refleksi kecemerlangan bersama ibu bapa upsr 2015

6
SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG, SARATOK, SARAWAK KERTAS CADANGAN PROGRAM REFLEKSI KECEMERLANGAN UPSR BERSAMA IBU BAPA ANJURAN : SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG, SARATOK, SARAWAK. TARIKH: 08 OGOS 2015 HARI: SABTU

Upload: mastura-ghani

Post on 02-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA PROGRAM BERSAMA IBU BAPA SK LUBOK KEPAYANG

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG,SARATOK, SARAWAK

KERTAS CADANGAN PROGRAM REFLEKSI KECEMERLANGAN UPSR BERSAMA IBU BAPA

ANJURAN :SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG, SARATOK, SARAWAK.

TARIKH:08 OGOS 2015

HARI:SABTU

TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG, SARATOK, SARAWAK. 1.0 NAMA PROGRAMProgram Refleksi Kecemerlangan UPSR Bersama Ibu Bapa

2.0 PENDAHULUANProgram Refleksi Kecemerlangan UPSR Bersama Ibu Bapa adalah salah satu inisiatif pihak sekolah yang dirancang untuk meningkatkan pencapaian murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2015 dengan kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga murid. Melalui program ini, semua murid tahun 6 akan menjawab ujian yang disediakan dengan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga masing- masing. Soalan ujian akan disediakan oleh guru mata pelajaran masing- masing dan melibatkan semua mata pelajaran yang akan diambil dalam UPSR nanti. Seterusnya, setelah selesai ujian dijalankan, sesi perbincangan dan refleksi antara ibu bapa, murid, dan guru akan diadakan. Memandangkan matlamat yang ingin dicapai besar, maka pihak sekolah akan mengembling tenaga bersama ibu bapa atau penjaga agar usaha murni ini akan membuahkan hasil yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti pencapaian akademik murid.

2.0 KUMPULAN SASARAN : Murid Tahun 6 SK.Lubok Kepayang Semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 SK. Lubok Kepayang Semua guru mata pelajaran Tahun 6

3.0 TARIKH/ HARI :08 Ogos 2015 ( Sabtu)

4.0 TEMPAT :Kelas Tahun 6, SK. Lubok Kepayang5.0 MASA :7.15 pagi sehingga 1.15 petang

6.0 MATLAMAT :Matlamat utama ialah supaya semua ibu bapa atau penjaga murid tahun 6 yang mengikuti program ini dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah bagi mencari pendekatan untuk membantu murid ini memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015.

7.0 OBJEKTIF :7.1 Ibu bapa dapat memberikan sokongan moral kepada anak- anak secara langsung semasa menjawab ujian.7.2 Memberi peluang kepada ibu bapa mengesan/ mengenal pasti kelemahan dan kebolehan anak- anak dalam pembelajaran. 7.3 Mendorong semua murid supaya lebih yakin dan bersemangat menghadapi ujian dengan kehadiran ibu bapa masing- masing disisi.7.4 Mendorong murid agar menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2015. 7.5 Memberi peluang kepada guru dan ibu bapa bekerjasama mencari inisiatif terbaik dalam menangani masalah pembelajaran anak- anak. 7.6 Mewujudkan budaya kasih sayang, keakraban dan kerjasama yang berpanjangan dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru-guru.

8.0 AKTIVITI :8.1 Murid menjawab ujian ditemani ibu bapa.8.2 Sesi perbincangan dan refleksi ibu bapa dan murid bersama guru Tahun 6.

9.0 JAWATANKUASA :Rujuk lampiran 110.0 TENTATIF :Rujuk lampiran 2

11.0 PENUTUP :Semoga matlamat yang digariskan ini dapat membuahkan kecemerlangan kepada murid tahun 6 dan pihak sekolah dalam pencapaian UPSR 2015 nanti. Juga diharapkan agar seluruh ibu bapa murid-murid SK. Lubok Kepayang lebih cakna dengan pencapaian anak-anak dalam ujian dan peperiksaan. Kepada murid-murid pula, di harapkan mereka lebih yakin dan bermotivasi sebelum menghadapi peperiksaan UPSR September ini.

Disediakan oleh,

.....................................................................(MASTURA BINTI GHANI)Penyelaras Program,Sekolah Kebangsaan Lubok Kepayang.

Disemak oleh,

...................................................................(RICKY@ AGAS AK STUART)Guru Penolong Kanan Pentadbiran,Sekolah Kebangsaan Lubok Kepayang.

Diluluskan oleh,

...................................................................(BUNDAK AK SULAW)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Lubok Kepayang. LAMPIRAN 1AHLI JAWATANKUASA KERJAPROGRAM REFLEKSI KECEMERLANGAN UPSR BERSAMA IBU BAPA 2015

Pengerusi:En. Bundak ak SulawGuru Besar SK. Lubok Kepayang

Timbalan Pengerusi :En. Ricky@ Agas ak StuartPenolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi :Cik Mary Dayun LuatPenolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha:Mastura binti GhaniPenyelaras Program

Pen. Setiausaha:Salina ak LiumS/U Peperiksaan

Jawatankuasa Kerja:Semua guru dan kakitangan SK. Lubok Kepayang

LAMPIRAN 2TENTATIF PROGRAM PROGRAM REFLEKSI KECEMERLANGAN UPSR BERSAMA IBU BAPA 2015

7.15 Pagi:Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga

7.30 Pagi :Ucapan Aluan oleh;En. Bundak ak Sulaw (Guru Besar)

08.00 Pagi:Sesi Ujian(Rujuk jadual ujian yang disediakan)

12.30 Tengah hari:Perbincangan dan Refleksi Ibu Bapa dan Murid Bersama Guru.

1.15 Petang:Majlis bersurai.