refleksi fathinn

5
Refleksi Nurul Fathinn Binti Sahari Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya dan rakan-rakan saya dari kelas PK/PJ/BM sem 5 menyempurnakan program latihan lari jarak sederhana 800m dan 1500m. Program latihan lari jarak sederhana ini memberi banyak ilmu pengetahuan kepada saya. Selepas menjalani beberapa proses latihan dalam program ini, kini saya tahu pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengikuti acara ini. Antaranya ialah ankling drill, front kick, butt kick drill, side step, cross step, high knee, striding, skip, lari skip dan banyak lagi. Aktiviti lari jarak sederhana ini penting untuk diketahui dan dipelajari sebelum dimanfaatkan di sekolah kelak. Selain itu, program latihan ini dapat membimbing dan membentuk diri setiap bakal guru agar lebih bersedia dan lebih yakin dalam mendidik anak bangsa. Hal ini kerana, program ini memberi kami pluang untuk mengajar dan menguruskan sendiri hal-hal yang berkaitan dengan lari jarak sederhana. Seterusnya, program ini telah membuat kami membaca lebih banyak buku rujukan sebagai persediaan sebelum mengajar pelajar-pelajar PISMP sem 5. Saya akui melalui program ini, saya telah merujuk banyak sumber untuk mendapatkan input mengenai lari jarak sederhana agar saya lebih yakin dan bersedia ketika memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar lain. Antara sumber-sumber rujukan saya ialah internet, buku-buku ilmiah, majalah, dan banyak lagi. Program ini

