Download - refleksi edu.docx
NAMA : NOR AZILAWATI BINTI ZABIDI
NO KP : 780302-08-5302
KELAS : PPG SAINS 1
REFLEKSI
Pertamannya syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat jua saya menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3183 Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru ini pada tarikh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa
sebarang aral. Tugasan yang diamanahkan kepada saya adalah berkenaan dengan
peranan guru pakar di dalam meningkatkan profesion saya sebagai seorang guru. Saya
dikehendaki menulis sebuah esei bagi melengkapkan tugasan ini.
Sepanjang menjalankan tugasan ini , banyak perkara yang saya pelajari dalam
menyiapkan tugasan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tugasan
guru pakar , saya dan dua orang rakan telah berjumpa dengan seorang guru pakar dan
menemu bual beliau berkenaan dengan tugasan EDU. Kami berada dalam daerah yang
sama. Nama beliau ialah Puan Rosnita bt Ariffin. Beliau merupakan seorang guru pakar
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan diiktirafkan sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan
Bahaasa dan Pustaka pada 2012. Beliau kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Talang,
Kuala Kangsar. Walaupun berbeza bidang namun banyak input yang kami perolehi daripada
beliau berkenaan dengan tajuk tugasan.
Oleh kerana beliau sendiri merupakan seorang guru cemerlang dan pakar dalam
bidang beliau, mudahlah maklumat tersebut dikonsi bersama kami. Penerangan juga jelas.
Bagi menambahkan lagi input kami beliau telah meminjamkan kami sebuah buku berkaitan
dengan guru cemerlang untuk kami jadikan rujukan di dalam menyiapkan tugasan yang
diberi.
Menurut Puan Rosnita, bukannya mudah untuk mencapai taraf menjadi seorang guru
pakar. Banyak perkara yang perlu dilakukan, dikorbankan dan dilalui bagi mencapai gelaran
tersebut. Namun begitu beliau berasa puas apabila kepakaran yang ada pada beliau dapat
dikongsikan bersama dengan guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran kepakarannya
sama ada guru-guru di tempat beliau bertugas mahupun guru-guru yang berada di daerah
persekitaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkatkan lagi pencapaian
murid. Beliau turut berpendapat bahawa ilmu yang ada mestilah dikongsi agar ianya menjadi
lebih diberkati Allah.
Tugasan EDU 3183 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini telah
memberikan saya satu pengalaman yang baru kepada saya kerana melalui tugasan ini saya
dapat bersemuka dengan Munsyi Dewan dan boleh berbual- bual dan berkongsi idea dalam
bidang pendidikan. Ia dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang peranan dan
tanggungjawab seorang guru pakar di dalam meningkatkan lagi martabat profesion
keguruan di samping membantumeningkatkan pencapaian murid di dalam pelajaran.
Insyallah segala ilmu yang saya perolehi ini akan saya manfaatkan kepada rakan – rakan
guru di sekolah saya dan anak- anak murid saya yang memerlukan ilmu daripada gurunya.
Kenangan bersama Guru Pakar Pn Rosnita Bt Ariffin