refleksi big

7
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru- guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program bina insan guru kali ini adalah diadakan selama dua hari. Hari pertama telah disampaikan taklimat oleh Encik Hishamuddin Abdul Rahman tentang Surat Pekeliling Ikhtisas dan fungsi dan peranan PPD. Daripada taklimat yang diberikan barulah saya sedar bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Surat ini juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Manakala fungsi dan peranan PPD pula adalah bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penenmpatan murid-murid sekolah di dalam daerah. Selain itu, PPD juga bertanggungjawab

Upload: allison93

Post on 26-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi Big

TRANSCRIPT

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program bina insan guru kali ini adalah diadakan selama dua hari. Hari pertama telah disampaikan taklimat oleh Encik Hishamuddin Abdul Rahman tentang Surat Pekeliling Ikhtisas dan fungsi dan peranan PPD. Daripada taklimat yang diberikan barulah saya sedar bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Surat ini juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Manakala fungsi dan peranan PPD pula adalah bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penenmpatan murid-murid sekolah di dalam daerah. Selain itu, PPD juga bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah dan sebagainya. Semua ilmu ini disampaikan kepada guru pelatih adalah amat berguna pada masa depan apabila di tempatkan di sekolah kelak. Semua ini juga merupakan ilmu yang mesti diketahui untuk melindungi sendiri sebagai penjawat awam.Manakala pada hari yang kedua pula kami telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.Sekolah berprestasi tinggi sebagai penanda aras yang telah dipilih adalah Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak. Kemudahan di sekolah ini amat lengkap dan selesa diguna oleh pelajar. Sebagai contohnya kemudahan yang paling menarik perhatian saya adalah bilik komputer. Sekiranya guru hendak pelajar hands-on learning, setiap pelajar akan dipinjamkan sebuah komputer riba untuk menghasilkan hasil kerja yang diminta oleh guru. Komputer riba tersebut adalah khas kepada pelajar dan saiz tersebut juga lebih kecil. Setelah pelajar telah menyelesaikan tugasan, guru akan mengumpul balik semua komputer riba dan dikunci di rak yang telah disediakan. Ini merupakan salah satu kemudahan yang amat menarik perhatian saya. Saya berpendapat bahawa apabila pelajar sendiri hands-on akan lebih memahami apa yang telah dipelajari.Selain itu, kemudahan kelas pendidikan khas juga amat lengkap. Kelas pendidikan khas adalah cukup banyak kepada pelajar. Apa sahaja kumudahan yang diperlukan oleh guru pendidikan khas untuk mengajar pelajar adalah telah disediakan. Sebagai contohnya, papan tulis yang cukup besar. Tulisan guru boleh ditulis dengan cukup besar agar pelajar dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, pelajar juga turut boleh mencuba tulis di papan tulis. Tambahan pula, saya juga mendapati bahawa terdapat beberapa kelas adalah telah disediakan television. Guru menggunakan television untuk menarik perhatian pelajar dan menjadikan proses p&p lebih menarik. Sebagai contohnya menyanyi sambil belajar, agar pelajar pendidikan khas akan lebih mudah untuk belajar. Manakala dari segi persekitaran sekolah juga amat menarik dan kreatif. Di dalam konsep saya adalah sekolah yang berada di bandar adalah hanya dipenuhi bangunan kelas. Walaubagaimanapun, saya amat minat dengan persekitaran sekolah ini. Pihak sekolah menggunakan sudut-sudut yang lapang untuk menghias agar kelihatan lebih cantik. Sebagai contohnya terdapat beberapa sudut yang khas kepada Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, pondok membaca, Rock Garden dan sebagainya.

