refleksi bm.docx

Upload: musnmanariffin

Post on 10-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ROZITA MAT DANI760111-08-6268REFLEKSI PENGAJARAN

4.0 Refleksi4.1 Pendahuluan. Saya melaksanakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Gemilang bagi menjayakan tugasan refleksi yang merupakan suatu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilaksanakan dengan pendekatan 4P. Refleksi yang telah dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik. Masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. Bagi tugasan ini tajuk yang saya pilih ialah 'Saiful Budak Yang Baik.' Bagi melancarkan pdp saya menggunakan gambar-gambar berwarna yang di ambil daripada internet, kad imbasan, gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar. Secara peribadi saya berharap refleksi akan membina suatu anjakan paradigma dalam diri saya dalam elemen berikut::i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi.ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam dunia pendidikan.iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. Terdapat faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif pdp. Antaranya adalah faktor kesediaan murid untuk belajar.Terdapat tiga orang pelajar yang belum lancar menguasai pembacaan (murid pemulihan).Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Rancanagan pengajaran harian yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran bahasa murid. 4.2 Kekuatan:

Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

4.3 Kelemahan

Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman. Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab secara lisan bukan dengan menulis.Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas lain yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan murid di kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang berlaku disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang rancak dijalankan.Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan hitam agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan daripada guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut, terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru perlu terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar daripada tajuk dan arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil murid (kertas manila) menyebabkan guru tiada ruang untuk menulis di papan hitam.

4.4 Langkah mengatasiDalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar tahap murid diuji.Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempat-tempat yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempat-tempat yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap murid tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan hitam ayat yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih jelas.Guru juga hendaklah menyediakan plan A dan plan B bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid mendapat kemahiran tersebut.

4.5 Penutup. Saya amat berharap agar dapat memahami beberapa elemen pembinaan refleksi seperti objektif pengajaran eksplisit dan spesifik serta implikasi objektif pengajaran. Contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid. Strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan dapat menilai tahap diri dalam mencapai objektif pengajaran.