refleksi dan analisa cerpen

4
REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah mengajar saya dalam subjek Morfologi BMM 3109 iaitu Dr.Faridah binti Nazir yang telah banyak memberikan tunjuk ajar yang sangat berharga bagi saya untuk saya menyelesaikan kerja kursus pendek ini sehingga berjaya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu dan saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara berkala secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab. Selepas itu, untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya dengan sempurna saya telah mengikut arahan yang telah dinyatakan dalam soalan yang diberikan. Saya telah mencari bahan-bahan dan maklumat di perpustakaan dan melalui internet. Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah kerana bahan-bahan tersebut banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui pencarian bahan tersebut, ia dapat merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai definisi Morfologi Bahasa Melayu dengan secara mendalam lagi. Antara yang saya perlu pelajari daripada tajuk ini adalah seperti jenis golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan antara keempat-empat golongan kata tersebut. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta asas binaan ayat. Menerusi penulisan esei mengenai kata tugas, saya dapat mengklasifikasikan jenis-jenis kata tugas yang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu sebanyak 17 jenis. Penulisan esei ini amat membantu saya sewaktu melakukan analisis kata tugas yang terdapat dalam cerpen Gempa Pulau Perca terbitan majalah Dewan Siswa bulan Februari 2014. Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai jenis kata tugas,. Analisis yang dilakukan tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang terdapat dalam cerpen kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan tinggi

Upload: azhari-ahmad

Post on 09-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

REFLEKSI Dan Analisa Cerpen sem8

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Dan Analisa Cerpen

REFLEKSI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang

telah mengajar saya dalam subjek Morfologi BMM 3109 iaitu Dr.Faridah binti Nazir yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar yang sangat berharga bagi saya untuk saya menyelesaikan

kerja kursus pendek ini sehingga berjaya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu

dan saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara berkala

secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab. Selepas itu, untuk

menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya dengan sempurna saya telah mengikut

arahan yang telah dinyatakan dalam soalan yang diberikan.

Saya telah mencari bahan-bahan dan maklumat di perpustakaan dan melalui internet.

Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah kerana bahan-bahan tersebut

banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui pencarian bahan tersebut, ia dapat

merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai

pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai

definisi Morfologi Bahasa Melayu dengan secara mendalam lagi. Antara yang saya perlu

pelajari daripada tajuk ini adalah seperti jenis golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata

adjektif dan kata tugas.

Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan

antara keempat-empat golongan kata tersebut. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui

mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta asas binaan

ayat. Menerusi penulisan esei mengenai kata tugas, saya dapat mengklasifikasikan jenis-jenis

kata tugas yang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu sebanyak 17 jenis. Penulisan esei ini amat

membantu saya sewaktu melakukan analisis kata tugas yang terdapat dalam cerpen Gempa

Pulau Perca terbitan majalah Dewan Siswa bulan Februari 2014.

Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai jenis kata tugas,. Analisis yang

dilakukan tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang

terdapat dalam cerpen kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan tinggi bahasanya.

Saya perlu melakukan pembacaan berulang-ulang kali bagi memastikan ayat yang dianalis

tersebut mengikut preskripsi yang dikehendaki. Secara tidak langsung memantapkan

pengetahuan saya mengenai jenis kata tugas.

Melalui perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan secara tidak langsung dapat

mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan dan pensyarah.

Pensyarah telah memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada saya dan rakan-rakan

bagi melaksanakan tugasan dengan betul. Masa yang diberikan oleh pensyarah bagi

menyiapkan tugasan ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekali lagi jasa yang mereka

berikan amat berharga kepada saya.Terima kasih.

Page 2: REFLEKSI Dan Analisa Cerpen

Azhari bin Ahmad

BMM2 ambilan Feb 2012.

Analisa Cerpen Gempa Pulau Perca

Cerpen yang bertajuk Gempa Pulau Perca mengisahkan menulis yang telah

bertemu dengan sahabat lamanya yang terpisah sejak dari Tahun 2 iaitu Nurfa yang

sama-sama belajar di Pulau Perca. Pertemuan mereka bermula di musala telah

membuka cerita lama tentang keluarga mereka.

Page 3: REFLEKSI Dan Analisa Cerpen

Dalam cerpen ini penulis banyak menggunakan kata tugas yang dapat

disenaraikan iaitu 16 jenis kecuali kata perintah. Kata tugas yang banyak digunakan oleh

penulis ialah kata hubung seperti gabungan, relative, komplemen dan keterangan.

Penulis banyak menggunakan kata hubung ini adalah untuk menghubungkan ayat-ayat

yang tinggi bahasanya supaya menjadi lebih bermakna kepada pembaca. Contoh ayat

seperti “ tidak mahu menjadikannya halangan kekhusyukan,malahan cara dia berada

berdoa memperteguhkan kepatuhan terhadap rukun solat yang saya jalani”.

Selain itu, kata keterangan juga banyak digunakan oleh penulis seperti sewaktu,

kerana, setelah, sementara, agar dan apabila. Ini mungkin penulis ingin menerangkan

lagi perasaan hatinya apabila bertemu dengan sahabat baiknya Nurfa. Kata bantu juga

ada digunakan oleh penulis seperti kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Penulis

menggunakannya mungkin untuk menguatkan lagi kenyataannya kepada sahabatnya.

Contoh ayat seperti “ sebenarnya dia adalah sahabat, sejak kami kenal akan lengkung

dan lurusnya aksara”.

Penulis juga selalu menggunakan kata naïf seperti bukan dan tidak terutama

apabila beliau bercerita tentang ketuhanan semasa berdoa kepada Allah dalam solatnya.

Contohnya “ pernah saya menginsafi, keringnya doa yang selalu saya abaca dan bukan

yang saya pinta”. Contoh lain ialah “mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan

yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa”.

Kata-kata tugas lain yang penulis gunakan di dalam cerpen ini ialah seperti kata

penguat, kata penegas, kata pemeri, kata sendi, kata arah, kata bilangan, kata adverb.

kata penekan kata pembenda, kata seru, kata tanya, kata pembenar, kata pangkal dan

kata penguat. Kata tugas yang dinyatakan itu tidak banyak diulang di dalam cerpen ini.