refleksi budaya dan pembelajaran

6
Refleksi Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi saya selepas menyelesaikan tugasan ini sangat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai Budaya dan Pembelajaran. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan subjek kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah diterangkan oleh Puan Eau Yong Chew Youn, saya akhirnya dapat memahami kehendak soalan yang sebenar. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, saya sebelum ini tidak mempunyai asas dalam subjek Budaya dan Pembelajaran. Nota-nota yang telah diberikan oleh Puan Eau Yong Chew Youn telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Saya telah memperoleh petikan ilmiah dari perpustakaan dan saya juga telah menyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun

Upload: kamal-leo

Post on 18-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

RefleksiSalam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi saya selepas menyelesaikan tugasan ini sangat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai Budaya dan Pembelajaran. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan subjek kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah diterangkan oleh Puan Eau Yong Chew Youn, saya akhirnya dapat memahami kehendak soalan yang sebenar. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, saya sebelum ini tidak mempunyai asas dalam subjek Budaya dan Pembelajaran. Nota-nota yang telah diberikan oleh Puan Eau Yong Chew Youn telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Saya telah memperoleh petikan ilmiah dari perpustakaan dan saya juga telah menyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah, saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Tugasan ini telah meminta saya mengenal pasti satu daripada kumpulan-kumpulan etnik atau kaum-kaum yang ada di Malaysia. Saya membuat keputusan untuk memilih etnik Bidayuh yang terdapat di Sarawak kerana keunikannya yang tersendiri. Saya juga ingin mengenali entik ini dengan lebih mendalam lagi kerana kaum yang utama di Semenanjung Malaysia hanya tertumpu kepada kaum Melayu, Cina dan India. Saya berpendapat bahawa jika saya memilih kaum Melayu yang merupakan kaum saya sendiri, saya mudah memperoleh banyak maklumat tetapi ini tidak akan memberikan kepuasan yang maksimum kepada saya. Oleh itu, setelah saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya mendapat pelbagai pengetahuan mengenai etnik Bidayuh. Pengetahuan mengenai etnik Bidayuh yang saya perolehi antaranya adalah dari aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan bermula daripada kelahiran sehinggalah kepada kematian. Apa yang uniknya di sini, etnik Bidayuh mempunyai adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan yang amat berbeza dengan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Keunikannya dapat dilihat melalui adat perkahwinan. Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Saya dapati bahawa setiap suku kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Oleh itu, bersama-samalah kita memeliharanya agar tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.Sepanjang membuat tugasan ini juga, saya telah banyak mempelajari mengenai konsep kepelbagaian budaya. Saya juga sedar bahawa sistem pendidikan merupakan tonggak utama dalam menyemai perpaduan. Melalui sistem pendidikan jugalah kita dapat mempelajari dan mengenali budaya yang ada di negara kita. Saya sebagai seorang bakal guru telah mempelajari bagaimana menerapkan konsep kepelbagaian budaya dalam diri anak-anak murid saya. Sebagai seorang guru, ini adalah tanggungjawab saya untuk menyedari kepentingan kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan kesedaran seseorang guru dalam memahami kepelbagaian budaya ini. Saya juga kini sudah mengenalpasti langkah-langkah menerapkan budaya dalam pengajaran saya. Walaupun saya telah sedia maklum mengetahui tentang perkara ini, tetapi ia tidaklah sejelas sekarang. Sebagai seorang bakal guru juga, saya hendaklah berperanan dalam memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini adalah untuk membolehkan murid dapat dibentuk dalam mencintai ilmu melalui budaya belajar ke arah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Tugasan EDU 3063 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tidak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang budaya dan pembelajaran. Saya telah menyedari bahawa sebagai seorang guru, mereka mestilah menerima budaya, amalan, adat resam serta bahasa kaum lain di Malaysia. Kerjaya profesional sebagai guru ini memerlukan guru mendalami dan mengenalpasti ciri-ciri dan latar belakang murid supaya guru dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh itu, guru hendaklah menerima setiap budaya dan kepercayaan murid dengan terbuka dan tidak sesekali merendah-rendahkan budaya mereka.Melalui tugasan kumpulan pula, banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah saya peroleh. Untuk pengetahuan, kami perlu menghasilkan sebuah buku skrap mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia. Penghasilan buku skrap ini dapat membina daya imiginasi dan juga kreativiti kami. Kami perlu berfikir secara kreatif dalam menghasilkan sebuah buku skrap yang baik sama ada dari sudut pemilihan warna dan juga penyusunan grafik. Selain itu, saya dapati bahawa maklumat yang ditunjukkan dalam bentuk buku skrap amat mudah difahami kerana buku skrap dapat manarik minat kepada pembaca. Selain itu, maklumat-maklumat yang dibincangkan turut disertakan gambar-gambar dan grafik-grafik yang menarik. Oleh itu, pengetahuan mengenai penghasilan buku skrap ini dapat saya kongsikan kepada murid-murid apabila menjadi guru kelak.Melalui tugasan kumpulan ini juga, saya dapat belajar beberapa nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, menghormati orang lain, bekerjasama dan sebagainya. Nilai kerjasama misalnya, saya telah belajar nilai ini semasa berbincang, memilih tajuk sehinggalah semasa menghasilkan buku skrap. Contohnya, kami telah membahagikan tugasan mengikut kebolehan yang kami miliki dan setiap daripada kami telah memberikan idea-idea yang bernas. Di sini jelas menunjukkan bahawa semangat kerjasama kumpulan kami dalam membuat sesuatu keputusan. Saya dapati kerjasama ini penting dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya dalam sesebuah organisasi kerana keputusan tanpa persetujuan ahli-ahli yang lain boleh menyebabkan berlakunya konflik dalaman yang boleh melemahkan sesuatu organisasi. Jadi, saya sedar bahawa seorang guru tidak dapat lari daripada terlibat dalam sesebuah organisasi. Apa yang diperlukan oleh saya adalah bersedia dengan ilmu dan pengalaman bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam sesebuah organisasi.Sesungguhnya tugasan ini mempunyai kecacatan dan kekurangan disebabkan kurangnya pengetahuan dan sumber rujukan. Walaubagaimanapun, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu saya mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Kekurangan dan kecacatan ini memberikan pengajaran kepada saya supaya dapat melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan. Saya menganggap masalah dan juga kekurangan ini sebagai satu cabaran yang dapat mematangkan diri ini. Tanpa cabaran, saya akan menjadi seorang terlalu selesa dan tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka perspektif baru kepada saya dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan maklumat serta mengenai budaya dan pembelajaran. Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai subjek Budaya dan Pembelajaran. Ia secara tidak langsung telah menjadikan saya seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif terhadap tugasan. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.Akhirnya tugasan Budaya dan Pembelajaran yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Puan Eau Yong Chew Youn.