eseimen budaya dan pembelajaran 2012

26
1.0 Pengenalan Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.(Asmad, 1990). Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 20-Jan-2015

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

1.0 Pengenalan

“Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan

menjadi budaya. ‘Bu’ membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang

sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. ‘Daya’ mengandungi erti akal, jalan

fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.” (Asmad, 1990). Seperti yang

diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai

kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik

darjah.

 

Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu

masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi

menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. 

Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka

tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi

budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal

dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan

dan pandangan (world view) merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal

mereka.

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang

diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil

kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan

kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya.

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang

boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid

daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan

terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid

berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Page 2: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam

mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka

kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan

dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna

kepada sebilangan besar murid.

Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat

mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan

murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras,

agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pendekatan ini memberi peluang

kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain

meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.

2.0 Orang Minangkabau

Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang

berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya

meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian

barat Jambi, bahagian selatanSumatera Utara, barat daya Aceh, dan juga Negeri

Sembilan di Malaysia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal),

dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara

urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah

wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh

orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia

dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau,

mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka

juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelaradat. Beberapa

unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang

telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh

agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam

pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud,

adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

Page 3: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Orang Minangkabau sangat menonjol dibidang perniagaan, sebagai

profesional dan intelektual. Mereka merupakan pewaris terhormat dari tradisi

tua Kerajaan Melayu dan Sriwijaya yang gemar berdagang dan dinamik. Suku

Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang,

dan sangat digemari di Indonesia, Malaysia, bahkan sampai mancanegara.

2.0.1 Mitos asal-usul nama

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan,

iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut

lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan

Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan

kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat

Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak.

Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas.

Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi

dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang

kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin

mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati

dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang

aman.

Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah

Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk

kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat

Minangkabau

2.1 Budaya

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia,

di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu. Beberapa ahli fikir

berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau

untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan

dengan berdagang. Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan

meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu

agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula, mereka digalakkan untuk

Page 4: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba

pengalaman daripada luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang

sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada

keluarga dan nagari (kampung halaman).

Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau

di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah

Minang (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi. Satu contoh kawasan

yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan

budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilandi Malaysia.

Selain daripada dikenali sebagai orang pedagang, masyarakat Minang juga

berjaya melahirkan beberapa penyair, penulis, negarawan, budayawan, ahli fikir, dan

para ulama. Ini mungkin terjadi kerana budaya mereka yang memberatkan

penimbaan ilmu pengetahuan. Sebagai penganut agama Islam yang kuat, mereka

cenderung kepada idea untuk menggabungkan ciri-ciri Islam dalam masyarakat

yang moden. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh para cendekiawan bersama

dengan semangat bangga orang Minang dengan identiti mereka menjadikan Tanah

Minangkabau, iaitu, Sumatra Barat, sebagai sebuah kuasa utama dalam pergerakan

kemerdekaan di Indonesia.

Masyarakat Minang, terbahagi kepada beberapa buah suku, iaitu, Suku

Piliang, Bodi Caniago, Tanjuang, Koto, Sikumbang, Malayu dan Jambak. Kadang-

kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam satu rumah besar yang

dipanggil Rumah Gadang. Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan

masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda

mereka, iaitu, bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan

yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan dan juga

tatabahasa hingga menjadikannya unik.

Salah satu aspek terkenal mengenai orang Minang adalah makanan

tradisional mereka seperti rendang, Soto Padang (makanan sup), Sate

Padang dan Dendeng Balado (daging dendeng berlada). Restoran Minangkabau

yang sering digelar "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata Indonesia dan di

negara-negara jiran yang lain.

Page 5: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

2.2 Bangsa

Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri

Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih

bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara

damai dengan mereka. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang

Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan

suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila

hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah

yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari

suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal

kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan

yang dipanggil 'Penghulu' dan kemudiannya 'Undang'. Sebelum wujudnya

institusi Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan berada di bawah naungan

kerajaan Melayu Johor.

2.3 Struktur masyarakat

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut,

Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota

sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang

sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau

kawasan yang sama. 

Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini

dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.

Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang

menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua

yang digelar Dato' Lembaga.Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan

pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai

Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. 

Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak

Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak

Page 6: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak

Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak

adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu

Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang

Undang.

