refleksi individu pj

9
REFLEKSI INDIVIDU oleh Nor Sharnida binti Daud Chelladurai ( 1994 ) menyatakan bahawa pengurusan sukan berkaitan dengan mengkoordinasi sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi menghasilkan pekhidmatan sukan yang berkesan. Menurut Leith ( 1990 ) pula, pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Proses ini melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Oleh sebab itu, dalam Semester Lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, kami sebagai guru pelatih telah mendapat tugasan untuk mengelolakan sebuah Karnival Permainan Tradisional. Perancangan tugasan ini bermula seawal bulan April manakala Karnival Permainan Tradisional tersebut dijangka diadakan selepas semua pelajar menamatkan praktikum di sekolah masing-masing iaitu pada 13 April 2012. Dengan dibimbing oleh pensyarah masing-masing iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin Amat, Tn. Hj. Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik PJM 3112 |PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 1

Upload: sup-penyu

Post on 12-Aug-2015

240 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi Individu PJ

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Individu PJ

REFLEKSI INDIVIDU

oleh Nor Sharnida binti Daud

Chelladurai ( 1994 ) menyatakan bahawa pengurusan sukan berkaitan dengan

mengkoordinasi sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta

situasi luar jangkaan bagi menghasilkan pekhidmatan sukan yang berkesan.

Menurut Leith ( 1990 ) pula, pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan

yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenaga untuk mencapai

matlamat yang ditetapkan. Proses ini melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan

dan kawalan ke atas sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan

atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu.

Oleh sebab itu, dalam Semester Lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

ini, kami sebagai guru pelatih telah mendapat tugasan untuk mengelolakan sebuah

Karnival Permainan Tradisional. Perancangan tugasan ini bermula seawal bulan April

manakala Karnival Permainan Tradisional tersebut dijangka diadakan selepas semua

pelajar menamatkan praktikum di sekolah masing-masing iaitu pada 13 April 2012.

Dengan dibimbing oleh pensyarah masing-masing iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin

Amat, Tn. Hj. Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat, kami

telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 20 orang iaitu mengikut

opsyen masing-masing. Kelas saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi 2 telah

dibimbing oleh Tn. Hj. A. Rahman bin Amat iaitu Ketua Unit Pendidikan Jasmani,

pensyarah yang penuh berwibawa dan berdedikasi.

Tugasan ini menuntut sikap kerjasama dan teamwork yang sangat tinggi

daripada setiap ahli RBT 2. Dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, kami

dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja pengelolaan pertandingan yang

lengkap, menjalankan mesyuarat pengelolaan dan melaksanakan satu pertandingan

permainan tradisional.

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 1

Page 2: Refleksi Individu PJ

Sebelum Karnival Permainan Tradisional..

Setelah melalui sesi perbincangan bersama kelas lain, kami telah mecapai kata sepakat

untuk memilih permainan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam sebagai permainan

tradisional yang akan dipertandingkan dan dikelolakan oleh kelas kami.

Pada pandangan saya, pertandingan Lompat Getah dan Sepak Bulu Ayam ini

bertujuan memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi

moden. Di samping itu, program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan

antara guru-guru pelatih serta mengintegrasikan perpaduan kaum.

Selain itu, pertandingan ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk

bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan perkara-perkara

lain yang berkaitan. Seterusnya, ia memberi ruang seluasnya kepada pelajar untuk

menyertai pertandingan dan mendapat manfaat dari segi kesihatan serta pengetahuan

tentang pengurusan sesuatu pertandingan. Program ini juga diharap dapat memberi

pengetahuan dan pengalaman dari pelbagai aspek bagi kepentingan bersama.

Sebelum tarikh Karnival Permainan Tradisional ini tiba, beberapa mesyuarat

bersama Jawatankuasa Induk iaitu dari semua opsyen dan Jawatankuasa Kerja yang

terdiri dari ahli RBT 2 telah dijalankan. Mesyuarat pertama diadakan pada hari Khamis

bertarikh 5 April 2012 pada pukul 4 petang di BALSIS. Mesyuarat pada kali ini bertujuan

membentuk Jawatankuasa Induk yang telah dipengerusikan oleh Abd. Rahim dari

Opsyen Pendidikan Jasmani.

Mesyuarat kedua pula telah diadakan secara tertutup di BALSIS di mana ia

hanya melibatkan 20 orang ahli RBT 2. Pengerusi yang dilantik sebulat suara bagi kelas

kami ialah Mohd Amir Wardee bin Mohamad Kamis. Agenda mesyuarat pada hari itu

ialah ucapan pengerusi, pembentangan cadangan peraturan permainan,

pembentangan cadangan perbelanjaan dan pembentangan cadangan peralatan secara

ringkas.

