refleksi edu 3101

4
Kursus falsafah dan pendidikan di Malaysia ini merangkumi semua pembelajaran falsafah islam, falsafah barat dan falsafah timur. Kajian tentang falsafah-falsafah ini adalah amat penting untuk kita memahami serta membolehkan kami mengamalkan falsafah - falsafah ini dalam kehidupan kami. Dalam falsafah pendidikan, terdapatnya empat cabang iaitu, metafizik, aksiologi, epistomologi dan juga logik. Cabang - cabang ini merupakan asas kepada semua falsafah pendidikan dan melalui cabang - cabang ini, kami bolehlah mencipta falsafah kami sendiri untuk menjadi pegangan hidupan kami supaya kami dapat hidup dengan lebih bermakna . Namun demikian dalam falsafah pendidikan barat, terdapatnya beberapa mazhab iaitu, mazhab pragmatisme, mazhab progresivisme, mazhab rekonstruksionisme dan mazhab eksistensialisme manakala dalam falsafah pendidikan timur dan islam terdapatnya mazhab seperti konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme. Semua mazhab ini mengajar kita tentang kepentingan pendidikan dan cara untuk menghasilkan anak murid yang berkaliber. Oleh itu, pendedahan kepada mazhab-mazhab ini membolehkan kami sebagai bakal guru untuk bersiap sedia samada dari segi emosi, mental, intelek dan rohani supaya kami dapat menjadi seorang guru yang berwibawa untuk merealisasikan impian yang ternyata dalam falsafah pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi. Namun demikian, kita haruslah sentiasa menyemai dan mencontohi falsafah-falsafah ini dalam sanubari kita. Selain itu, kursus ini telah membolehkan kami mengkaji tentang tokoh-tokoh falsafah pendidikan seperti Ibnu Rushud, Imam Al-Ghazali dan tokoh - tokoh falsafah lain. Semua tokoh-tokoh ini adalah terkenal kerana mereka telah berkorban untuk memastikan rakyat-rakyat di Negara mereka mendapat hak mereka iaitu pendidikan. Selain itu, tokoh-tokoh ini juag menunjukkan sifat- sifat murni seperti sanggup berkorban

Upload: alexander-ngu

Post on 31-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi EDU 3101

Kursus falsafah dan pendidikan di Malaysia ini merangkumi semua pembelajaran

falsafah islam, falsafah barat dan falsafah timur. Kajian tentang falsafah-falsafah ini adalah

amat penting untuk kita memahami serta membolehkan kami mengamalkan falsafah - falsafah

ini dalam kehidupan kami. Dalam falsafah pendidikan, terdapatnya empat cabang iaitu,

metafizik, aksiologi, epistomologi dan juga logik. Cabang - cabang ini merupakan asas kepada

semua falsafah pendidikan dan melalui cabang - cabang ini, kami bolehlah mencipta falsafah

kami sendiri untuk menjadi pegangan hidupan kami supaya kami dapat hidup dengan lebih

bermakna . Namun demikian dalam falsafah pendidikan barat, terdapatnya beberapa mazhab

iaitu, mazhab pragmatisme, mazhab progresivisme, mazhab rekonstruksionisme dan mazhab

eksistensialisme manakala dalam falsafah pendidikan timur dan islam terdapatnya mazhab

seperti konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme. Semua mazhab ini mengajar kita

tentang kepentingan pendidikan dan cara untuk menghasilkan anak murid yang berkaliber. Oleh

itu, pendedahan kepada mazhab-mazhab ini membolehkan kami sebagai bakal guru untuk

bersiap sedia samada dari segi emosi, mental, intelek dan rohani supaya kami dapat menjadi

seorang guru yang berwibawa untuk merealisasikan impian yang ternyata dalam falsafah

pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi.

Namun demikian, kita haruslah sentiasa menyemai dan mencontohi falsafah-falsafah ini dalam

sanubari kita.

Selain itu, kursus ini telah membolehkan kami mengkaji tentang tokoh-tokoh falsafah

pendidikan seperti Ibnu Rushud, Imam Al-Ghazali dan tokoh - tokoh falsafah lain. Semua tokoh-

tokoh ini adalah terkenal kerana mereka telah berkorban untuk memastikan rakyat-rakyat di

Negara mereka mendapat hak mereka iaitu pendidikan. Selain itu, tokoh-tokoh ini juag

menunjukkan sifat- sifat murni seperti sanggup berkorban untuk Negara dan juga kehausan

untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, karya-karya yang dihasilkan oleh

mereka juga telah memberi impak kepada dunia dalam pelbagai bidang tidak kira bidang

perubatan, bidang astronomi, bidang matematik, bidang sains mahupun bidang pendidikan. Jika

mereka berupaya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa kenapa kita tidak mampu? Kita

haruslah menghayati sifat-sifat tokoh pendidikan lampau ini dan mengamalkannya dalam

kehidupan seharian kami supaya apabila kita menjadi guru, kami dapat mewariskan sifat-sifat

murni ini kepada anak murid kita. Pada sekolah rendah, murid-murid akan terikut-ikut dengan

sifat guru-guru mereka kerana mereka mudah dipengaruhi oleh sifat-sifat orang dewasa.