2.3.1 Perlantikan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh

masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu

Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku.

Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan

Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu

Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada

Adat Perpatih.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut

keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak

yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan

Undang Jelebu

2.4 Kepercayaan

2.4.1 Biar Mati Emak Jangan Mati   Adat

Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya

masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. 

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan.

Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,

perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem

menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai

aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan

itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Page 7: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

2.4.2 Adat   Merupakan Peraturan Hidup.

Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan

berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri

Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai

peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah

hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka

dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem

kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.

2.4.3 Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak

tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri

daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan

kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya

terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia

kerana muafakat.

Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson

bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau,

Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.       

2.4.4 Keutamaan Wanita

Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada

dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat

mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih

kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari

kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.

Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka

wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi

harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh

wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.

Page 8: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

 

2.4.5 Harta Sepencarian

Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita

yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai

harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada

kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

2.5 Bahasa

Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa

Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan dan juga tatabahasa hingga menjadikannya

unik. Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan masyarakat Minang,

tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka, iaitu, bahasa

Minangkabau

2.6 Adat resam

Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan memang terkenal dengan panggilan

orang Minang. Hal ini disebabkan kebanyakannya berasal daripada keturunanorang-

orang Minangkabau yang terdapat di Wilayah Minangkabau, Sumatera.

Minangkabau ialah nama bagi sesebuah negeri, orang-orangnya dan juga

bahasanya.Tetapi biasanya istilah yang digunakan untuk orag-orang Minangkabau

ialah orang Minang.

Masyarakat Minangkabau memang terkenal dengan cara hidup dan adat

istiadat yang nik sekali.Dalam amalan Adat Minangkabau ini, harta pusaka, gelaran

dan nama suku diturunkan menurut salasilah keturunan di sebelah ibu.

Masyarakat Minangkabau bersifat peramah dan bijak dalam berbicara

terutamanya pada upacara-upacara adat yang dilakukan. Mereka menyampaikan

sesuatu hal atau hajat secara halus dan cara kiasan, sehingga dalam menerimanya

harus pla dengan perasaan yang halus.

Atap rumah dan tutup kepala wanita Minang mempunyai bentuk mirip tanduk

kerbau.Menurut kisah lalu bentuk-bentuk ini dapat diafsirkan olehkerana eratnya

Page 9: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

hubungan dengan nama Minangkabau yang dapat disama erti dengan ’menang

kerbau’.

Masyarakat Minangkabau ialah pemeluk agama Islam yang taat dan

pemegang adat yang kuat.Hal-hal agama dan adat terpadu secara serasi di dalam

cara kehidupan masyarakat seharian dan dijunjung tinggi oleh mereka.

Rombongan orang-orang Minangkabau yang ke Rembau ialah Datuk Lelo Balang,

datang dengan pengiringnya dan orang-orang dari Batu Hampar dan

Mungkal.Mereka datang ke Rembau,Negeri Sembilan dari Kampung Tigo

Nenek.Kemudian satu rombongan orang-orang Minangkabau datang dari Kampung

Sari Lemak yang diketuai oleh Datuk Puteh.Datuk Puteh terkenal sebagai seorang

Pawang,dukun,bomoh,atau ahli kebatinan telah memberikan nama kepada tempat

bertakhtanya.

Kuasa Undang adalah sangat luas.Dalam menjalankan pentadbiran, Undang

mempunyai pembesar, sama ada besarnya dan / atau Lembaganya.Mereka ini yang

menasihatkan Undang dalam pemerintahannya.

Ketua bagi setiap suku dipanggil Lembaga dan mempunyai gelaran masing-

masing.Lembaga berfungsi sebagai menjadi pentadbir kepada sukunya dan

menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan adat, harta,

penceraian,pertelingkahan dan sebagainya.Jika Lembaga tidak dapat mencari jalan

Penyelesaiah, naka perkara tersebut akan dibawa ke pengetahuan Undang melalui

Orang Besar Undang.

2.7 Jantina

Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan

kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan

anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya

dan bukan anggota suku bapanya. 

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya

sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan

menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si

lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya. 

Page 10: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja

yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan

adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. 

Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan

suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut

atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah

perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama

suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula

akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat. 

