refleksi individu lawatan pendidikan jasmani suaian

5
REFLEKSI INDIVIDU LAWATAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN NIK MOHD ZAINI AIKAL B. ZAINURIN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya pada tanggal 24 September 2012 dapat saya dan rakan-rakan guru pelatih Pendidikan Jasmani telah melaksanakan satu Program bersama Murid Berkeperluan Khas, Pendidikan Jasmani Untuk Semua” di SK Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan. Semua ini dirancang bagi memenuhi kehendak mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk guru pelatih yang mengikuti kursus PJM 3114 dimana guru pelatih perlu melaksanakan satu program lawatan ilmiah ke sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas bagi menjalankan aktiviti bersama murid berkeperluan khas. Kursus PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian ini merupakan kursus yang wajib disempurnakan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Januari 2010. Program ini mengambil kira melalui 3fasa iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas. Fasa sebelum saya telah mendapati terdapat beberapa masalah iaitu tentang pemilihan sekolah serta pelantikan ahli jawatan kuasa khas.oleh yang demikian kami telah melakukan perbincangan bersama untuk melantik ahli jawatan kuasa serta pemilihan sekolah. Pada fasa kedua iaitu fasa semasa saya mendapati terdapat jega kelemahan iaitu melalui kawalan murid serta penyusunan kumpulan. Hal ini kerana kami tidak pernah mengalami pengalaman bersama murid pendidikan khas sebelum ini. Oleh itu, kami telah diberi tunjuk ajar oleh guru sekolah tersebut. Cadangan penambahbaikan ialah saya perlu membuat persediaan terlebih dahulu sebelum ke sekolah sebegini pada masa akan dating.

Upload: mohamad-firdaus

Post on 20-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PJ suaian

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Individu Lawatan Pendidikan Jasmani Suaian

REFLEKSI INDIVIDU LAWATAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

NIK MOHD ZAINI AIKAL B. ZAINURIN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya

pada tanggal 24 September 2012 dapat saya dan rakan-rakan guru pelatih

Pendidikan Jasmani telah melaksanakan satu Program bersama Murid Berkeperluan

Khas, “Pendidikan Jasmani Untuk Semua” di SK Tanjung Mas, Kota Bharu,

Kelantan. Semua ini dirancang bagi memenuhi kehendak mata pelajaran

Pendidikan Jasmani Suaian untuk guru pelatih yang mengikuti kursus PJM 3114

dimana guru pelatih perlu melaksanakan satu program lawatan ilmiah ke sekolah

yang mempunyai murid berkeperluan khas bagi menjalankan aktiviti bersama murid

berkeperluan khas. Kursus PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian ini merupakan

kursus yang wajib disempurnakan oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda

Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Januari 2010.

Program ini mengambil kira melalui 3fasa iaitu fasa sebelum, semasa dan

selepas. Fasa sebelum saya telah mendapati terdapat beberapa masalah iaitu

tentang pemilihan sekolah serta pelantikan ahli jawatan kuasa khas.oleh yang

demikian kami telah melakukan perbincangan bersama untuk melantik ahli jawatan

kuasa serta pemilihan sekolah.

Pada fasa kedua iaitu fasa semasa saya mendapati terdapat jega kelemahan

iaitu melalui kawalan murid serta penyusunan kumpulan. Hal ini kerana kami tidak

pernah mengalami pengalaman bersama murid pendidikan khas sebelum ini. Oleh

itu, kami telah diberi tunjuk ajar oleh guru sekolah tersebut. Cadangan

penambahbaikan ialah saya perlu membuat persediaan terlebih dahulu sebelum ke

sekolah sebegini pada masa akan dating.

Melalui pemerhatian saya, kolaborasi merupakan satu perkara penting. Ini

dapat dilihat melalui hubungan antara pensyarah di mana kami sentiasa

berhubungan dengan pensyarah pembimbing saya bagi program kali ini iaitu juga

pensyarah Pendidikan Jasmani Suaian iaitu En Yazid Bin Deraman bagi memastikan

segala perancangan yang dilakukan tidak akan mendatangkan masalah kepada

Page 2: Refleksi Individu Lawatan Pendidikan Jasmani Suaian

program yang akan dilakukan. Selain itu juga pensyarah juga akan menilai

bagaimana program ini dilaksanakan kekerapan kolaborasi itu penting bagi

memperolehi markah yang tinggi dari pensyarah. Selain itu juga, hubungan dengan

pihak sekolah merupakan perkara yang amat penting sekali lebih-lebih lagi

merupakan tempat yang akan dilakukan program. Hubungan yang baik perlu

dijalinkan antara sekolah. Oleh itu, saya dan rakan-rakan lain perlu menitik beratkan

dari segi tatasusila dan adab , cara berpakaian ketika bersama dengan pihak

sekolah. ini kerana saya membawa nama IPG dan ingin menjaga nama baik

profesion saya yang bakal menjadi guru.

Pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan telah tiba, saya bersama rakan

–rakan yang lain bersemangat serta berdisiplin yang tinggi dengan keazaman yang

tinggi untuk menambah ilmu yang bernilai dengan watak menjadi guru yang sebenar

untuk setengah hari ini. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada hasil dari

praktikum yang lepas saya gunakan di sini. Namun terdapat perbeaan kerana murid-

murid yang akan saya ajar merupakan murid berkeperluan khas yang berbeza dari

segi mental, fizikal dari pelajar normal maka saya perlu ubah cara pengajaran saya

yang menitik beratkan terhadap tahap pembelajaran, latar belakang murid serta

kesesuaian aktiviti.

Saya terdiri daripada 4 orang lagi rakan saya telah bersedia di stesen kami

iaitu kami sepakat membuat aktiviti melompat menggunakan dua kaki ke dalam

gelung, berjalan melalui bangku dan berjalan secara zig-zag. Setiap murid

dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan murid ini mempunyai

seorang murid yang bermasalah berbanding murid yang lain. Kami menggunakan

sistem stesen di mana murid akan bergerak ke stesen seterusnya selepas selesai 5

Page 3: Refleksi Individu Lawatan Pendidikan Jasmani Suaian

minit. Sepanjang menjaga di stesen saya dapati banyak murid yang tidak dapat

melakukan dengan betul,perlakuan murid yang berkeperluan khas ini kadang kala di

luar pengetahuan saya. Dengan pengalaman praktikum yang baru sahaja selesai

saya terapkan dalam mengawal dan mengawasi murid yang berada di stesen saya.

Ada murid yang Berjaya melakukan dengan baik namun ada juga yang lari dan

member masalah kepada kumpulan saya. Memang tidak dapat dinafikan dalam

menjaga murid-murid berkeprluan khas ini setiap guru haruslah memiliki sifat sabar

yang tinggi dan komited dengan tugasnya.

Sesi soal jawab antara guru penyelaras SK Tanjung Mas . Banyak informasi

yang sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada saya ketika bersama dengan

murid berkeperluan khas ini. Antara isi-isi yang penting dan sempat untuk dijadikan

panduan untuk saya iaitu kaedah P&p yang dilaksanakan terhadap murid-murid

berkeperluan Khas dan cara bagi menangani murid yang sukar dikawal.

Dari segi kekuatan program ini ialah, telah banyak memberikan satu

pengalaman dan pendedahan yang bermakna kepada saya dan guru pelatih yang

lain. Melalui program ini juga, saya amat menghormati kepada semua guru-guru

pendidikan khas di Malaysia ini kerana mereka memeliki sifat professional guru yang

tinggi.

Namun demikian, terdapat juga kelemahan iaitu dari segi susun ataur program

dan juga pengurusan pergerakan guru pelatih ketika program. Ia perlu

diperkemaskan lagi agar program yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan

berkesan. Kelemahan yang dapat dilihat ialah, kesediaan apabila disoal mengenai

jalan kerja program. Oleh itu setiap guru pelatih perlu turut serta setiap kali

melakukan mesyurat atau pun perjumpaan yang dilakukan bagi mengelakkan salah

faham negenai masa dan aktiviti yang akan dilakukan.

Page 4: Refleksi Individu Lawatan Pendidikan Jasmani Suaian

Dari segi peluang daripada program ini, saya berpeluang untuk mengajar

murid-murid khas yang sebelum ini hanya mengajar murid normal dan telah memberi

pengalaman yang bermakna bagi saya. Dari segi ancaman pula, kami dibebani

dengan banyak tugasan lebih-lebih lagi dalam keadaan tengah praktikum. Kekangan

masa bagi kami untuk berbincang mengenai tentatif program ini banyak membeeri

masalah. Namun itu semua dapat dielakkan dengan wujudkan kerjasama yang erat

antara guru pelatih.

Saya berharap agar program sebegini diteruskan pada masa akan datang

kerana pengalaman yang akan diperolehi merupakan pengalaman yang amat

bernilai dan berharga dan akan digunakan ketika berada sekolah kelak. Akhir kata

dari saya, berharap program yang telah dilaksanakan ini dapat membantu dari segi

permarkahan peperiksaan kelak.

DISEDIAKAN OLEH

....................................................

( MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT JUSOH )

PISMP PJ/PK/PSK SEM 6

AMBILAN JANUARI 2010