Tambahan pula, guru diibaratkan sebagai ibu bapa kedua mereka kerana selain di rumah,

kebanyakkan masa mereka adalah berada di sekolah. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita

sebagai bakal guru untuk menyemai sifat-sifat murni dalam kehidupan kami kerana kami

Page 2: Refleksi EDU 3101

merupakan aset Negara yang penting dalam membentuk rakyat yang berketrampilan dan

berguna kepada neagara.

Di samping itu, semasa mengikuti kursus EDU 3101 ini, kami juga dikehendaki untuk

mempelajari tentang sejarah-sejarah sistem pendidikan di Negara kita. Pada zaman dahulu, di

Malaysia, ilmu pengetahuan tidak dititik beratkan kerana kebanyakkan penduduk di Malaysia

adalah miskin dan mereka tidak berupaya untuk memperoleh satu pendidikan. Tetapi, mereka

hanya diberikan pendidikan secara tidak formal iaitu secara lisan melalui nyanyian atau cerita

yang menghandungi nilai-nilai murni. Walaubagaimanapun, setelah penjejahan berlaku,

pendidikan telah menonjolkan kegunaannya kerana semasa penjejahan, rakyat Negara kita

telah ditindas dengan teruk. Melalui pembelajaran sejarah sistem pendidikan kita, kita dapatlah

menjadikan sejarah itu sebagai pedoman kita supaya kita tidak mengulangkan kesalahan kami

dan sentiasa kami akan sentiasa menitik beratkan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Apabila

kita menjadi guru pasa masa depan nanti, kita haruslah menyaran kepada ibu bapa serta anak

murid kita supaya mereka sentiasa mengutamakan pendidikan dan tidak mengabaikan ilmu

pengetahuan. Oleh itu, kami sebagai bakal guru haruslah sentiasa haus kepada ilmu

pengetahuan kerana sebagai pendidik, ilmu pengetahuan adalah amat penting kepada kita

kerana kitalah yang akan menyirami anak murid kita dengan ilmu pengetahuan supaya mereka

dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang secukup-cukupnya untuk menjadi modal insan yang

berilmu pengetahuan dan berkualiti seperti yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan

kebangsaan.

Dalam kursus ini, saya juga telah berupaya untuk mengkaji secara lebih terperinci

tentang falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Dalam falsafah

pendidikan guru, ia menyatakan tentang kewajipan dan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang

guru. Antara kewajipan seorang guru ialah menjamin perkembangan seseorang individu secara

keseluruhan iaitu dari segi intelek, jasmani, rohani emosi dan sosial. Keempat-empat elemen ini

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu kerana tanpa salah

satu elemen itu, seseorang insan itu tidak dapat berkembang dengan baik. Sebagai contohnya,

apabila seseorang itu mempunyai intelek dan emosi yang baik tetapi mempunyai kerohanian

yang teruk maka individu itu akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negative kerana dalam

kehidupannya tiadanya pegangan agama. Dalam penelitian falsafah pendidikan kebangsaan

pula, saya mendapati bahawa perana guru adalah amat penting kerana tanpa guru, Negara itu

akan menjadi mundur kerana tiadanya individu yang bertugas untuk membentuk bangsa dan

juga untuk menberikan ilmu pengetahuan kepada warga Negara. Oleh itu, Negara itu tidak

dapat maju kerana Negara yang maju memerlukan rakyat yang berketrampilan dan berkualiti.

Page 3: Refleksi EDU 3101

Secara keseluruhanya kita sebagai bakal guru haruslah sentiasa memegang kepada prinsip-

prinsip falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru supaya kita adalah

sentiasa berada pada jalan yang betul untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Semasa mengikuti kursus ini, saya telah diberi pengetahuan tentang kurikulum sistem

pendidikan Malaysia yang terbaru iaitu sistem pendidikan kurikulum standard sekolah rendah.

Dalam sistem kurikulum ini, setiap mata pelajaran dibahagi kepada tiga modul iaitu model asas

teras, modul asas tama dan modul asas elektif. Kurikulum baru itu membolehkan para pelajar

berkifir secara lebih kritis dan kreatif. Namum demikian, kita semua guru haruslah berkerjasama

dengan jabataban pendidikan Negara untuk menjayakan kurikulum baru ini yang membolehkan

para guru melahirkan para murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejanteraan diri.

Secara kesimpulannya, kursus ini telah mendedahkan kami kepada banyak ilmu yang

penting. Namu demikian kami haruslah akan mengingati apa yang dipelajari semasa mengikuti

kursus ini. sebelum menamatkan refleksi saya ini, saya ingin mengambil kesempatan utnuk

mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam mmbantu saya menamatkan kursus EDU 3102 ini.