refleksi individu

2
REFLEKSI INDIVIDU TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK Syukur Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus projek subjek Literasi Nombor ini di bawah bimbingan En. Ab. Razak bin Salleh pada masa yang telah ditetapkan dengan baik dan sempurna. Tugasan ini bermula pada 12 Mac 2015 dan tamat pada 09 April 2015. Dalam tempoh masa yang diberikan, saya telah membuat yang terbaik dengan segala usaha dilipat gandakan demi menghasilkan satu projek yang terbaik bagi tugasan kali ini. Tugasan kali ini memerlukan saya untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan dan satu minuman bagi satu syarikat makanan dan minuman bersempena pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat terbabit. Dalam tugasan ini, saya telah membahagikan tugas bersama rakan saya dimana saya berperanan dalam menghasilkan pembungkus makanan manakala rakan setugas saya, Luqman Hakim bin Mokhtar pula menghasilkan pembungkus minuman. Pelbagai sumber telah saya jadikan rujukan sepanjang menjalankan tugasan ini seperti daripada sumber internet khususnya kerana di internet terdapat contoh-contoh rekaan pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan oleh pereka di seluruh dunia. Kemudian, saya juga telah membuat rujukan daripada bahan ilmiah seperti buku-buku seni origami agar saya mendapat idea yang lebih kreatif dan inovatif bagi mereka bentuk pembungkus makanan ini. Kekuatan-kekuatan yang telah saya pelajari dalam menjalankan kerja kursus ini ialah seperti mempelajari kemahiran penganggaran, pengiraan mental, penyelesaian masalah, ukuran dan ruang dan bentuk. Selain itu, saya juga mempelajari ukuran-ukuran piawai dan juga ukuran imperial. Oleh yang demikian, segala yang saya terima semasa kuliah telah diaplikasikan sepanjang menjalankan tugasan projek ini. Justeru, tugasan ini amat membantu saya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan saya mengenai topik-topik yang dipelajari dalam subjek Literasi Nombor. Buktinya, saya telah mereka sendiri pembungkus makanan saya berdasarkan ukuran dan bentuk yang diilhamkan berdasarkan rujukan dan pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, kemahiran dalam mengukur dengan tepat dan ketelitian amat penting agar bentuk dan pembungkus makanan yang dihasilkan cantik dan kemas. Oleh itu, saya amat berkeyakinan untuk mempersembahkan hasil pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan kepada penilai sesebuah syarikat pemakanan tersebut. Kekuatan daripada segi bentuk projek pula, bentuk yang saya pilih bagi pembungkus makanan dan minuman adalah daripada bentuk-bentuk asas kerana

Upload: la-suerte-aiman

Post on 30-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sdasd

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDUTUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOKSyukur Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus projek subjek Literasi Nombor ini di bawah bimbingan En. Ab. Razak bin Salleh pada masa yang telah ditetapkan dengan baik dan sempurna.Tugasan ini bermula pada 12 Mac 2015 dan tamat pada 09 April 2015. Dalam tempoh masa yang diberikan, saya telah membuat yang terbaik dengan segala usaha dilipat gandakan demi menghasilkan satu projek yang terbaik bagi tugasan kali ini. Tugasan kali ini memerlukan saya untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan dan satu minuman bagi satu syarikat makanan dan minuman bersempena pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat terbabit.Dalam tugasan ini, saya telah membahagikan tugas bersama rakan saya dimana saya berperanan dalam menghasilkan pembungkus makanan manakala rakan setugas saya, Luqman Hakim bin Mokhtar pula menghasilkan pembungkus minuman. Pelbagai sumber telah saya jadikan rujukan sepanjang menjalankan tugasan ini seperti daripada sumber internet khususnya kerana di internet terdapat contoh-contoh rekaan pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan oleh pereka di seluruh dunia. Kemudian, saya juga telah membuat rujukan daripada bahan ilmiah seperti buku-buku seni origami agar saya mendapat idea yang lebih kreatif dan inovatif bagi mereka bentuk pembungkus makanan ini.Kekuatan-kekuatan yang telah saya pelajari dalam menjalankan kerja kursus ini ialah seperti mempelajari kemahiran penganggaran, pengiraan mental, penyelesaian masalah, ukuran dan ruang dan bentuk. Selain itu, saya juga mempelajari ukuran-ukuran piawai dan juga ukuran imperial. Oleh yang demikian, segala yang saya terima semasa kuliah telah diaplikasikan sepanjang menjalankan tugasan projek ini.Justeru, tugasan ini amat membantu saya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan saya mengenai topik-topik yang dipelajari dalam subjek Literasi Nombor. Buktinya, saya telah mereka sendiri pembungkus makanan saya berdasarkan ukuran dan bentuk yang diilhamkan berdasarkan rujukan dan pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, kemahiran dalam mengukur dengan tepat dan ketelitian amat penting agar bentuk dan pembungkus makanan yang dihasilkan cantik dan kemas. Oleh itu, saya amat berkeyakinan untuk mempersembahkan hasil pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan kepada penilai sesebuah syarikat pemakanan tersebut.Kekuatan daripada segi bentuk projek pula, bentuk yang saya pilih bagi pembungkus makanan dan minuman adalah daripada bentuk-bentuk asas kerana mudah untuk diacu dan tidak memerlukan kos yang banyak selain mudah disusun apabila dalam kuantiti yang banyak. Berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kelas, saya telah memilih bentuk segi empat tepat bagi pembungkus makanan dan segi empat sama bagi pembungkus minuman. Walaubagaimanapun, saya telah mengambil langkah proaktif iaitu dengan mendekorasi pembungkus makanan saya dengan corak yang berwarna-warni. Hal ini kerana saya lebih memberi fokus kepada pengguna kanak-kanak berbanding dewasa. Pada masa yang sama, bijirin ini amat berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran. Disebalik kekuatan-kekuatan sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat juga kelemahan yang harus dibaiki bagi memastikan tugasan akan datang dapat dihasilkan dengan baik dan lancar. Contohnya, semasa menghasilkan bentuk pembungkus makanan dan minuman, saya telah membuat beberapa kali ukuran dan potongan bahan-bahan bagi mendapat bentuk yang kemas dan cantik. Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya, kerana saya tetap mencuba sehingga mendapat yang terbaik sehingga memuaskan hati.Saya berasa sangat berpuas hati dan gembira apabila ditugaskan untuk menjalankan projek sebegini kerana otak saya dapat dijana agar berfikir lebih kreatif dan kemahiran tangan saya juga dapat dididik iaitu kemahiran motor halus. Saya berharap tugasan sebegini akan diteruskan lagi untuk generasi yang akan datang.Kesimpulannya, tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan ini berjalan dengan baik dan besar harapan saya tidak lain tidak bukan agar dapat bersama-sama sahabat yang lain memperoleh kejayaan sebagai seorang guru kelak. Kami berharap agar memperoleh markah yang tinggi pada tugasan ini. Mohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku dan saya ucapkan ribuan terima kasih.