pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan...

27
PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN MENGAJAR AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN

PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN

MENGAJAR

AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

B

JUD

Saya

mengaku memUniversiti Tek 1. Tesis adala2. Perpustaka pengajian 3. Perpustaka pengajian 4. ** Sila tan

_______

(TANDAAlamat Tetap:1267P QUARSMK DATO33300 GERITarikh: 10 Jan

CATATAN

UNIVE

BORANG

DUL : P

P

S

A

mbenarkan tesisknologi Malays

ah hakmilik Unaan Universiti sahaja. aan dibenarkantinggi.

ndakan ( √ )

SULIT

TERHAD

TIDAK TE

___________

ATANGAN P: RTERS GUR

O’ SERI WANIK, PERAK nuari 2012

: * P** Ji

bete

♦ Tsepe

ERSITI T

G PENGE

PEGANGAN

PENYELIAA

SEWAKTU

SESI PE

AHMAD SAF (H

s (PSM / Sarjansia dengan syar

niversiti TeknoTeknologi Mal

n membuat sali

(MengkepentAKTA

(Mengoleh or

ERHAD

__________

PENULIS)

RU,N MOHAME

otong yang maika tesis ini SUerkuasa/organiempoh tesis ini

Tesis dimaksudkecara penyelidienyelidikan, at

TEKNOLO

ESAHAN

N KEPENY

AN PENSY

PROGRAM

ENGAJIAN :

FWAN BIN AHURUF BES

na / Doktor Farat-syarat kegu

ologi Malaysialaysia dibenark

inan tesis ini se

andungi maklutingan Malaysi

A RAHSIA RA

andungi maklurganisasi/badan

__

ED,

ana tidak berke

ULIT atau TERisasi berkenaani perlu dikelaskkan sebagai tesikan, atau disertau Laporan Pr

OGI MAL

N STATU

YELIAAN D

YARAH PEM

M LATIHA

2011/2012

AHMAD YUSAR)

alsafah) * ini diunaan seperti b

a. kan membuat s

ebagai bahan p

umat yang berda seperti yang SMI 1972)

umat TERHADn di mana peny

______

(TANDAT

DR MO Tarikh: 1

enaan. RHAD, sila lamn dengan menykan sebagai SUsis bagi Ijazah rtasi bagi pengrojek Sarjana M

PSZ 19:

LAYSIA

US TESI

DAN GAYA

MBIMBING

AN MENGA

USOF

isimpan di Perperikut :

salinan untuk tu

pertukaran anta

darjah keselamtermaktub di d

D yang telah diyelidikan dijala

Disahkan o

___________

ANGAN PE

OHD ZOLKABDUL HA 0 Januari 2012

mpirkan surat dyatakan sekali sULIT atau TER

Doktor Falsafgajian secara keMuda (PSM)

: 16 (Pind. 1/9

IS♦

A

G

AJAR

pustakaan

ujuan

ara institusi

matan atau dalam

itentukan ankan)

oleh

___________

NYELIA)

KIFLI BIN AMID

2

aripada pihak sebab dan

RHAD. fah dan Sarjanaerja kursus dan

7)

_

a n

Page 3: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

“Saya akui b

memadai

Tandatangan

Nama Penye

Tarikh

bahawa saya

dari segi sk

Muda Tek

n :

elia :

:

a telah memb

kop dan kuali

knologi Sert

……

DR M

10 Jan

baca karya i

iti untuk tuju

ta Pendidikan

……………

MOHD ZOLK

nuari 2012 

ni dan pada

uan penganu

n (Kemahira

………………

KIFLI BIN A

pandangan s

ugerahan Ijaz

an Hidup).”

…………….

ABDUL HA

saya karya in

zah Sarjana

.

AMID

ni

Page 4: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN

PENSYARAH PEMBIMBING SEWAKTU PROGRAM LATIHAN

MENGAJAR

AHMAD SAFWAN BIN AHMAD YUSOF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

 

“Saya ak

ri

Tandatangan

Nama Penul

Tarikh

kui bahawa k

ngkasan yan

n :

lis :

:

karya ini ada

ng tiap-tiap s

………

AHM

10 Jan

lah hasil ker

satunya telah

……………

MAD SAFWA

nuari 2012 

rja saya send

h saya jelask

……………

AN BIN AH

diri kecuali n

kan sumbern

……

HMAD YUS

nukilan dan

ya”

OF

ii

Page 6: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

iii 

 

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu

Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..

Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian

Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda

Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.

Buat Penyelia Yang Dikagumi..

Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu

Buat Kakak-Kakak Dan Adikku Yang Dikasihi…

Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini

Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang

Disanjungi..

Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…

Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama

Amin...

Page 7: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

iv

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

Dr Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid selaku penyelia dan pembimbing penyelidik

kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan

panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan.

Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan

kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada

penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T. Sekian Wassalam.

Page 8: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

v

ABSTRAK

Penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing adalah satu aktiviti yang

penting di mana dapat melahirkan guru praktikal yang berkualiti. Oleh yang

demikian, kajian secara diskriptif ini dijalankan oleh penyelidik adalah untuk

mengetahui apakah pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pengajaran

yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih di

dalam program Latihan Mengajar (Praktikum). Seramai 50 orang pensyarah

pembimbing yang pernah membimbing pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus

Ipoh dijadikan sebagai responden. Borang soal selidik telah digunakan sebagai

instrumen kajian. Item-item dalam borang soal selidik yang dikemukakan adalah

berkaitan jenis pegangan dan gaya yang digunakan iaitu kawalan direktif

(directive control), kawalan informal (directive informal), kolaboratif

(collaborative), dan tidak direktif (non-directive) terhadap guru pelatih. Nilai

kebolehpercayaan (alpha cronbach) bagi instrumen kajian yang diguna dalam

kajian ini ialah 0.826. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package

For The Social Science version 20.0 (SPSS) untuk mencari peratus, kekerapan

dan min. Dapatan kajian menunjukkan pegangan kepenyeliaan oleh pensyarah

pembimbing adalah menjurus kepada pegangan penyeliaan jenis direktif

informal, diikuti dengan kolaboratif dan tidak direktif. Manakala gaya

penyeliaan yang diamalkan oleh pensyarah pembimbing menunjukkan tahap

yang tinggi pada gaya penyeliaan jenis kolaboratif dan diikuti direktif informal.

.

Page 9: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

vi

 

ABSTRACT

Instruction of supervision is one of the important activities in order to produce a

quality trainee teacher. Therefore this descriptive research have been made by

researcher is to determine supervision style and supervisory believe that supervisor

uses in the teaching practice period. Researcher have selected 50 lecturers that have

an experience to be a supervisor for Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh student to

be a respondent. A questionnaire have been used to a research instrument. Items in

the questionnaire is related to the supervisory beliefs and supervisory styles that is

directive control, directive informal, collaborative and non-directive. The amount of

reliability (alpha croncbach) for the instruments used for research is 0.826. Data

gathered were then analyzed using “Statistical Package for Social Science” software

(SPSS Version 20) to find the percentage, frequency and mean. The outcome of the

research showed that respondent’s supervisory belief for the directive informal

approach is high, followed by collaborative and non-directive based on the mean of

each item obtained. For the supervisory styles respondent give a high respond to a

collaborative approach and followed by directive informal.

 

Page 10: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Signifikan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Kesimpulan 9

Page 11: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

viii  

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Latihan Mengajar 10

2.2.1 Matlamat Latihan Mengajar 13

2.2.2 Objektif Latihan Mengajar 14

2.3 Penyeliaan 15

2.3.1 Definisi Penyeliaan 16

2.3.2 Konsep Penyeliaan 16

2.3.3 Objektif Penyeliaan 17

2.4 Pegangan kepenyeliaan 18

2.5 Gaya Penyeliaan 20

2.5.1 Gaya Kawalan Direktif 21

2.5.2 Gaya Kawalan Direktif Informatif 22

2.5.3 Gaya Kawalan Kolaboratif 23

2.5.4 Gaya Kawalan Tidak Direktif 23

2.5 Kesimpulan 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Lokasi Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 30