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau

waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara

melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat

setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Lelaki secara fitrahnya lbih bersikap keras dan agresif jika hendak di

bandingkan dengan perempuan yang lebih sopan santun dan berhemah.Perempuan

lebih cepat matang jika hendak dibandingkan dengan lelaki tetapi pada satu tahap

umur, lelaki akan sama tahap kematangannya dengan perempuan.

Faktor jantina campuran di bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki

dam perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati

perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman

dan toleransi.

2.8 Demografi

Gambar rajah 1 : demografi daerah Negeri Sembilan

Page 11: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang

berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya

meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian

barat Jambi, bahagian selatan Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan juga Negeri

Sembilan di Malaysia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal),

dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara

urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah

wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh

orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia

dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau,

mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.

2.9 Pantang larang

Pada zaman dahulu, orang tua-tua Melayu mengajar anak cucu mereka

dengan kata-kataataupun pantang larang yang menakutkan agar perangkai yang

kurang sopan tidak akan dilakukan oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka, justeru

itu pantang larang ini telah menjadi kepercayaan dari generasi ke generasi lain. Ini

sengaja dilakukan supaya pantang larang yang telah diucapkan kepada generasi

muda ini dapat menjadi panduan ataupun pegangan hidup didalam masyarakat

Melayu amnya.

Pantang larang yang telah disenaraikan telah dan masih di bawa dari

generasi ke generasi, Cuma penggunaannya kurang sekali pada ketika ini.Pantang

larang ini telah diklasifikasikan mengikut jantina, peradaban sosial dalam pergaulan

masyarakat amnya.

2.9.1 Peradaban Ketika Makan

Makan Bergondol (Tidak Bersongkok), akan mati isteri

Makan Bertinggong (Mencanggung), akan mahal rezeki

Makan Bertatang, akan mati anak kecil

Makan Berlunjur, akan menjadi Pemalas

Makan bertekan tangan sebelah ke lantai, akan cepat lemah badan

Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua

Makan didalam pinggan sumbing, akan sumbing bibir anak

Page 12: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

2.9.2 Pantang Larang –Tidur

Tidur waktu senjakala, datang penyakit

Tidur waktu tengahari, pendek umur

Tidur membawa emah(nasi), mimpi dikejar harimau

Tidur bersarongkan tikar, diukur hantu

Tidur berbantalkan bendul, lambat dapat rezeki

Tidur di atas tanah, diludahkan hantu

Tidur diatas bengkalai (rumah/tempat yang dalam proses penyiapan), ditanduk

lembu.

Tidur di atas ikar sembahyang(sejadah) kena kurap

Tidur membujur dengan tiang alang, mengigau

Tidur berselang-seli, pantang pencuri

Tidur menjunjung tangan, kegemaran hantu

Tidur menyiarap bertatangkan kaki, mati emak

Tidur melentang (perempuan), datang ular

2.9.3 Pantang Larang – Rumah

Kayu meranting (tidak berdaun) dibuat rumah , alamat rumah itu akan terbakar .

Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , tukang rumah bersiul ,

kayu rumah itu akan dimakan kumbang .

Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , rukang rumah ke tandas

buang air besar .alamat kayu rumah itu dimakan bubuk.

Mengesat hujung kayu atas bumbung sebelah-sebelah mengganas musang .

Menyambung atap bertentangan dengan pintu alamat akan orang yang tinggal

dirumah itu bertikam / membunuh sesama sendiri .

Tiang rumah menyosang , alamat tuan rumah itu tidak kekal tinggal disitu .

Tunggul teras ditengah pelantar ,lambat senang penyakit .

Tiang guntung membelah jampar (tiang yang tergantung rumah tiang 16) tak

berhenti penyakit.

Page 13: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

Kepelbagaian sosio budaya dalam system masyarakat majmuk di Negara

akan memberi kesan scara lansung kepada perkembangan sistem pendidikan

secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khususnya

Sebagai seorang guru, sangat penting untuk mengetahui peranan guru,

murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang

seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang

Hal ini akan mengikis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian

sosio budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran. Bagi orang minangkabau pula, mereka kaya dengan adat resam yang

perlu dihormati oleh guru dan orang lain.

3.1 Guru

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan

penuh dedikasi dan bersikap professional. Sebagai guru, kita tidak boleh

membezakan bangsa, murid, tidak mengelaskan murid mengikut kaum mereka

tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam

satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Rohand meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan

perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Karl Marx pula berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang

mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta

hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima

kelas social yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan,

pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.