Upload: pengajar-boneka

Post on 17-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi gerko

TRANSCRIPT

Refleksi Nurul Fathinn Binti SahariBersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya dan rakan-rakan saya dari kelas PK/PJ/BM sem 5 menyempurnakan program latihan lari jarak sederhana 800m dan 1500m. Program latihan lari jarak sederhana ini memberi banyak ilmu pengetahuan kepada saya. Selepas menjalani beberapa proses latihan dalam program ini, kini saya tahu pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengikuti acara ini. Antaranya ialah ankling drill, front kick, butt kick drill, side step, cross step, high knee, striding, skip, lari skip dan banyak lagi. Aktiviti lari jarak sederhana ini penting untuk diketahui dan dipelajari sebelum dimanfaatkan di sekolah kelak. Selain itu, program latihan ini dapat membimbing dan membentuk diri setiap bakal guru agar lebih bersedia dan lebih yakin dalam mendidik anak bangsa. Hal ini kerana, program ini memberi kami pluang untuk mengajar dan menguruskan sendiri hal-hal yang berkaitan dengan lari jarak sederhana. Seterusnya, program ini telah membuat kami membaca lebih banyak buku rujukan sebagai persediaan sebelum mengajar pelajar-pelajar PISMP sem 5. Saya akui melalui program ini, saya telah merujuk banyak sumber untuk mendapatkan input mengenai lari jarak sederhana agar saya lebih yakin dan bersedia ketika memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar lain. Antara sumber-sumber rujukan saya ialah internet, buku-buku ilmiah, majalah, dan banyak lagi. Program ini telah membuatkan saya mengambil tahu dan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai lari jarak jauh dimana sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu langsung mengenai acara ini. Kini, saya telah boleh untuk menyatakan tujuan bagi setiap aktiviti yang kami jalankan pada hari ahad lalu. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan kami sekelas dan juga pelajar dari kelas lain. Hal ini kerana, program ini memerlukan perbincangan yang kerap agar dapat menghasilkan satu program latihan yang betul dan sempurna. Sebagai contoh, kami telah hadir setiap petang untuk mengikuti program latihan bersama rakan-rakan sekelas seminggu sebelum program latihan sebenar dijalankan. Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara rakan sekelas, program ini juga dapat mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah kerana kami sering berjumpa pensyarah untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka.Sebagai seorang bakal guru, program sebegini amat baik dijalankan dalam mendidik setiap bakal guru agar menjadi guru yang berwibawa dan berdedikasi serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendidik anak bangsa kelak.Banyak kebaikkan yang kami perolehi setelah mengikuti program latihan jarak sederhana ini. Tetapi ada juga kelemahan yang wujud ketika menjalankan program latihan lari jarak sederhana ini. Antaranya ialah kami telah tersalah faham mengenai program latihan kami di mana kami telah membuat latihan asas untuk olahraga bukannya program latihan untuk lari jarak sederhana.Selepas selesai mengikuti program latihan ini, banyak teguran yang kami dapat daripada pihak pensyarah. Tetapi kami mengambilnya sebagai satu ikhtibar dan pengajaran agar lebih bersedia sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau program latihan. Selain itu, program latihan ini telah menunjukkan tahap kemampuan jurulatih untuk menjadi jurulatih sukan olahraga sangat lemah. Hal ini kerana ada segelintir pelajar dari kalangan jurulatih tidak bersemangat ketika memberikan arahan untuk menjalankan aktiviti ini. Hal ini menyebabkan pelajar lain tidak bersemangat dan tidak serius mengikuti program latihan yang dijalankan.Ada juga segelintir pelajar yang bermain-main serta tidak bersungguh-sungguh ketika mengikuti program latihan. Contohnya, ketika jurulatih memberi penerangan dan tunjuk ajar, ada segelintir pelajar yang berbual-bual serta bergurau senda bersama rakan-rakan. Hal ini telah mengganggu program latihan yang sedang dijalankan. Malah, ada juga segelintir pelajar yang mengambil kesempatan dengan memberi alasan sakit dan tidak mengikuti program latihan yang dijalankan.Kami sekelas telah diberi banyak teguran oleh pensyarah semasa menjalankan program ini. Antaranya ialah kami tidak menjelaskan dan menunjukkan coaching point semasa menjalankan aktiviti ini. Hal ini membuatkan pelajar lain membuat aktiviti dengan cara yang tidak betul dan salah. Pelajar tidak nampak apa sebenarnya yang dikehendaki dan perlu dibuat kerana jurulatih hanya menunjukkan demostrasi secara rambang sahaja.Banyak kesalahan yang kami lakukan semasa menjalankan program latihan ini dan banyak teguran yang kami terima dari pihak pensyarah. Kami menganggapnya sebagai satu proses pembelajaran dimana banyak lagi perkara yang kami perlu pelajari mengenai acara lari jarak sederhana ini. Sebagai seorang bakal guru, kami perlu pelajari lebih banyak ilmu mengenai sesuatu bidang seperti ilmu mengenai acara lari jarak sederhana sebelum menjadi jurulatih dan mendidik anak bangsa kelak.Selain itu, kami juga perlu memastikan bahan yang hendak diajar mestilah betul dan tidak terpesong daripada tajuk. Maka, kami hendaklah sentiasa berjumpa dengan para pensyarah untuk memastikan aktiviti yang akan dilakukan bertepatan dengan acara yang diambil. Contohnya, latihan untuk lari jarak sederhana ialah kami sepatutnya menjalankan aktiviti lari sebanyak 800meter tetapi kami tidak melakukannya kerana kami telah tersalah faham dan menganggap ketiadaan tempat dan tempat yang terhad sebagai halangan untuk menjalankan aktiviti. Tetapi kami telah diberitahu dan dinasihatkan oleh pihak pensyarah dimana tempat yang terhad bukanlah satu alasan untuk menjalankan aktiviti.Selain itu, sebagai jurulatih juga kita perlulah sentiasa bersemangat dan sentiasa bersedia sebelum menjalankan sesuatu aktiviti agar kita lebih yakin mengenai ilmu yang disampaikan. Hal ini kerana pelajar akan berasa segan dan tidak akan bermain-main ketika kita menyampaikan ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.. Guru yang cemerlang ialah guru yang sentiasa belajar dan terus belajar. Guru perlu tegas dalam mendidik anak bangsa agar objektif pembelajaran tercapai.Seterusnya, sebagai seorang jurulatih untuk acara lari jarak sederhana, kita perlu tahu coaching point dan tujuan sesuatu aktiviti itu dijalankan. Sebagai seorang bakal guru, kita perlu mengambil tahu perkara-perkara sebegini agar objektif pembelajaran tercapai dengan jayanya.Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru atau bakal jurulatih, ilmu pengetahuan untuk sesuatu aktiviti yang akan dijalankan adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kecederaan pada ahli atau pelajar yang mengikuti program latihan yang dijalankan. Oleh itu, setiap bakal guru perlu sentiasa bersedia dalam mendidik dan membimbing anak bangsa. Tanggujawab sebagai seorang bakal guru itu adalah sangat berat. Sekian, terima kasih.