3.5.1.1 Soal Selidik 30

3.5.1.1.1 Bahagian A 31

3.5.1.1.2 Bahagian B 31

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 34

3.6 Kerangka Operasi 35

Page 12: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

ix  

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Kesahan Soal Selidik 38

3.9 Kajian Rintis 39

3.10 Kaedah Pengumpulan Data Kajian Sebenar 40

3.11 Analisis Data 41

3.12 Kesimpulan 42

4. ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Bahagian A 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Bangsa 45

4.2.3 Umur 45

4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 46

4.2.5 Pengalaman Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah 46

4.2.6 Pengalaman Menjadi Penjadi Pensyarah Pembimbing 47

4.3 Analisis Bahagian B 48

4.3.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru pelatih? 49 4.3.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing

semasa menyelia guru pelatih? 54

4.3.3 Adakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing

adalah sama dengan gaya penyeliaan yang digunakan

semasa menyelia guru pelatih? 60

4.3.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing

semasa menyelia guru pelatih berdasarkan pada

pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang

guru di sekolah? 61

4.4 Kesimpulan 62

Page 13: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

x  

4 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Pegangan kepenyeliaan pertama:

Kawalan Direktif (Directive Control) 64

5.2.2 Pegangan kepenyeliaan kedua:

Direktif Informal (Directive Informational) 65

5.2.3 Pegangan kepenyeliaan ketiga:

Kolaboratif (Collaborative) 65

5.2.4 Pegangan kepenyeliaan keempat:

Tidak Direktif (Nondirective) 66

5.2.5 Gaya penyeliaan yang pertama:

Kawalan Direktif (Directive Control) 67

5.2.6 Gaya penyeliaan yang kedua:

Kawalan informal (Directive Informational) 68

5.2.7 Gaya penyeliaan yang ketiga:

Kolaboratif (Collaborative) 69

5.2.8 Gaya penyeliaan yang keempat:

Tidak Direktif (Nondirective) 70

5.2.9 Keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan

pensyarah pembimbing dengan gaya penyeliaan yang

digunakan semasa menyelia guru pelatih 71

5.4 Rumusan. 72

5.5 Cadangan 73

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan. 74

5.7 Kesimpulan 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN 84

Page 14: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Hubung Kait Diantara Falsafah, Kawalan dan Pegangan

kepenyeliaan 20

3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor

Demografi Responden 31

3.2 Taburan Item Soal Selidik 32

3.3 Skala Likert Lima Mata 33

3.4 Klasifikasi Terhadap Item 33

3.5 Tahap Penilaian Min 34

3.6 Statistik Kebolehpercayaan 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tertinggi 46

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Berkerja Sebagai Guru Di Sekolah 46

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Pensyarah Pembimbing 47

4.7 Pegangan Kepenyeliaan Yang Pertama:

Kawalan Direktif (Directive Control) 49

4.8 Pegangan Kepenyeliaan Yang Kedua:

Direktif Informal (Directive Informational) 51

4.9 Pegangan Kepenyeliaan Yang Ketiga:

Kolaboratif (Collaborative) 52

4.10 Pegangan Kepenyeliaan Yang Keempat:

Page 15: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

xiii

Tidak Direktif (Nondirektif) 53

4.11 Gaya penyeliaan yang pertama:

Kawalan Direktif (Directive Control) 54

4.12 Gaya Penyeliaan Yang Kedua:

Direktif Informal (Directive Informational) 56

4.13 Gaya Penyeliaan Yang Ketiga:

Kolaboratif (Collaborative) 57

4.14 Gaya Penyeliaan Yang Keempat:

Tidak Direktif (Nondirective) 59

4.15 Perbandingan Antara Pegangan Kepenyeliaan

Dengan Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing 60

4.16 Gaya Penyeliaan Pensyarah Pembimbing Mengikut

Pengalaman Menjadi Guru Di Sekolah 61

Page 16: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

% - Peratus

IPG - Institut Pendidikan Guru

K - Kekerapan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KS - Kurang Setuju

PKPG - Pogram Khas Pensiswazahan Guru

S - Setuju

SK - Sekolah Kebangsaan

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statical Package For The Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Fakulti Pendidikan)