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 2

Page 3: Refleksi Individu PJ

Semasa Karnival Permainan Tradisional..

Karnival Permainan Tradisional Semester 5 bagi sesi 2012 telah berlangsung pada

hari Ahad bertarikh 22 April 2012. Penyertaan ini terbuka untuk guru pelatih daripada

semua opsyen Semester 5 iaitu RBT 1,RBT 2, RBT 3, RBT 4, PJ, PK, BC dan SN

seramai 154 orang. Tiada yuran-penyertaan dikenakan kepada peserta - peserta.

Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 2.00

petang. Sepanjang pemerhatian saya, sikap yang ditonjolkan oleh guru-guru pelatih

Semester 5 ini yang patut diberikan pujian ialah sebahagian besar daripada mereka

turun ke tempat acara seawal jam 7.15 dan 7.30 pagi.

Setiap kelas telah mempunyai kawasan permainan yang ditetapkan dari awal.

Jadi, pelajar yang tiba awal terus ke tempat acara masing-masing dan menyusun

peralatan pertandingan seperti khemah, meja hakim, kerusi, scoreboard dan

menyiapkan senarai nama peserta bagi acara yang dipertandingkan.

Oleh kerana tidak terlibat sebagai Jawatankuasa Kerja dalam kelas saya, saya

telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim bersama Nur Afifah Hazirah dan Nur

Aisyah Adnan dalam pertandingan Lompat Getah. Permainan ini tidak menjadi masalah

kepada saya kerana ia selalu dimainkan semasa saya dibangku sekolah rendah suatu

ketika dahulu.

Permainan Lompat Getah ini dijalankan serentak bersama 7 acara lain pada

sesi pagi iaitu sebelum waktu rehat ( 8.00 – 10.00 pagi ). Antara acara lain termasuklah

tuju getah, kunda-kundi, galah panjang, tuju guli dan batu seremban. Sistem permainan

Lompat Getah ini ialah ahli kumpulan yang terdiri daripada 4 orang memilih seorang

“ibu“ bagi menyelamatkan “anak-anak“ jika mereka tidak dapat melompat getah

tersebut pada paras tertentu. Paras yang perlu dilompat oleh setiap ahli ialah paras

kaki, buku lali, lutut, paha, pinggang, dada, bawah telinga dan atas kepala. “Ibu“ hanya

boleh membantu “anak-anak“ melompat semasa percubaan di paras dada, bawah

telinga dan atas kepala sahaja.

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 3

Page 4: Refleksi Individu PJ

Bagi pemberian mata, sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati, oleh itu

pasukan yang menang akan meneruskan pertandingan ke peringkat seterusnya. Mata

kemenangan diberi berdasarkan bilangan peserta atau ”anak” yang dapat melepasi

paras tertinggi iaitu atas kepala. Jika kesemua 4 orang peserta dapat sampai hingga

tahap terakhir, maka kumpulan itulah yang menjadi juara.

Dari segi kepegawaian, di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh tiga ( 3 )

orang pengadil atau hakim. Dalam permainan Lompat Getah ini, seorang ( 1 ) hakim

dilantik untuk memberi mata dan dua ( 2 ) orang hakim dilantik untuk mengadili

pertandingan.

Satu lagi permainan yang dikelolakan oleh kelas kami ialah Sepak Bulu Ayam.

Permainan ini dikendalikan oleh pelajar lelaki RBT 2 kerana pelajar perempuan terlibat

dengan acara-acara lain pada waktu itu. Pertandingan bagi sesi kedua bermula pada

jam 11.00 pagi - 12.30 tengah hari iaitu selepas rehat bersama 7 acara lain seperti

layang-layang, tarik upih, dam, mahjung dan congkak.

Sistem permainan bagi acara ini ialah lapan ( 8 ) orang peserta daripada setiap

opsyen akan menimang bulu ayam dan memberi kepada peserta di sebelah. Jika

peserta di sebelahnya tidak dapat menyambut dan menimang bulu ayam tersebut, dia

akan mendapat satu ( 1 ) tanda ” X ”. Peserta akan tersingkir setelah tiga ( 3 ) kali

mendapat tanda ” X ”. Peserta terakhir yang tersingkir dikira pemenang bagi

perlawanan sesi pertama dan mendapat markah penuh iaitu 5 markah.

