refleksi big fasa 4

2
REFLEKSI BIG FASA 4 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Bayu, Weng, Kedah. yang berteraskan kepada program keluarga angkat.

Upload: muhammad-zaidiee-iqram

Post on 21-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

reflleksi berkenaan Bina Insan Guru Fasa ke-4

TRANSCRIPT

REFLEKSI BIG FASA 4Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Bayu, Weng, Kedah. yang berteraskan kepada program keluarga angkat.Banyak perkara yang saya telah peroleh daripada program ini. Sebelum program ini bermula, kami telah mengadakan mesyuarat peringkat kelas bagi membincangkan tempat program yang ingin dilaksanakan, aktiviti yang perlu dilaksanakan, pengagihan ahli jawatankuasa dan sebagainya. Hal ini adalah bagi memastikan objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan melalui aktiviti di sekolah nanti dan tidak terlencong ke arah perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pengalaman bermesra dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan orang tua melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka rakyat, perlawanan futsal, senam robik, cat mural di sekolah dan aktiviti pada malam iaitu malam kebudayaan Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran interpersonal saya.Program ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif yang disasarkan. Antaranya, kami telah mendapat pengalaman hidup dalam suasana masyarakat luar bandar dan memahami murid-murid di luar bandar. Selain itu, kami telah didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti mengecat mural di kawasan dinding sekolah Sri Bayu.