Page 2: refleksi kulkulus

Manakala kekuatan yang boleh dinyatakan disini, dengan adanya kolaborasi

dengan rakan-rakan PPG dan pensyarah saya dapat mengatasi masalah ini. Ini

ditambah lagi dengan usaha-usaha tambahan yang saya lakukan iaitu melayari

internet dan mengunjungi perpustakaan awam. Dengan adanya usaha ini banyak

ilmu pengetahuan yang saya perolehi bagi memantapkan pengetahuan saya.

Kebaikan dan faedah yang dapat saya perolehi pula disepanjang menyiapkan

tugasan ini pula ialah secara tidak langsung dapat membantu saya untuk berfikir

secara lebih kritis dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan topik

pembezaan.Bahkan, melalui tugasan ini juga saya juga dapat berkolabrasi dengan

rakan-rakan PPG dalam mengadakan perbincangan .Hal ini telah menyedarkan

saya hakikat sebenar kepentingan pembezaan dalam menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh manusia.

Sebagai kesimpulannya, ilmu Matematik bukanlah sekadar ilmu yang

melibatkan teori atau pengiraan semata-mata, ilmu Matematik juga mempunyai

kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Melalui ilmu Matematik, banyak

masalah yang dihadapi oleh manusia dapat diselesaikan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan PPG

yang banyak membantu saya di dalam menyiapkan tugasan ini.