Orang Minangkabau mempunyai suku yang berbeza-beza mengikut tempat

tinggal. Namun begitu, mereka di sekolah mereka adalah sama sahaja tanpa ad

perbezaan antara suku. Guru hendaklah mengajar tanpa membezakan kelas sosial

murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas

atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ad pinggiran ditunjukkan.

Page 14: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Orang Minangkabau juga mempunyai kelas sosial yang berbeza kerana

terdapat struktur masyaraka yang pelbagai. Contohnya anak Buapak berbeza

tarafnya berbanding dengan anak Undang. Guru harus bijak dalam mengendalikan

kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok,

berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana

pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi

seronok.

Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,

tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah

perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami

kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Setiap kelemahan perlulah di

atasi dan kelemahan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang

memerlukannya. Orang Minangkabau biasanya tiada masalah dalam hubungan

kerjasama semasa membuat kerja. Jika terdapat masalah, mereka akan bersama-

sama dan saling bantu-membantu sesama mereka.

Orang Minangkabau juga mahir dalam membuat songkok dan keris. Mereka

juga boleh membina pelbagai reka bentuk rumah yang menarik. Contohnya Istana

Seri Menanti yang dibina tanpa menggunakan paku. Guru perlu berusaha untuk

membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka.

Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar

untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid

yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Orang minangkabau rajin bekerja dan menepati masa. Mereka tidak suka

untuk melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan yang baik. Guru juga mesti

membiasakan diri datang awal ke kelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati

masa, guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti

pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang

berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.

Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan

hanya menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa

pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti meransangkan minda. Kata-

Page 15: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

kata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya seuasana sentiasa

ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Orang Minangkabau kaya dengan adat yang unik dan mereka patuh pada

adat tersebut. Amalan menghormati golongan tua tidak asing bagi orang

Minangkabau kerana golongan ini sangat dihormati untuk mendapat restu sesuatu.

Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua

murid, hukuman berbentuk dendaan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan

menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan

minat untuk meneruskan pembelajaran.

Orang Minangkabau mudah marah apabila adat Perpatih mereka

dipersendakan oleh orang luar. Hal ini kerana mereka telah mewarisi adat tersebut

daripada nenek moyang mereka. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti

pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio

budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat

aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan

kumpulan berdasarkan etnik dan meniup api perkauman di kalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang di

amalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima

seadanya. Isi-isi sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak

harus dipertikaikan.

Orang minangkabau melebihkan kaum wanita berbanding lelaki dalam

sesuatu perkara. Namun begitu, tidak bermaksud bahawa golongan lelaki tidak

penting dalam masyarakat. Kaum wanita selalunya akan mendapat lebih daripada

lelaki dan mereka menjadi lebih berani untuk bercakap. Guru perlu merancang

aktiviti pembelajaran sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid di

dalam kelas. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh

semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-

mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid

menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi

tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid

supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Page 16: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Orang Minangkabau menggunakan loghat bahasa yang pekat dan kadang-

kala susah untuk difahami oleh orang luar. Mereka akan mengalami masalah untuk

memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Komunikasi juga mungkin

terbatas disebabkan oleh kurangnya fahaman terhadap bahasa yang dituturkan.

Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui

pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi

kandungan tetap boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan

pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat

dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta

peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya

tidak berlaku pembeaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan dan penyeliaan

yang terpaksa dilakukan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikirkan kaedah bagi mencapai

pengurusan yang cemerlang. Fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang

kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan

pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh

dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muadb, murabbi, mursyid

dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang

sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguh-

sungguh melaksanakan tugas.

Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan guru yang rapi

meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan,

kemahira melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi.

Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentdbir, kemahiran

mengaplikasikan peralatan terkini seperti laptop, kecekapan menjalankan tugasan

yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Guru harus

berkemampuan membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah

dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai

Page 17: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

seorang guru yang berteladan baik serta mematuhi Tonggak 12 belas, nilai dan etika

dalam perkhidmatan awam serta kerja etika dalam Islam.

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion

keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru

sebagai sumber utama pengetahuan murid telah bertukar kepada guru sebagai

pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber

inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inviatif untuk menjadikan sistem

penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menerik dan

menyeronokkan.