C Borang Pengesahan Pakar 1

D Borang Pengesahan Pakar 2

Page 18: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Praktikum atau latihan mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru

pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari serta

mengaplikasikan pengetahuan, kaedah dan kemahiran mengajar dalam situasi yang

sebenar iaitu semasa berada di bilik darjah. Latihan mengajar adalah komponen

penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan

hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

(KPM, 2011). Program ini juga dapat membantu bakal-bakal guru membuat

persediaan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan kelak. Melalui

program latihan mengajar yang dijalankan, guru pelatih dapat menyepadukan teori

dan amali pengajaran. Selain itu, mereka juga dapat mengaplikasikan pelbagai

strategi dan kemahiran telah mereka pelajari semasa di pusat pengajian. Guru pelatih

juga dapat merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar dan sekaligus

dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran. Latihan ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri guru

pelatih, meningkatkan jati diri serta membolehkan guru pelatih menghayati dan

mengamalkan nilai profesion perguruan.

Page 19: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

Hazil (1995) menyatakan bahawa latihan mengajar adalah sebahagian

daripada aktiviti dalam proses pembelajaran untuk membimbing guru-guru pelatih

ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik. Sejak pelajar mendaftar mengikuti

kursus perguruan, usaha melatih mereka untuk menjadi guru adalah berterusan. Ini

bermakna sebelum mereka menjejakkan kaki di sekolah untuk menjalani latihan

mengajar, bimbingan telahpun diberikan bagi persediaan mereka untuk menjadi

seorang guru. Usaha membimbing yang lebih intensif lagi akan diberikan semasa

mereka menjalani latihan mengajar.

Penyeliaan dan bimbingan adalah saling berkait rapat di antara satu sama

lain.Tujuan utama penyeliaan adalah untuk membantu guru pelatih mempelajari

bagaimana untuk meningkatkan kebolehan mereka dalam mencapai matlamat

pembelajaran bagi pelajar mereka (Glickman, 1981). Menyentuh tentang pegangan

kepenyeliaan (supervisory belief), ia berkait rapat dengan sejauhmana jangkauan

kawalan penyelia dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada

tingkahlaku pengajaran guru pelatih yang dicerap dalam bilik darjah. Ia merujuk

kepada kewajaran samaada penyelia perlu bersifat direktif atau kolaboratif dalam

menstrukturkan semula tingkahlaku guru pelatih atau menyerahkan sepenuhnya

kepada guru pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri (Mohd

Zolkifli, 2009).

Pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam membuat sebuah keputusan

berdasarkan kepada keadaan guru, ia merujuk kepada kewajaran sama ada penyelia

perlu mengamalkan pendekatan atau gaya penyeliaan yang sesuai kepada guru

pelatih untuk melakukan penambahbaikan mereka sendiri. Gaya penyeliaan adalah

salah satu pendekatan yang akan mempengaruhi perkembangan mental guru pelatih

dalam meningkatkan atau menurunkan kebolehannya di dalam konteks

pembelajaran (Zepeda, 2007).

Dalam menentukan pemilihan gaya penyeliaan yang berkesan, penyelia

seharusnya mengambil kira faktor pengetahuan sedia ada dan pengalaman terdahulu

Page 20: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

guru pelatih, kematangan pengetahuan semasa yang diperolehi, kemahiran yang

dikuasai dan sahsiah yang ditunjukkan oleh guru pelatih peringkat demi peringkat di

sepanjang tempoh latihan mengajar.Isu yang ingin dikupas dengan lebih mendalam

tentang kajian ini adalah mengenai gaya penyeliaan yang sering diamalkan oleh

pensyarah pembimbing dalam membimbing dan memberi sokongan kepada guru

pelatih.

1.2 Latar Belakang Masalah

Semasa melalui pengalaman latihan mengajar di sekolah, kebanyakan guru

pelatih di seluruh dunia sering menghadapi pelbagai masalah (KPTM dan KPM,

2005). Salah satu masalah yang selalu disuarakan oleh guru pelatih ialah penyeliaan.

Acheson dan Gall (1980) mendapati guru pelatih memang tidak suka diselia,

walaupun penyeliaan itu dianggap sebagai aktiviti penting dalam latihan mengajar.

Terdapat guru pelatih yang memberi reaksi yang negetif terhadap penyeliaan.

