refleksi guru pembimbing dan pensyarah

3
MOHAMAD AZIRAM BIN ZAKARIA REFLEKSI GURU PEMBIMBING Semasa menjalankan Praktikum Fasa 1 di SJK (C) Man Ming, saya dan Mohd Tarmizi telah dibimbing oleh seorang guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Chang Oi Leng. Semasa di bawah bimbingan beliau, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya perhatikan terhadap guru pembimbing saya. Antara kekuatan yang saya perolehi sepanjang berada di bawah bimbingan beliau ialah, saya mendapat beberapa teguran dan pendapat yang boleh saya ambil dan aplikasikan apabila saya menjadi guru pada masa akan datang. Beliau banyak memberi teguran dari segi cara untuk mengawal kelas, strategi yang berkesan untuk murid dan cara-cara untuk menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dapat dilihat semasa beliau membuat penyeliaan semasa saya mengajar di dalam kelas. Sementara itu, beliau juga banyak memberi ilmu dan pengetahuan baru kepada saya sepanjang berada di bawah bimbingan beliau seperti cara untuk memudahkan lagi murid memahami proses pengajaran dan pembelajaran dan aras yang sesuai untuk murid-murid tersebut belajar di dalam kelas. Selain kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada guru pembimbing saya iaitu, beliau merupakan guru yang kurang berpengalaman dalam bidang Bahasa Melayu kerana beliau mengajar Bahasa Melayu di sekolah tersebut disebabkan kekurangan guru Bahasa Melayu yang terdapat di sekolah itu. Sementara itu, beliau juga kurang memberi perhatian kepada kami terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan beliau juga banyak memberi fokus kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Kesimpulannya, guru pembimbing saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan diharap beliau dapat menjalankan

Upload: muhammad-kamil

Post on 17-Nov-2015

151 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

MOHAMAD AZIRAM BIN ZAKARIAREFLEKSI GURU PEMBIMBINGSemasa menjalankan Praktikum Fasa 1 di SJK (C) Man Ming, saya dan Mohd Tarmizi telah dibimbing oleh seorang guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Chang Oi Leng. Semasa di bawah bimbingan beliau, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya perhatikan terhadap guru pembimbing saya. Antara kekuatan yang saya perolehi sepanjang berada di bawah bimbingan beliau ialah, saya mendapat beberapa teguran dan pendapat yang boleh saya ambil dan aplikasikan apabila saya menjadi guru pada masa akan datang. Beliau banyak memberi teguran dari segi cara untuk mengawal kelas, strategi yang berkesan untuk murid dan cara-cara untuk menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dapat dilihat semasa beliau membuat penyeliaan semasa saya mengajar di dalam kelas. Sementara itu, beliau juga banyak memberi ilmu dan pengetahuan baru kepada saya sepanjang berada di bawah bimbingan beliau seperti cara untuk memudahkan lagi murid memahami proses pengajaran dan pembelajaran dan aras yang sesuai untuk murid-murid tersebut belajar di dalam kelas. Selain kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada guru pembimbing saya iaitu, beliau merupakan guru yang kurang berpengalaman dalam bidang Bahasa Melayu kerana beliau mengajar Bahasa Melayu di sekolah tersebut disebabkan kekurangan guru Bahasa Melayu yang terdapat di sekolah itu. Sementara itu, beliau juga kurang memberi perhatian kepada kami terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan beliau juga banyak memberi fokus kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Kesimpulannya, guru pembimbing saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan diharap beliau dapat menjalankan bimbingan dengan lebih baik lagi pada bakal-bakal guru pelatih pada masa akan datang.

REFLEKSI PENSYARAH PEMBIMBINGSemasa menjalankan Praktikum Fasa 1 iaitu Major Bahasa Melayu di SJK (C) Man Ming, saya dan Mohd Tarmizi telah dibimbing oleh seorang pensyarah iaitu Puan Hjh. Habibah Bt. Mohd Samin. Semasa di bawah bimbingan beliau, terdapat pelbagai ilmu pengetahuan dan manfaat baru yang saya perolehi sepanjang berada di bawah bimbingan beliau. Antara ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi ialah, saya didedahkan dengan cara-cara untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan betul dan sesuai dengan objektif murid yang diajar. RPH sangat penting sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tanpa RPH sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan teratur. Sementara itu, beliau juga telah menerangkan secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan bagi setiap langkah-langkah yang terdapat di dalam RPH tersebut semasa membuat penyeliaan kedua dan penyeliaan bersama. Segala kelemahan yang terdapat akan saya perbaiki pada pengajaran yang akan datang. Selain itu, beliau juga telah memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mengawal kelas dan cara-cara untuk memberi rangsangan kepada murid-murid supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Pada masa yang sama, beliau banyak memberi cadangan dan pendapat tentang strategi dan kaedah yang sesuai untuk murid-murid semasa mengajar. Hal ini merupakan input yang sangat berguna kepada saya untuk diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang. Kesimpulannya, pensyarah pembimbing saya sangat membimbing saya semasa menjalankan praktikum, saya berharap pada masa akan datang saya akan dibimbing oleh pensyarah yang sangat membimbing seperti pensyarah Praktikum Fasa 1 ini. InsyaAllah.