refleksi individu big

Upload: guna

Post on 08-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Refleksi Individu BIG

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya amat bersyukur kerana dapat mengikut Program khidmat komuniti ini dengan jayanya. Program khidmat komuniti selama empat hari ini yang berlangsung di Kelantan, yang bertajuk bantuan pasca banjir meninggalkan pengalaman yang terindah bagi saya. Program khidmat komuniti ini bermula pada 9 Februari hingga 12 Februari. Disini saya ingin berkongsi pengalaman program khidmat komuniti yang sebenar berlangsung. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana memberi kepercayaan atas diri saya dan dilantik sebagai ajk pengangkutan. Saya telah menunaikan tanggungjawab yang diberi dengan jayanya. Disamping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pengangkutan yang memberi kerjasama untuk menyempurnakan tugasan dengan baik dan sempurna. Program khidmat komuniti selama empat hari dan tiga malam ini memberikan pengalaman dan kenangan indah bagi saya dan rakan-rakan yang lain. Program ini adalah gabungan kumpulan GSTT PISMP Sem 4 iaitu BT dan PJ. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, tetapi semasa kami mengikuti program khidmat komuniti ini kami mengganggap sebagai berada dalam satu keluarga. Program khidmat komuniti ini telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu.Program khidmat komuniti ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika program khidmat komuniti ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana program ini telah banyak memberi peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Dalam program khidmat komuniti ini, kami telah membersihkan dan menceriakan sebuah sekolah yang berada di Kelantan, Kuala Krai. Nama sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai. Sekolah tersebut telah dilanda banjir pada bulan Disember dan telah kehilangan banyak harta benda sekolah. Kami ke situ untuk memberi pertolongan yang kecil boleh diberikan oleh kumpulan kami. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut adalah membersihkan kelas, mengecat kelas, mencuci dewan, membersihkan surau dan sebagainya.

Sebelum kami bertolak dari kampus, sebagai ajk pengangkutan, saya dan ajk lain telah menempah bus untuk bertolak ke Kelantan. Pada hari pertama iaitu pada hari isnin 9 Februari 2015, sebelum bertolak kami seramai 60 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kami telah diberi dua buah bus untuk pergi ke Kelantan. Kami bertolak dari ipg pada pukul 7.45 dan sampai di Sekolah Kebangsaan Pahi pada pukul 6.00 petang. Pada hari kedua dan hari ketiga iaitu pada hari selasa dan rabu, kami iaitu unit BT diberi kerja membersihkan kelas tadika yang berada di sekolah tersebut. Mula- mula kami mengikis cat di dinding. Selepas mengikis semua cat, kami pun mula mengecat warna putih di dinding. Ada rakan kelas saya yang lain telah mengecat cat minyak di pagar besi tingkap dan mengecat tingkap. Kami juga telah mengecat dinding diluar kelas. Kerja ini memang memenatkan kami tetapi kami mengangap sumbangan ini dapat mewujudkan suatu situasi kelas yang bersih dan ceria. Disamping itu, kami diberi layanan yang baik oleh penduduk di Kuala Krai tersebut. Kami juga diberi makanan yang enak yang dimasak oleh mak cik yang mengendalikan kantin di sekolah tersebut. Pada malam hari ketiga, kami diberi peluang untuk membelah beli di pasar malam yang berada di Kota Bharu. Disitu kami melihat pelbagai jenis makanan dan barangan dijual dengan harga yang murah. Saya juga telah membeli sepasang kain sarung dan sebuah beg dengan harga yang murah. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya.Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Aktiviti ini dilihat amat memenatkan tetapi telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ajk keselamatan. Saya dan rakan saya diberi tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi hingga 4 pagi pada hari ketiga. Kami telah berkawal di sekitar kawasan khemah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka. Melalui program ini saya dapat belajar beberapa nilai iaitu sikap berkerjasama antara antara satu sama lain. Nilai lain yang saya dapat ialah semangat setia kawan dan kerjasama. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi. Program ini telah mencetuskan atau telah membina satu insan yang berguna pada masa akan datang. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang membimbing kami. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program khidmat komuniti ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya juga berharap saya telah banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

1