3.2 Murid

Kepelbagaian sosiobudaya juga memberi kesan terhadap murid terdapat

pelbagai kesan yang akan dihadapi oleh murid antaranya adalah mereka perlu

mengenali dengan lebih rapat cara hidup dan budaya rakan yang berlainan kaum

serta memahami rakan dan situasi pembelajaran mereka. Ini bermakna murid harus

cuba untuk mengenali dan memahami bagaimana rakan mereka dari kaum yang lain

menjalani kehidupan seharian berteraskan sosiobudaya mereka dari segi

kepercayaan, budaya, pantang larang, dan banyak lagi. Ini adalah penting bagi

mengelakkan berlakunya perselisihan faham sesama mereka ketika menjalani

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Orang Minangkabau berbeza tahap pemikirannya dari segi melebihkan kaum

wanita dalam pembahagian harta pusaka. Kaum wanita dianggap istimewa dalam

masyarakat Minangkabau. Setiap kaum mempunyai tahap pemikiran yang berbeza.

Apabila terdapat pelbagai kaum di dalam kelas, murid yang cemerlang akan

bersama-sama membantu guru bagi meningkatkan prestasi rakan mereka yang

kurang cemerlang walaupun dari kaum yang berbeza. Ini akan dapat mengeratkan

silaturrahim anta guru dan murid serta antara murid dan murid. Seterusnya,

persekitaran kelas yang selesa akan terhasil serta dapat menjana minda yang

cemerlang.

Orang Minangkabau juga mempunyai suku yang berbeza-beza. Tingkah laku

mereka juga berbeza berdasarkan suku. Bagi golongan anak atas seperti anak

Undang, mereka lebih berpendidikan berbanding anak orang sederhana dan

Page 18: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

bawahan seperti Lembaa dan Buapak. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan

mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid

ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran

dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran.

Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap

prejudis terhadap bangsa lain.

Orang Minangkabau memilih agama Islam sebagai agama mereka. Agama ini

dianuti sejak dahulu lagi semasa di Sumatera. Kepercayaan dan amalan agama

yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya

menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses

sosial antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya

proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat

perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk

masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara.

Loghat orang Minangkabau berbeza daripada loghat lain di Malaysia. Namun

begitu, penggunaan loghat tersebut masih boleh difahami kerana terdapat beberapa

persamaan maksud dengan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang standard

harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah

dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi

dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat

mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Aktiviti yang bercorak kearah

peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa

bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai

kematangan sosial yang sepatutnya.

Kaum wanita Minangkabau dianggap istimewa oleh masyarakat. Mereka

diberi banyak keistimewaan dan kemudahan berbanding kaum lelaki. Di sekolah

juga murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan

jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam

interaksi yang berlainan jantina

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan

penyayang oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang

lembut dan bersopan, menegur dan membetulkan kesilapan dengan cara

Page 19: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

berhemah, disamping menggunakan segala sifat mahmudah akan mempercepatkan

proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya dan keberkesanan

permindahan maklumat daripada guru kepada murid.

Orang Minangkabau sangat peramah dan mudah di ajak berinteraksi. Mereka

suka menegur sapa orang lain dan mudah mesra dengan orang lain. Kemahiran

komunikasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara

pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan

lebih mudah dan berkesan.

Orang Minangkabau juga mudah menerima teguran selagi tidak melanggar

adat mereka. Teguran dianggap sebagai pembelajaran dalam hidup dan mereka

akan mematuhinya selagi adat tidak dilanggar. Di sekolah murid mudah menerima

motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti

menggunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan.

Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi

penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

sebelumnya contohnya apabila kelas lebih teratur, bersih dan kemas.

Orang minangkabau biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang

menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu, guru mesti membentuk

program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang

jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.

Orang minangkabau juga biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,

menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif

dan inovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang

dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid

dan murid dengan guru.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan daripada guru dan

rakan, tahap displin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti

perassan kaish sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan

potensi diri mereka kearah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Page 20: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Sesuatu perayaan dalam masyarakat Minangkabau adalah dianggap penting.

Mereka harus hadir untuk sama-sama membantu jiran-jiran. Oleh itu, mungkin

terdapat sesetengah murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana penat

menolong dalam sesuatu perayaan yang diadakan. Tindakan murid boleh dijangka

oleh guru. Guru boleh mengurangkan kadar ponteng dan masalah displin melalui

pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang

terlalu ramai dan tida seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak

dapat dibangunkan. Kecekapan yang titunjukkan oleh bakal guru menghasilkan

sebuah bilik darjah yang dapat ditranformasikan menjadi sebuah rumah yang

menepati slogan-slogan seperti blik darjahku, rumahku.

Ada kalanya terdapat beberapa orang murid Minangkabau yang nakal di

dalam setiap kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca

permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas

kelas merupakan faktor penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid

yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya tidak menggngu

murid lain. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan

dan meraksan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan

mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya

yang disenangi guru.

Orang Minangkabau sentiasa menghormati guru mereka. Ketegasan

terhadap displin murid perlu dilakukan dengan cara pendekatan berhemah yang

menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada

pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai

murid akan memakan masa yang lama. Selain itu, murid juga harus diterapkan

supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

3.3 Sekolah

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian

Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya

melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan

(RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk

perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum

Page 21: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan

murid di sekolah. Sekolah ini antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu

sama lain kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam

Apabila orang melayu, Cina , India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak

peringkat awal prapersekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang

bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara

kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana

mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur.

Sekolah yang terdapat di Negeri Sembilan kebanyakkannya mempunyai

orang Minangkabau. Hal ini akan menjadikan sekolah tersebut sangat kuat pengaruh

Minangkabaunya terutama antara murid dan guru. Kebanyakkan aktiviti yang

dilakukan akan mengikut adat Perpatih dan pantang larang Orang Minangkabau.

Mereka sangat menghormati adat dan tidak sewenang-wenangnya melanggar adat

mereka. Sekolah yang mempunyai ramai orang Minangkabau akan menyebabkan

pengaruh loghat mereka digunakan dengan berleluasa. Sebagi guru kita hendaklah

membiasakan murid untuk menggunakan bahasa standard dalam pertuturan mereka

di sekolah.

4.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya

Proses pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dalam membentuk

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra

budaya bukanlah mudah untuk dibentuk kerana ianya sangat memerlukan

kerjasama, perancangan, serta pengendalian yang baik daripada guru yang

berkenaan.

Terdapat pelbagai kaedah atau strategi yang berkesan bagi membentuk

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya antaranya adalah teknik berkesan yang

digunakan oleh guru. Teknik yang sering digunakan seperti teknik perbincangan dan

sumbang saran. Ini akan menyebabkan berlakunya perkongsian idea antara murid

serta kerjasama antara mereka. Selain itu, guru juga haruslah bijak mengawal emosi

dan tingkah laku pelajar. Seseorang guru haruslah bersikap adil dan tidak memilih

kasih terhadap semua muridnya di dalam kelas semasa mengajar. Kedudukan murid

di dalam kelas juga memainkan berperanan untuk mewujudkan persekitaran bilik

Page 22: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

darjah yang mesra budaya. Guru boleh merancang susunan meja yang

mengabungkan pelbagai kaum (jika ada) dalam satu kumpulan kecil. Para pelajar

akan dapat mengenali budaya kaum masing-masing dengan bertanya secara

langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, teknik ini juga dapat mengeratkan

hubungan silaturrahin antara pelbagai kaum dan budaya di dalam kelas.

Guru juga harus menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pertuturan utama di dalam bilik darjah. Walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam

kelas, namun guru harus bersikap adil dan professional dengan menggunakan satu

bahasa yang dapat difahami oleh semua pihak serta tidak menyinggung mana-mana

pihak. Sebagai contoh, jika terdapat kaum India, Cina, Melayu, Iban, Bajau, Dan

Kadazan di dalam kelas, maka guru haruslah menggunakan bahasa Melayu kerana

ianya adalah bahasa Kebangsaan yang diguna pakai oleh semua pihak serta mudah

difahami oleh murid. Walaubagaimanapun, guru juga harus mengingatkan kepada

pelajarnya agar sentiasa menghormati bahasa masyarakat lain serta belajar untuk

mempelajari bahasa masyarakat lain dengan kawan- kawan.

Selain itu, bahasa yang digunakan oleh guru juga amat penting. Guru

seharusnya menggunakan bahasa yang tidak menyentuh sensitiviti budaya

masyarakat lain seperti “paria”, “bodoh macam lembu”, dan sebagainya. Apabila

guru menggunakan juga, ini akan menimbulkan perasaan marah dan tidak senang

pada diri pelajar sekaligus akan memburukkan hubungan antara guru dan murid.

