refleksi edu 3093
DESCRIPTION
EDU 3093TRANSCRIPT
[Document title]1
TAJUK/ISU
EDU 3093 – GURU DAN CABARAN SEMASA
KEKUATAN
Pada semester ini, saya telah melaksanakan tugasan bagi subjek Guru dan
Cabaran Semasa (EDU 3093). Dalam tugasan ini, terdapat dua sub tugasan yang
telah diberikan iaitu tugasan pertama iaitu tugasan individu berkaitan dengan
ulasan kritis pengajaran guru di sekolah rendah dalam mengaplikasikan strategi
pengajaran inovatif. Tugasan kedua pula iaitu tugasan berkumpulan berkaitan
dengan portfolio mengenai strategi pengajaran inovatif.
Subjek ini merupakan antara subjek yang agak sukar kerana terdapat
banyak sub topik yang perlu dipelajari. Justeru itu, kemahiran mengingat amat
penting semasa mempelajari subjek ini. Semasa melaksanakan tugasan subjek ini,
saya telah merujuk banyak bahan daripada buku mahupun laman sesawang.
Justeru itu, dari aspek pemerolehan maklumat, saya tidak mengalami masalah
yang besar. Walaupun pada sebelum ini saya telah mempelajari tentang topik-
topik yang ada dalam subjek ini, namun bukan secara menyeluruh dan lebih
mendalam seperti dalam pada semester ini. Tambahan pula, saya bersyukur
kerana pensyarah dan rakan-rakan turut membantu sewaktu saya mempunyai
persoalan mengenai tugasan ini.
Tugasan bagi subjek ini telah memberikan saya pengetahuan yang lebih
mendalam mengenai Guru dan Cabaran Semasa. Melalui subjek ini, saya tahu
mengenai strategi-strategi pengajaran inovatif. Antaranya ialah kreatif dan inovatif,
daya imaginasi yang tinggi, mengenali dan menjiwai ciri-ciri diri murid, strategi
pengajaran yang meliputi pendekatan dan teknik penyampaian pengajaran,
pemilihan dan aplikasi media pengajaran dan unsur kecindan yang mampu
menarik perhatian murid dalam sesi pdp. Subjek ini merupakan antara ilmu yang
harus dikuasai oleh seseorang guru itu kerana ilmu dalam subjek ini merupakan
sesuatu yang sangat berguna apabila berhadapan dengan murid-murid kelak.
[Document title]2
Mengajar murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sikap
banyak memberi cabaran kepada guru-guru kerana saban hari guru akan
berhadapan dengan masalah–masalah murid yang pelbagai dan berbeza–beza
keadaan dan tahap perkembangan serta kematangan. Dalam mengawal dan
mengekang tingkah laku kepelbagaian murid ini memerlukan cara dan kaedah
yang sesuai kerana sekiranya tersalah menggunakan kaedah, hal ini akan
memberikan kesan yang negatif dan impak berpanjangan kepada murid ini seperti
perasaan diri tidak disenangi, disisihkan dan sebagainya.
Justeru itu, berdasarkan kerja kursus ini, ilmu-ilmu berkaitan dengan
pengajaran inovatif memberi banyak faedahnya kepada guru khususnya saya
sendiri yang akan bergelar guru kelak. Melalui pembacaan dan perbincangan
bersama rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini, saya mendapat input
yang sangat berguna yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak.
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini
ialah berkenaan dengan kekangan masa yang sangat padat. Semasa
melaksanakan tugasan ini, saya perlu menyiapkan laporan Penyelidikan Tindakan
saya. Maka, tugasan bagi subjek ini bertindih dengan tugasan lain. Hal ini
menyebabkan kelewatan dalam memulakan tugasan ini. Selain itu, terdapat juga
tugasan-tugasan daripada subjek lain yang harus diselesaikan dengan secepat
yang mungkin. Walaupun perkara-perkara ini merupakan sesuatu yang sudah
biasa dilalui pada setiap semester, namun faktor ini merupakan antara bebanan
dalam tugasan yang pasti dan harus ditempuhi pada setiap semester.
Memang benar perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan
untuk menyiapkan tugasan. Namun, hal ini adalah realiti yang dihadapi oleh
pelajar. Tambahan pula, yang amat menyedihkan ialah semua pensyarah-
pensyarah mendesak agar kerja-kerja yang diberikan dihantar secepat yang
mungkin. Namun, persoalannya apabila terlalu banyak kerja yang diberikan dan
[Document title]3
kesemuanya perlu dihantar secepat yang mungkin, maka di sinilah berlakunya
ketirisan. Sekadar menyiapkan tugasan namun bukan memahami isi tugasan.
Seharusnya, semua pihak perlu lebih memahami dan bertoleransi dengan para
pelajar kerana yang melaksanakan kesemua tugasan tersebut ialah pelajar. Jika
semua pihak mahukan tugasan disiapkan secepat yang mungkin maka dimana
proses pembelajaran yang seharusnya ditelusuri oleh pelajar. Maka, apabila hal ini
berlaku, saya beranggapan bahawa pencapaian ke arah pembentukan JERIS itu
sudah terang-terangan menuju kegagalan.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi masalah dalam
menguruskan masa saya kerana terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti yang perlu
dilaksanakan pada masa yang sama dan dengan kadar yang segera. Hal ini bukan
dihadapi oleh saya seorang sahaja sebaliknya masalah ini dihadapi oleh kesemua
pelajar semester yang sama. Rungutan dan luahan daripada pelajar-pelajar jelas
menunjukkan bahawa objektif pembelajaran pada semester ini mungkin sukar
untuk dicapai ataupun tidak akan tercapai kerana lambakan tugasan yang
diberikan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sentiasa menemui pensyarah sekiranya mempunyai sebarang perkara yang
kurang jelas berkaitan dengan tugasan. Selain itu, berusaha untuk mengatur masa
agar lebih teratur dan sistematik.