Walaubagaimanapun, Acheson dan Gall (1987) menyatakan guru pelatih

sebenarnya bukan tidak suka kepada penyeliaan, tetapi mereka tidak suka kepada

cara penyeliaan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing. Daripada dapatan

kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Zolkifli et al.(2007), antara perkara yang

paling dibimbangkan oleh guru pelatih semasa diselia oleh guru pembimbing adalah

dari aspek, konsep tolong bantu dan bimbingan daripada penyelia. Ketika kajian

dijalankan guru pelatih telah memberi gambaran jelas bahawa mereka sangat

memerlukan pensyarah pembimbing untuk mengenalpasti masalah dan kelemahan

mereka, memberitahu mereka akan kelemahan tersebut dan mencadangkan cara

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 21: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

Harapan dan keperluan guru pelatih seperti yang telah dinyatakan berikut

tidak akan dapat dipenuhi oleh pensyarah pembimbing adalah disebabkan terdapat

kelemahan dalam memilih pendekatan dan gaya penyeliaan yang sepadan dengan

situasi dan keadaan guru pelatih. Kenyataan ini disokong oleh Turney et al. (1982)

yang menyatakan bahawa perkembangan profesionalisme guru pelatih akan

mendatangkan impak yang negatif jika terdapat kelemahan dalam memilih

pendekatan penyeliaan yang sepadan. Akibat daripada ketidaksepadanan antara gaya

penyeliaan penyelia dengan tahap kemajuan perkembangan guru pelatih ia boleh

mendatangkan konflik kesefahaman (Ralph, 1996). Keseluruhan masalah ini bukan

sahaja akan memberi implikasi dan masalah kepada guru pelatih, malah kesediaan

pensyarah untuk memberi penyeliaan yang berkesan akan terus dipertikaikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, kajian ini

dijalankan adalah untuk meneliti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing

Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya

penyeliaan semasa praktikum latihan mengajar berasaskan sekolah. Penyelidik juga

akan mengkaji dari aspek pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah

pembimbing terhadap guru pelatih berdasarkan pengetahuan sedia ada, tahap

keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru pelatih.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti

pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus

Page 22: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan

mengajar berasaskan sekolah Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini

adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing daripada

aspek:

1.4.1.1 Direktif kawalan (Directive)

1.4.1.2 Direktif Informal (Directive Informational)

1.4.1.3 Kolaboratif (Collaborative)

1.4.1.4 Tidak Direktif (Non Directive)

1.4.2 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing daripada aspek:

1.4.2.1 Direktif kawalan (Directive)

1.4.2.2 Direktif Informal (Directive Informational)

1.4.2.3 Kolaboratif (Collaborative)

1.4.2.4 Tidak Direktif (Non Directive)

1.4.3 Mengenalpasti keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya

penyeliaan pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru

pelatih

1.4.4 Mengenalpasti gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia

guru pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang

guru di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk untuk meneliti

pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru, Kampus

Ipoh dalam menyelia guru pelatih dan gaya penyeliaan semasa praktikum latihan

Page 23: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

mengajar berasaskan sekolah Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat

menjawab beberapa persoalan berikut :

1.5.1 Apakah pegangan kepenyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia

guru pelatih

1.5.2 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru

pelatih

1.5.3 Adakah keselarasan diantara pegangan kepenyeliaan dengan gaya penyeliaan

pensyarah pembimbing yang digunakan semasa menyelia guru pelatih?

1.5.4 Apakah gaya penyeliaan pensyarah pembimbing semasa menyelia guru

pelatih mengikut pengalaman pensyarah pembimbing sebagai seorang guru

di sekolah?

1.6 Signifikan Kajian

Signifikan kajian adalah suatu yang amat berkait rapat dengan sumbangan

yang boleh diberikan oleh suatu kajian (Othman Lebar, 2007). Oleh kerana itu

kajian ini dianggap penting kerana dapatannya boleh digunakan dalam;

i. Menambahbaik pendekatan penyeliaan pengajaran bagi

meningkatkan mutu profesionalisme perguruan pra perkhidmatan.

ii. Meningkatkan persefahaman antara pensyarah pembimbing

dengan guru pelatih dan menjadikan latihan mengajar sebagai suatu

program pembelajaran yang dapat menyediakan seorang guru

bermutu dan berkualiti.