Akhir sekali adalah guru boleh menunjukkan contoh budaya kaum lain di dalam

kelas untuk memudahkan murid memahami budaya kaum lain dan seterusnya

menghormati antara sama lain. Ada di kalangan murid lebih mudah memahami

sesuatu perkara dengan penglihatan. Maka, apabila guru menunjukkan contoh

budaya lain di dalam kelas, ini akan membantu pelajar untuk memahami dengan

lebih jelas seterusnya dapat menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra

budaya.

Page 23: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

5.0 Kesimpulan

Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang

mempunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud

dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya

menganggap ini sebagai satu masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari

segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan

yang wujud dalam bilik darjah.Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan

membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya

dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka

berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara

berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) merka yang dipengaruhi oleh

budaya masyarakat asal mereka.

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam

mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka

kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan

dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna

kepada sebilangan besar murid.Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini

juga dapat mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan

guru dan murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid

disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. 

Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih,

meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka

mengecapi kejayaan.Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang

mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan

kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan

sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya

di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak

yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang

berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik

berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan bimbingan

sahaja dan boleh belajar sendiri.

Page 24: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Kesimpulannya, kesan kepelbagaian budaya kepada murid ialah mereka

akan berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya. Selain itu, mereka juga boleh

membentuk interaksi sosial yang baik. Di samping itu, murid akan dapat

memperkembangkan bakat. Murid akan mencintai ilmu melalui budaya belajar ke

arah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Bagi guru pula, kesannya ialah guru akan melayan semua pelajar tak kira

kaum atau kelas atau jantina secara saksama. Guru tahu untuk menghormati semua

murid. Guru juga akan sentiasa menggalakkan pergaulan bebas di kalangan murid.

Semasa pengajaran dan pembelajaran guru akan sentiasa menggalakkan

penggunaan bahasa yang standard (B. Malaysia). Kepelbagaian kaum di Malaysia

juga akan menyebabkan guru menggunakan pembelajaran secara koperatif semasa

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru akan cuba untuk tidak

menggalakkan polarasi kaum, tidak menggalakkan penggunaan bahasa etnik dalam

kelas dan guru juga akan berusaha untuk menjadi teladan yang baik kepada murid.

Page 25: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

6.0 Bibliografi

Azizah Lebai Nordin. 1995. Pengaran Pembelajaran Prasekolah.

Masalah Pendidikan 19, 11-25

Atan Long. 1969/70. “Masalah Kelemahan Pelajaran Bacaan di Sekolah

Kebangsaan dan Cadangan Mengatasinya’. Masalah Pendidikan. Vol.2, No.1.

September 1969/70, 288-297

Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating

for young children. Washington: NAEYC.

Anne G. Dorsey & Dorothy June Sciarra.1997. A child care center.

Delmar Publishers. Washington.

Boon.P.Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. 2011.

Budaya Dan Pembelajaran. Oxford Fajar. Selangor

Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum

Pendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nani Menon & Mohd. Sharani & Rohani Abdullah. 2003. Panduan

kurikulm prasekolah. Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rohaty Mohd Majzub.1989.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah

menjelang abad ke-21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang

abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 26: Eseimen budaya dan pembelajaran 2012

Isi kandungan

no Perkara Muka

surat

1 1.0 Pengenalan 1 - 2

2 2.0 Profil Etnik minangkabau

2.0.1 Mitos asal usul nama

2.1 Budaya

2.2 Bangsa

2.3 Struktur masyarakat

2.2.1 Perlantikan yang Dipertuan Besar

2.4 Kepercayaan

2.5 Bahasa

2.6 Adat resam

2.7 Jantina

2.8 Demografi

2.9 Pantang larang

2 - 3

4 - 5

6

6 - 7

7 - 9

9

9 - 10

10 - 11

11 - 12

12 - 13

3 3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

3.1 Guru

3.2 Murid

3.3 sekolah

14

14 - 18

18 - 21

21 - 22

4 4.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya 22 - 23

5 5.0 kesimpulan 24 - 25

6 6.0 Bibliografi 26

7 7.0 Lampiran 27