refleksi big sems 7

4
TUGASAN BIG PPG SEMESTER 7 : KEMPEN SAYANGI SEKOLAH PENULISAN REFLEKTIF PENGENALAN Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekumpulan dapat menyiapkan tugasan ini dengan menempuh pelbagai cubaan dan dugaan. Tetapi kerana semangat ingin belajar dan menuntut ilmu, tugasan ini dapat disempurnakan juga. Dalam menyiapkan tugasan ini,saya terpaksa membahagikan masa antara keluarga, sekolah dan belajar. Alhamdulillah, berkat rahmat dan hidayahNya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. OBJEKTIF TUGASAN Tugasan ini memberi saya pengalaman dalam menganjurkan aktiviti yang bertemakan ‘Sayangi Sekolah’. Aktiviti yang dirancang adalah aktiviti gotong-royong membersihkan tempat pembiakan namuk aedes. Program yang dirancang melibatkan dibawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Oleh itu, aktiviti gotong royong ini melibatkan guru, murid dan ibu bapa. Menghasilkan tugasan ini banyak memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada saya dalam bidang kemasyarakatan. Sazlinda binti Ramli – 780722065472

Upload: sazlinda-ramli

Post on 25-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Program gotong royong

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG SEMS 7

TUGASAN BIG PPG SEMESTER 7 : KEMPEN SAYANGI SEKOLAH

PENULISAN REFLEKTIF

PENGENALAN

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan

sekumpulan dapat menyiapkan tugasan ini dengan menempuh pelbagai cubaan dan

dugaan. Tetapi kerana semangat ingin belajar dan menuntut ilmu, tugasan ini dapat

disempurnakan juga.

Dalam menyiapkan tugasan ini,saya terpaksa membahagikan masa antara keluarga,

sekolah dan belajar. Alhamdulillah, berkat rahmat dan hidayahNya saya dapat

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

OBJEKTIF TUGASAN

Tugasan ini memberi saya pengalaman dalam menganjurkan aktiviti yang bertemakan

‘Sayangi Sekolah’. Aktiviti yang dirancang adalah aktiviti gotong-royong membersihkan

tempat pembiakan namuk aedes. Program yang dirancang melibatkan dibawah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Oleh itu, aktiviti gotong royong ini

melibatkan guru, murid dan ibu bapa. Menghasilkan tugasan ini banyak memberi ilmu

pengetahuan yang berguna kepada saya dalam bidang kemasyarakatan.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Dalam menyempurnakan tugasan ini, pelbagai cabaran yang perlu saya dan rakan

sekumpulan tempuhi. Saya perlu bijak dalam membahagikan masa antara menyiapkan

tugasan ini dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru di sekolah.

Saya mengajar mata pelajaran matematik bagi Tahun 4, 5 dan 6. Saya juga merupakan

Ketua Panitia Matematik di sekolah. Isu kebocoran kertas soalan UPSR bagi mata

pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah mengganggu perjalanan

Sazlinda binti Ramli – 780722065472

Page 2: Refleksi BIG SEMS 7

TUGASAN BIG PPG SEMESTER 7 : KEMPEN SAYANGI SEKOLAH

program-program sekolah amat membebankan saya dan pihak sekolah. Oleh kerana

kebocoran soalan UPSR melibatkan mata pelajaran matematik, maka sehingga kini

saya dan semua guru matematik Tahun 6 terpaksa meneruskan program Kelas

Tambahan UPSR bagi mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun, saya tetap kuatkan

semangat untuk menyempurnakan tugasan ini.

KEKUATAN

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat sokongan dari pihak

pengurusan sekolah dan PIBG. Program yang bertemakan ‘Sayangi Sekolah’ ini

mendapat kerjasama dan sambutan yang menggalakkan dari para ibu bapa. Mereka

hadir bersama-sama kelengkapan yang sesuai dalam menjalankan aktiviti gotong-

royong ini.

Memandangkan SK Sura merupakan sekolah yang mempunyai kapasiti murid dan guru

yang ramai, maka aktiviti gotong-royong ini dibahagi kepada 4 zon, iaitu Zon A, Zon B,

Zon C dan Zon D. Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja melibatkan kawasan di dalam

sekolah, malah turut melibatkan kawasan petempatan di sekitar sekolah.

Pertandingan antara zon juga diadakan di mana zon yang mengutip sampah yang

paling banyak akan diberi hadiah. Sampah-sampah yang dikutip perlulah terdiri

daripada bekas-bekas yang boleh menakung air seperti botol, tin minuman, tempurung

kelapa dan sebagainya.

Aktiviti seumpama ini memberi impak yang sangat berguna kepada semua warga

sekolah, masyarakat dan alam sekitar. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memupuk

semangat kerjasama di antara guru, murid dan ibu bapa serta menyemai rasa cinta

terhadap sekolah dan alam sekitar.

Sazlinda binti Ramli – 780722065472

Page 3: Refleksi BIG SEMS 7

TUGASAN BIG PPG SEMESTER 7 : KEMPEN SAYANGI SEKOLAH

KELEMAHAN

Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam tugasan ini. Oleh kerana ia melibatkan

banyak pihak, maka kos makan dan minum yang perlu disediakan juga agak besar.

Namun begitu, saya amat bernasib baik kerana kosnya telah ditampung sepenuhnya

oleh PIBG sekolah.

PENGHARGAAN DAN PENUTUP

Saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan Pn. Nor Rislah binti Mohd yang

banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga buat En.

Nik Mohamad bin Nik Jusoh yang memberi bimbingan dan panduan serta rakan-rakan

guru yang turut memberi pandangan ilmiah yang amat berguna.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah

dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun yang

telah meluluskan program ini.

Akhir kata, diharap tugasan ini dapat diterima oleh pensyarah saya dan menepati apa

yang dikehendaki oleh soalan tugasan.

SAZLINDA BINTI RAMLI

780722065472

[email protected]

Sazlinda binti Ramli – 780722065472