refleksi keseluruhan

4

Click here to load reader

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 26-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI KESELURUHAN

REFLEKSI KESELURUHAN

BINA INSAN GURU FASA V

Oleh: Hairul Azwan Bin Abdul Razak

910318-08-5853

Pendidikan Khas Semester 6

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulilah, bersyukur kami kepada Allah Swt kerana pada akhirnya kami

berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru fasa 6 di Sekolah Kebangsaan

Sultan Ibrahim bagi melakukan Bench Marking ataupun penanda aras(Guru

Cemerlang) untuk kami semua. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah

berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan

guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada

masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan

dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang,

pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia

di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat Program Lawatan Penanda

Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib

dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa 6.

Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program

ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program

ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik

Zainol Abidin Bin Zakaria dan Mentor kami En Halim bin Wan Ibrahim Setelah

mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda

aras di Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Pasir Mas,Kelantan yang

mempunyai murid kedua paling ramai di negeri Kelantan. Program BIG Fasa 5 ini

Page 2: REFLEKSI KESELURUHAN

telah disertai seramai 20 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP

Pendidikan Khas ambilan Januari 2011. Lawatan ini juga telah diiringi oleh seorang

pensyarah iaitu Encik Halim Bin Wan Ibrahim.

Program ini dilaksanakan pada hari khamis, 4 Julai 2013 dan kami tiba di Sk

Sultan Ibrahim pada pukul 8.30 pagi untuk lawatan Bench Marking kumpulan kami.

Untuk makluman, program Bina Insan Guru Fasa IV yang dilakukan ini adalah

bersama dengan guru cemerlang untuk mengetahui tips-tips kecemerlangan beliau

dalam menjadi guru cemerlang ini. Untuk pengetahuan juga Cikgu Hussein juga

merupakan Ikon Guru Negeri Kelantan kerana kehebatan dalam bidang pendidikan

beliau

Apabila sampai di SK Sultan Ibrahim , kami telah disambut dengan penuh

mesra oleh warga SK Islah dengan persembahan silat oleh murid-murid yang telah

mendapat johan di peringkat sekolah dan seterusnya dengan persembahan dikir

barat. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat daripada

Guru Besar, Tn.Haji Md. Tahir Bin Hassan. Beliau telah menerangkan tentang

sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Islah, dan pencapaian SK Islah dalam

bidang akademik mahupun sukan juga bagaimana guru bertindak sebagai tenaga

pengajar yang sangat komitmen terhadap kerjaya sebagai seorang guru yang

mendidik anak bangsa. SK Islah telah mendapat mendapat pelbagai anugerah di

peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa

guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

Selain itu, Tn Haji Md.tahir memperjelaskan strategi bagaimana untuk

memikat hati para ibubapa untuk memberi komitmen dan kepercayaan kepada

pihak sekolah bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang

sempurna serta tahap pekembangan murid yang ibubapa perlu tahu dengan kaedah

perjumpaan guru-ibubapa-murid sekaligus merapatkan hubungan sekolah dan

ibubapa melalui Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG).

Sekolah ini bukanlah sebuah sekolah yang cemerlang yang dikategorikan

oleh Jabatan Pendidikan Negeri tetapi dari segi pengmatan saya sekolah ini

merupakan bakal sekolah cemerlang kerana dari segi pengurusan pentadbiran, misi

dan misi sekolah ini jelas menunjukkan para guru dan juga pihak pentadbiran

sekolah mahukan para murid dan juga gurunya cemerlang dari segi akademik juga

Page 3: REFLEKSI KESELURUHAN

sahsiah. Oleh yang demikian, Tn Hj Md. Tahir juga guru-guru kanan beliau telah

memulakan stategi seperti menubuhkan skuad yang terdiri daripda 12 orang guru

yang telah menampakkan usaha mereka yang telah berjaya melahirkan murid-murid

yang cemerlang dan memberi teladan kepada guru-guru lain supaya mencontohi

dan sentiasa bersemangat untuk mengajar murid-murid demi anak bangsa.

Selain itu, antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk

pembangunan sains ialah membaik pulih makmal sains dengan menyediakan

peralatan yang canggi dan lengkap. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid

sekolah ini supaya berminat dalam matapelajaran sains yang dianggap susah.

Dalam perancangan lain juga, pihak sekolah juga memastikan bahawa

sekolah ini selamat didiami oleh murid dan juga guru dalam sesi penggunaan

bangunan kerana murid-murid di disekolah ini memopunyai murid yang terlalu ramai.

Pihak sekolah juga telah menyediakan tiga orang rela untuk memudahkan murid-

muird melintas kerana sekolah ini berdekatan dengan jalanraya.

Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,

pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.

Antara aktiviti yang dijalankan di Islah ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah.

Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer,

bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai

anugerah yang berjaya diraih oleh SK Islah .

SK Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan

oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami

untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin

sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang

pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam

kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar

sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini

supaya terus cemerlang.

Page 4: REFLEKSI KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini

telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada

masa akan datang.