Page 24: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

iii. Menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan sedia

ada dalam bidang penyeliaan pengajaran di institusi pendidikan

seluruh negara.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pegangan kepenyeliaan gaya

penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing daripada Institut Pendidikan

Guru, Kampus Ipoh. Dalam kajian ini, penyelidik memilih responden secara rawak

yang tertumpu kepada pensyarah yang ditugaskan untuk menjadi pensyarah

pembimbing kepada guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.

Sampel kajian ini ialah seramai 50 orang pensyarah. Kajian ini dibataskan kepada

kaedah pengutipan dan pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pegangan Kepenyeliaan

Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan kepenyeliaan sebagai

pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat keputusan tentang

kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan

profesionalisme guru.

Page 25: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

Secara psikologinya, kepercayaan (belief) adalah kefahaman, premis atau

pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu yang dianggap sebagai benar atau betul

(Richardson, 1996). Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan perkataan

pegangan bagi menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan

seolah-olah membawa konotasi anutan seseorang terhadap sesuatu agama.

Pandangan seorang penyelia tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia

dan kawalan dikatakan sebagai pegangan kepenyeliaan (supervisory belief)

(Glickman et al. 2005).

Dalam konteks yang sama, pegangan kepenyeliaan dalam kajian ini merujuk

kepada suatu tanggapan maya pensyarah pembimbing, hasil daripada himpunan

pendedahan dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas

dalam menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi

konferensi penyeliaan pengajaran.

1.8.2 Gaya Penyeliaan

Gaya penyeliaan adalah pendekatan yang akan mempengaruhi

perkembangan mental guru pelatih dalam meningkatkan atau menurunkan

kebolehannya di dalam konteks pembelajaran (Zepeda, 2007). Hoover et al. (1988)

pula menyatakan bahawa gaya penyeliaan yang diguna pakai pendekatan secara

langsung ataupun sebaliknya adalah bergantung kepada sejauh mana penekanan

terhadap tugas yang diberikan (contoh: membaik pulih kemahiran pelajar).

Glickman (1981) telah mengelaskan empat gaya penyeliaan iaitu gaya kawalan

direktif (directive control), direktif informational (directive informational),

kolaboratif (collaborative) dan tidak direktif (nondirective).

Page 26: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

1.8.3 Pensyarah Pembimbing

Pensyarah pembimbing yang dimaksudkan di sini ialah pensyarah

pembimbing yang dilantik oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk

menjalankan tugas penyeliaan Latihan Mengajar (Garis Panduan Praktikum

Prasekolah, 2011). Dalam kajian ini, pensyarah pembimbing yang dimaksudkan

ialah pensyarah pembimbing di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

1.8.4 Guru Pelatih

Guru pelatih memberi maksud guru yang masih berlatih. Dalam kajian ini

guru pelatih yang dimaksudkan ialah pelajar Istitut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh

yang telah atau akan menjalani praktikal latihan mengajar.

1.8.5 Latihan Mengajar

Latihan mengajar adalah satu program di mana guru pelatih berada dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Hazil (2005) menyatakan bahawa

latihan mengajar adalah sebahagian daripada aktiviti dalam proses pembelajaran

untuk membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru atau pendidik yang baik.

Mengikut Mok dan Lee, (1988) latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila

seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan

segala kemahiran mengajar. Guru pelatih ini akan memainkan peranan mereka

sebagai seorang guru yang sebenar. Ini jelas menunjukkan bahawa penekanan dibuat

pada aspek penggunaan atau mempraktikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang

telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani latihan mengajar.

Page 27: PEGANGAN KEPENYELIAAN DAN GAYA PENYELIAAN …€¦ · pegangan kepenyeliaan dan gaya penyeliaan pensyarah pembimbing sewaktu program latihan mengajar ahmad safwan bin ahmad yusof

10 

1.9 Kesimpulan

Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang

pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, signifikan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi istilah. Berdasarkan

elemen-elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian

selanjutnya.