refleksi berkenaan dengan implikasi falsafah pendidikan timur

Upload: sivanesan-bala

Post on 30-May-2018

440 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

    1/4

  • 8/14/2019 Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

    2/4

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

    segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan Negara.

    Berapa perkara yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah

    daripada Falsafah Pendidikan Timur. Antara aspek-aspek yang diterapkan dari falsafah

    pendidikan timur adalah, aspek emosi, intelek dan jasmani dimana kebijaksanaan

    dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang

    baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan. Sama seperti Falsafah

    Negara kita dimana para pelajar diajar matapelajaran-matapelajaran yang tidak teras

    seperti muzik, seni dan untuk menjadikan para pelajar seimbang dari segi emosi.

    Penekanan secara rohani yang terdapat di Negara kita pula jelas terpapar dalam

    falsafah pendidikan islam dan timur. Dalam falsafah pendidikan islam, konteks agama

    diberikan keutamaan dimana terdapat pendidikan al-immaniah yang bermaksud

    pendidikan iman. Abd Halim Hj Mat Diah, 1989berkata bahawa pendidikan islam ialah

    proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja

    oleh pendidik untuk mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim berdasarkan

    ajaran Islam. Aspek rohani juga ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam

    dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah ,al-immaniah iaitu pendidikan iman terkandung

    di dalam bidang pendidikan Islam. Ahli falsafah timur iaitu, Rabindranath Tagore pula

    menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai

    nirvana. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek rohani yang terdapat di Negara kita

    diterapkan dari kedua-dua falsafah ini.

    Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan

    iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam Falsafah

    Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan penumpuan kepada

  • 8/14/2019 Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

    3/4

    pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya, mazhab Progresvisme dimana

    mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam

    kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan kita dimana

    falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    Negara. Selain itu, dalam mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada

    kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran

    wajib seperti sains, sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah

    Pendidikan Negara kita dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan

    penumpuan.

    Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud,

    satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi

    intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arahpembentukan insan soleh

    yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Menurut Abdul Halim El-

    Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani,

    rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah, pengalaman

    Salaf Al-Salih serta ilmu muktabar Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek

    yang terdapat di Negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah barat dan

    juga islam dimana aspek intelek diberikan keutamaan.

    Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam dimana menurut

    Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing

    masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah

    pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada

    muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi.

    Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam

    konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di

  • 8/14/2019 Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

    4/4

    dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan

    tariandan drama sebagai satu matapelajaran.

    Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat

    mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

    Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan

    daripada ketiga-tiga Falsafah Pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu

    keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Ketiga-tiga falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan kita.. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan

    diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di

    dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan

    pendidikan di Malaysia.