refleksi khemah.docx

6
REFLEKSI Sepanjang mengendalikan program ini pelbagai pengalaman telah saya hadapi. Seperti kata pepatah “alah bisa tegal biasa”. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan semua kesukaran dan kesulitan berjaya ditangani. Bermula dengan menyediakan kertas kerja program dan mengadakan mesyuarat kepada guru-guru yang terlibat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Para pentadbir memberikan reaksi yang positif kerana projek yang dirancang berkaitan dengan aktiviti yang termaktub dalam takwim persekolahan. Mesyuarat juga dijalankan di luar waktu persekolahan. Guru-guru juga memberikan respon yang memuaskan. Aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan program yang dirancang telah memuaskan hati semua guru. Ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut boleh dirombak dan diselaraskan mengikut perkara-perkara tertentu seperti kesesuaian dan keselamatan lokasi, peralatan dan bahan digunakan, kemahiran guru-guru, perbelanjaan dan peruntukkan, pelbagai perkara lain. Mendirikan dan meleraikan khemah menjadi aktiviti yang penting dalam setiap perkhemahan. Para peserta perkhemahan perlu tahu dan boleh mendirikan serta meleraikan khemah. Namun begitu kerja berpasukan diperlukan untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini. Para guru sendiri perlu mahir mengendalikan aktiviti ini.

Upload: juliana-zainul

Post on 14-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Sepanjang mengendalikan program ini pelbagai pengalaman telah saya hadapi. Seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan semua kesukaran dan kesulitan berjaya ditangani.

Bermula dengan menyediakan kertas kerja program dan mengadakan mesyuarat kepada guru-guru yang terlibat, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Para pentadbir memberikan reaksi yang positif kerana projek yang dirancang berkaitan dengan aktiviti yang termaktub dalam takwim persekolahan. Mesyuarat juga dijalankan di luar waktu persekolahan. Guru-guru juga memberikan respon yang memuaskan. Aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan program yang dirancang telah memuaskan hati semua guru. Ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut boleh dirombak dan diselaraskan mengikut perkara-perkara tertentu seperti kesesuaian dan keselamatan lokasi, peralatan dan bahan digunakan, kemahiran guru-guru, perbelanjaan dan peruntukkan, pelbagai perkara lain.

Mendirikan dan meleraikan khemah menjadi aktiviti yang penting dalam setiap perkhemahan. Para peserta perkhemahan perlu tahu dan boleh mendirikan serta meleraikan khemah. Namun begitu kerja berpasukan diperlukan untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini. Para guru sendiri perlu mahir mengendalikan aktiviti ini. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati terdapat juga segelintir guru yang tidak begitu arif tentang aktiviti ini. Mereka tidak dapat membantu murid sepenuhnya apabila diminta berbuat demikian. Saya sendiri pun teragak-agak hendak melakukannya, tapi dengan pertolongan Cikgu Mohamad dapat juga saya membantu murid melakukannya.

Pengalaman dan ilmu tidak berakhir disini sahaja. Ilmu Pengakap yang diperoleh sepanjang program ini amat berguna seperti ikatan, Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap dan juga lagu-lagu pengakap. Kemahiran seperti ikatan ini dapat saya aplikasikan kepada unit berunifom yang saya ceburi iaitu sebagai Penasihat kepada Tunas Kadet Remaja Sekolah.Selain itu Program Bina Insan Guru ini telah memberi peluang buat saya menggunakan sepenuhnya daya kepimpinan yang ada dalam diri sendiri. Melalui program ini, saya bukan sahaja memimpin murid-murid, malah juga memimpin guru-guru lain.

Melalui program BIG ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran , ketabahan dalam menghadapi karenah murid-murid dan guru-guru dan menangani situasi dalam apa jua keadaan . Malah tugas-tugas awal untuk perkhemahan ini menjadikan saya lebih berdisiplin, peka terhadap masa dan teliti dalam membuat kerja. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga saya memperoleh pelbagai ilmu yang dapat saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Sebagai seorang guru, Program BIG ini amat penting dalam meningkatkan tahap kecekapan seorang guru dalam mengendalikan sesuatu acara atau program. Saya rasa lebih bertuah kerana dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang diperolehi berbanding rakan-rakan lain yang mengikuti program yang sama di universiti. Bila menjalankan praktikal ilmu yang diperolehi akan dapat dimantapkan lagi dengan pelaksanaan amali tersebut berbanding sekadar mendalami teori.Sesungguhnya program BIG ini banyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, tetapi sekiranya dilakukan dengan ikhlas insyaallah hasilnya akan pasti memuaskan.

KEKUATAN PROGRAM

Setiap perkhemahan mempunyai matlamat dan objektif yang menjurus kepada capaian positif demi kebaikan dan manfaat kepada murid-murid. Di antara kekuatan projek yang dapat dikongsikan adalah :

Para peserta dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari semasa perjumpaan unit-unit beruniform untuk menguji kemampuan mereka.

Guru-guru bergabung tenaga dan kemahiran dalam usaha menguruskan perkhemahan dan bekerjasama bagi melaksanakan program perkhemahan yang dirancang.

Keselamatan, kemudahan dan kebersihan di tempat program dijalankan diselenggara dengan baik sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program perkhemahan ini terutamanya oleh guru yang dipertanggungjawabkan.

Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah mencukupi.

Makanan untuk semua peserta dan guru adalah mencukupi dan diselenggara dengan baik.

Murid sangat seronok dapat berkhemah di luar kawasan sekolah. Ini memberi pengalaman dan suasana yang baru disamping dapat menikmati keindahan alam di Pantai Merdeka.

KELEMAHAN PROGRAM

Aktiviti-aktiviti kurang mencabar seperti mencari harta karun dan menyalakan api tanpa menggunakan bahan bakar dan sebagainya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan program perkhemahan seperti ini berjalan lebih mencabar, lebih menarik dan lebih berkesan terhadap para peserta terhadap alam perkhemahan yang sebenarnya. Antara cadangan yang boleh diberikan perhatian adalah :

Setiap program perkhemahan memerlukan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan mental dan fizikal. Aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar perlulah diselitkan seperti mencari harta karun, gotong-royong bersama penduduk setempat dan sebagainya yang bersesuaian dengan lokasi perkhemahan.

Keseragaman pakaian terutama semasa melakukan aktiviti perlu juga diberi perhatian. Ini bersesuaian dengan program yang dijalankan iaitu melibatkan unit beruniform. Keseragaman ini lebih menyerlahkan disiplin di kalangan peserta ketika melakukan aktiviti.

KESIMPULAN

Perkhemahan Kemahiran Asas Pengakap bagi SK Sg. Seluang telah diadakan dengan jayanya. Walaupun perkhemahan ini diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Pantai Merdeka, namun aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat di kalangan ahli kumpulan di samping melatih para peserta supaya berdikari dalam situasi-situsai tertentu dalam kehidupan. Ternyata objektif dan matlamat perkhemahan ini tercapai dan diharapkan program ini akan menjadi program tahunan dan perlu diteruskan demi manfaat para pelajar. Perancangan dan pelaksanaan yang jujur dan teliti bagi program seperti ini akan menjamin satu pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan.