tugasan budaya dan pembelajaran

24
TUGASAN PROJEK (100% : WAJARAN 50%) Masyarakat Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan etnik dari pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikannya yang tersendiri. 1. Berdasarkan pernyataan tersebut pilih satu kaum/etnik dan tulis satu esei tentang keunikan yang terdapat pada kaum/etnik tersebut. ( kumpulan) 2. Tonton klip video di alamat http : //www.youtube.com/wacth? V=mDWTklyp_Rc yang bertajuk The Invigilator Kenal pasti isu serta permasalahan yang dihadapi oleh guru di dalam klip video tersebut dan cadangkan langkah penyelesaian menyeluruh yang boleh dilaksanakan oleh guru tersebut untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih baik. (individu) 3. Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan pemahaman anda.( individu)

Upload: norlailirazali

Post on 02-Oct-2015

90 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

budaya hidup

TRANSCRIPT

TUGASAN PROJEK (100% : WAJARAN 50%)Masyarakat Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan etnik dari pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikannya yang tersendiri. 1. Berdasarkan pernyataan tersebut pilih satu kaum/etnik dan tulis satu esei tentang keunikan yang terdapat pada kaum/etnik tersebut. ( kumpulan)2. Tonton klip video di alamat http : //www.youtube.com/wacth?V=mDWTklyp_Rc yang bertajuk The Invigilator Kenal pasti isu serta permasalahan yang dihadapi oleh guru di dalam klip video tersebut dan cadangkan langkah penyelesaian menyeluruh yang boleh dilaksanakan oleh guru tersebut untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih baik. (individu)

3. Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan pemahaman anda.( individu)TUGASAN 1:

Berdasarkan pernyataan tersebut pilih satu kaum/etnik dan tulis satu esei tentang keunikan yang terdapat pada kaum/etnik tersebut. (Kumpulan)

PENGENALANNegara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dankeunikan bangsa dan etniknya. Walaupun mempunyai rakyat berlainan bangsa namun Malaysia tidakmenghadapi masalah berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang penuh warna-warni dankeunikan tersendiri. Suku Kaum Iban merupakan salah satu kaum yang terdapat di Malaysia. Suku Kaum Iban berasal dari Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah pendudukSarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum contohnya, Balau, Sembayau, Lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Suku Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman berbanding kawasan bandar. Suku Kaum Iban biasanya menduduki lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Hal ini demikian kerana kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan memungut hasil hutan. Suku Kaum Iban mempunyai adat resam yang unik dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Darisudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai singalang burung dan tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah menganut agama Kristian. Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalahHari Gawai Dayakyang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya,Tarian Ngajatditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

Gambar menunjukkan rumah dan seni budaya Suku Kaum IbanADAT DAN PANTANG LARANG SUKU KAUM IBAN

Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:

Adat membina rumah

Adat kahwin, cerai dan zina

Adat beranak

Adat bertani dan mengguna tanah

Adat ngayau

Adat ngayap

Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu

Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda

Adat begawai dan berupacara

Adat hidup di rumah panjang

Adat bertenun dan mainan masa lapang

Adat menari ngajat dan betaboh

Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi

Adat pergi atau mengembara

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh diguna pakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal ehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes dirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang lain.

PANTANGLARANGSEWAKTU MENGANDUNGKaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu, mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.ADATSELEPASBERSALINSebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong.Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu.Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.TANGGAL PUSATAdat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

ADATPEMILIHANNAMAKEPADABAYIPemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Mereka berpendapat nama yang baikakan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu diberikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.MANDI SUNGAI

Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. B agi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung padagalah laletan.Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

BERKHATAN

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelakikulupdi kalangan kaum Iban.ADAT DALAM PERKAHWINAN SUKU KAUM IBANPerkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

MERISIK

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

MEMINANG DAN BERTUNANG

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.MAJLIS PERKAHWINAN SUKU KAUM IBAN Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai. Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai dihadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.ADAT SEWAKTU KEMATIAN SUKU KAUM IBAN

Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat- peringkat berikut:Semasa kematian Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. KemudiaN mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

PAKAIAN SUKU KAUM IBANKeindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik samA ada dari tenunan, jahitan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.PAKAIAN WANITA SUKU KAUM IBANTerbahagi kepada tiga jenis iaituBidang, KalambidanBedong.

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanyabidangdiperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometri dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.KALAMBI

Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau sambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometri. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.BEDONG

Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampIr sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.MAREK EMPANG

Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat daripada manik dan bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban. Hiasan diri wanita Iban ini sarat dengan barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi (perhiasan di kepala).PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM IBANPakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu KainSiratdanDandong.

KAINSIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.DANDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.PUAKUMBU

Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibubapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.

BAJU BURUNG

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu tinggi.Makanan Tradisional Iban

KasamKasam ikanatau "Pekasam" sangatdikenali bagi suku kaum masyarakatiban.Tidak sah lagi nya kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi.Selalunya, ikannya diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama makin sedap rasa isinya. selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya yang tersangat busuk dan bagi sesetengah orang yang biasa sahaja dengan pekasam dapat menerima makanan ini.

PERAYAANGAWAIKaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 Jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripadamanik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.KESIMPULAN

Kaum Iban amat mementingkan adat dan budaya. Hal ini demikian jelas dilihat setiap upacara berkaitan adat dan budaya disambut dengan meriah tidak mengira luar bandar mahupun bandar malah dari segi umur juga tidak mengira tua atau muda. Hasil daripada pegangan tersebut adat dan budaya kaum Iban masih dapat bertahan sehingga sekarang dan tidak lapuk ditelan zaman. Kaum lain juga harus meneruskan adat dan budaya nenek moyang mereka agar generasi akan datang masih dapat melihat dan merasakan sendiri keunikan adat dan budaya setiap kaum.Sekiranya adat dan budaya ini tidak diteruskan besar kemungkinan generasi akan datang akanmengenali adat dan budaya melalui muzium dan bahan bacaan sahaja. Hal ini bukan sahaja merugikan anak bangsa malah turut merugikan Negara. Oleh itu semua pihak harus bergandingan dalam mendekatkan masyarakat dengan adat dan budaya masing-masing.TUGASAN 2:

Filem The Invigilator ini berkisarkan tentang bidang pendidikan dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru, terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan (malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya mengalami masalah disiplin

Cerita cikgu Amira adalah pengalaman setiap individu yang pernah mengalami dunia praktikal dalam bidang perguruan.

Cikgu Khairil adalah mentor yang cuba membawa cikgu Amira bertatih mempelajari dunia pengajaran.

Ia adalah dunia yang payah, tapi indah. Teknik dan kaedah pengajaran adalah kunci untuk semua usaha.

Semoga cereka sebegini terus dihidupkan. Singkat namun padat, dan tentu saja, lebih berkesan.

nice! aku cikgu aku faham apa yang cikgu lelaki tu cuba wat. dia tak mendidik tuk murid menjadi jahat atau merasuah. budak2 tu semenangnya baik Dia cuma nak mendidik cikgu praktikal tu mcm mn nak berhadapan dengan situasi genting..tak kan berhadapan dengan murid bermasalah terus nak balik mcm tu je..

Mengisahkan tentang dua oang guru lakonan Cheryl Samad dan Tony eusoff yang menempuh pelabagai cabaran dan dugaan di sepanjang perjalanan mereka sebagai seorang guru. banyak metafora dalam perjalanan jalan cerita ini terutamanya sedikit gambaran kekecewaan terhadap kelemahan sistem pendidikan di negara kita.