Bagi perlawanan sesi kedua, pemenang ditentukan dengan mengira timangan

bulu ayam yang dilakukan. Pemenang yang paling banyak melakukan timangan dikira

sebagai pemenang. Dari segi kepegawaian, ia turut diadili oleh tiga ( 3 ) orang pengadil

atau hakim, sama seperti acara Lompat Getah. Dalam permainan Sepak Bulu Ayam ini,

seorang ( 1 ) hakim dilantik untuk mengadili pertandingan dan dua ( 2 ) orang hakim

dilantik untuk menilai permainan dan memberikan mata kepada peserta.

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 4

Page 5: Refleksi Individu PJ

Dalam kedua-dua acara, jika berlaku gangguan luar jangka sama ada binatang,

manusia atau alat-alat maka tindakan bagi situasi itu adalah pengadil akan

membunyikan wisel panjang untuk menamatkan permainan. Tiada satu jangka masa

ditetapkan untuk pasukan menamatkan pertandingan kerana kedua-dua acara tidak

menggunakan sistem masa. Pengadil akan membunyikan wisel 2 kali untuk memberi

kemenangan kepada pasukan.

Jika berlaku sesuatu perkara yang luar biasa dan fasal mengenainya tidak

dinyatakan di dalam Undang-Undang ini semasa berjalannya permainan atau

perlawanan, maka Ketua Pengadil bersama pengadil - pengadil bertugas boleh

menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan. Segala keputusan pengadil

adalah muktamad sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Aktiviti pertandingan yang berlansung pada hari itu berjalan dengan lancar.

Cuaca berada dalam keadaan yang baik pada awalnya tetapi bertukar panas terik

apabila menginjak tengah hari. Namun demikian, setiap ahli jawatankuasa dan juga

peserta-peserta pertandingan tetap meneruskan aktiviti sehingga tamat.

Karnival Permainan Tradisional tersebut berakhir hampir jam 1.00 tengah hari.

Upacara penyampaian hadiah berlangsung di Gimnasium IPGKTHO. Terdapat

pemenang individu yang mewakili kelas dan ada juga pemenang berpasukan mewakili

pasukan campuran masing-masing. Hadiah berupa hamper makaan tersebut telah

disampaikan oleh ketiga-tiga pensyarah yang mengajar subjek Pengurusan dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan iaitu Tn. Hj. A. Rahman bin Amat, Encik

Abd. Kadir bin Abd. Rahim dan Encik Abdul Rahman bin Selamat.

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 5

Page 6: Refleksi Individu PJ

Selepas Karnival Permainan Tradisional..

Semua peserta seperti pelajar Cina menunjukkan minat dan semangat yang tinggi

kerana mereka sangat teruja dengan permainan tradisional masyarakat Melayu ini

seperti sepak bulu ayam, lompat getah, kuda-kundi dan layang-layang yang tidak

pernah mereka kenali dan mainkan sebelum ini. Pelajar-pelajar Melayu pula bermain

dengan begitu bersungguh-sungguh kerana semua permainan ini pernah dimainkan

sewaktu kecil dan ia pastinya membangkitkan nostalgia di zaman kanak-kanak. Pelajar

ini juga begitu teruja bermain mahjung iaitu sejenis permainan masyarakat Cina.

Mereka berjuang sedaya upaya bagi memastikan kumpulan masing-masing

memperoleh kemenangan. Namun, adat pertandingan sudah pasti ada yang kalah dan

ada yang menang. Walaupun begitu, saya berpendapat bahawa objektif karnival ini iaitu

untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu kepada generasi

moden di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru pelatih serta

mengintegrasikan perpaduan kaum telah tercapai.

Kekuatan yang dapat dinilai daripada pengelolaan karnival ini ialah penganjur

tidak memerlukan persediaan yang rumit dari segi tenaga, sumber kewangan, bahan

dan peralatan serta lain-lain kelengkapan. Aktiviti yang dilangsungkan ketika

pertandingan juga tidak memakan masa yang lama. Kelemahan yang terdapat dalam

pertandingan ini ialah mutu dan kaedah pengadilan yang mungkin kurang sesuai dalam

sesebuah permainan. Contohnya, terdapat kumpulan yang menang by pada pusingan

pertama. Ini menunjukkan ketidakadilan berlaku dalam menentukan kumpulan-

kumpulan yang bertanding di peringkat separuh akhir.

Secara keseluruhannya, penganjuran karnival ini telah memberi peluang kepada

saya untuk menimba pengalaman dengan lebih mendalam tentang cara mengurus dan

mentadbir sesuatu pertandingan sukan di peringkat sekolah. Tugasan ini juga

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi

semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal

insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

InsyaALLAH…

|PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. JASMANI DAN SUKAN 6