Sebagai contoh sudut bagi Persatuan Pengakap mempunyai pelbagai jenis ikatan tali yang dipamaerkan. Manakala Rock Garden pula adalah tanam pelbagai jenis bunga menggunakan kasut yang telah dibuang. Ini merupakan salah satu aktiviti kitar semula. Tambahan pula, salah satu perkara yang telah saya memerhatikan adalah pihak sekolah menghiaskan kipas yang telah rosak dan letak berhampiran dengan kantin dan Rock Garden. Selepas kipas tersebut dihias adalah amat menarik. Saya berasa perkara ini semua guru pelatih boleh mempelajari agar tahu bagaimana hendak menyelesaikan kipas yang telah rosak apabila ditempatkan di sekolah pada masa kelak.Salah satu tempat yang menarik semua guru pelatih adalah tempat memelihara ayam dan iguana. Manakala iguana dan telur iguana adalah lebih menarik pehatian semua guru pelatih. Saya turut mendapat pengalaman yang baru untuk melihat iguana dan mengetahui ciri-cirinya dari pekebun sekolah yang memelihari iguana tersebut. Saya berasa pelajar di sekolah ini adalah amat bertuah kerana persekitarannya adalah begitu selesa dan persekitaran yang disediakan adalah penuh manfaat kepada pelajar.Manakala dari aspek guru pula, guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak adalah amat komited. Guru berkomited adalah untuk kepentingan murid, dan mempunyai niat yang suci. Manakala guru besar pula akan sentiasa suburkan tapak hati setiap gru supaya dapat membuahkan pelajar yang berpotensi. Sebagai contohnya, guru-guru sanggup berada di sekolah untuk mengurus semua program kepada murid sehingga pukul 4 pagi. Saya percaya bukan semua guru dapat memberi komited yang sedemikian. Oleh itu, saya berasa hormat dan kagum kepada guru-guru yang berada di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak.Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa mempunyai salah seorang guru yang sanggup datang sekolah pada awal pagi untuk mengajar murid belajar di pondok belajar. Ini adalah kerana terdapat ibu bapa yang hendak bekerja awal dan mengelakkan kesesakan jalan raya, oleh itu menghantar anaknya ke sekolah dengan lebih awal. Demi murid, guru juga awal datang ke sekolah untuk memberi murid menimba ilmu yang baru daripada murid bermain-bermain di persekitaran sekolah yang masih gelap pada awal pagi.Dari segi protokol Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak pula adalah amat baik. Pihak sekolah dengan begitu mesranya menyambut kami setelah tiba di sekolah. Pertama sekali, pihak sekolah menyediakan sarapan kepada semua guru pelatih. Kemudian dimulakan dengan ucapan wakil PIBG ucapan guru besar dan seterusnya guru cemerlang. Guru cemerlang adalah memperkenalkan persekitaran sekolah tersebut kepada guru pelatih. Kemudian diikuti dengan melawat persekitaran sekolah. Ini juga diiringi dan sambil dijelaskan oleh guru pengiring. Manakala pihak sekolah turut menyediakan makan tengahari, kuih-muih dan cenderamata kepada semua guru pelatih. Di sini semua guru pelatih berasa amat berterima-kasih kepada pihak sekolah kerana begitu ambil berat dengan guru pelatih. Segala acara adalah berjalan dengan amat lancar.Semua guru pelatih mengetahui bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak adalah berwatak sebagai sekolah dalam pusat sumber. Ini juga dapat dilihat apabila melawat di sekitar persekitaran sekolah. Di sekeliling sekolah seperti tiang, papan kenyataan, setiap aras kelas sehingga tandas juga terdapat informasi yang pelajar boleh perolehi. Dengan kata yang lain, pelajar boleh memperolehi ilmu pengetahuan tidak kira berada di mana sahaja ataupun boleh dikatakan dapat memperolehi ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Selain itu, kami juga mengetahui bahawa salah satu kekuatan sekolah tersebut adalah pencapian akademik dan pencapaian kokurikulum adalah seimbang. Secara kasarnya ini dapat dilihat dari segi sijil-sijil yang dipamerkan di papan kenyataan. Walaubagaimanapun ini adalah komited dari pelbagai aspek seperi guru, pengurusan dan pihak PIBG barulah mendapat hasil yang begitu puas hati.

Walaubagaimanapun, terdapat serba sedikit kelemahan yang dapat dilihat. Sebagai contohnya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak adalah berwatak sebagai sekolah dalam pusat sumber dan tidak dinafikan bahawa informasi boleh diperolehi dari pelbagai sudut. Tetapi dari pemerhatian ramai guru pelatih, tidak ramai murid yang akan mengambil masa untuk tengok informasi yang telah disediakan. Ini menyebabkan seperti informasi yang telah disediakan tidak berfungsi dengan baik.Oleh itu, saya berasa pihak sekolah harus mengambil jalan penyelesaian yang lebih baik agar informasi-informasi yang telah disediakan dapat berfungsi dengan baik dan juga manfaat kepada pelajar. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program Promosi Sekolah. Pelajar-pelajar harus mencari jalan yang terbaik untuk mempromosikan sekolah. Oleh itu, pelajar-pelajar akan memerhatikan persekitaran sekolah perkara yang berbaloi untuk mempromosikan.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Dengan adanya program seperti BIG inilah diharap akan sedikit sebanyak akan membantu saya dalam proses untuk menimba ilmu untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad. Program-program seumpama ini juga mampu memberikan impak yang besar kepada semua bakal guru khususnya kepada diri saya pengetahuan saya dalam bidang keguruan bukan sekadar ala kadar sahaja.