refleksi berg (1)

2
REFLEKSI MUHD HANIF BIN ZAKARI Alhamdulillah, dengan berkat kurnia-Nya berjaya juga saya dan rakan-rakan menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jaya dan mengikut masa yang ditetapkan. Tugasan bagi subjek Bahasa Melayu semester ini adalah berkenaan sistem ejaan dan bahasa komunikasi bertulis. Menariknya, di akhir tugasan kami perlu melaksanakan penyampaian berita dan juga iklan selingan umpama berita yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kesemuanya merupakan suatu perkara baru yang akhirnya memberi satu pengalaman dan kepuasan tersendiri apabila melihat hasil rakaman berita. Untuk menyampaikan berita yang baik, sememangnya teks yang baik amat diperlukan. Bagi menyediakan teks, saya telah mencari video berita di internet selain membuat pemerhatian dengan menonton berita di kaca televisyen seperti Buletin Utama, Berita Awani dan Berita Terkini. Apa yang saya perhatikan, perkara-perkara utama yang menjadi topik hangat seluruh negara dijadikan berita utama negara seperti berita kematian ahli perniagaan, Datuk Sosilawati baru-baru ini. Berita-berita yang hendak disampaikan disusun mengikut kadar kepentingannya bagi menjadikan berita yang disampaikan berjaya menarik penonton. Begitu juga dengan berita sukan yang akan dimulakan dengan berita sukan dalam negara diikuti berita sukan luar negara. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya berpendapat bahawa penyampaian berita adalah suatu perkara yang senang dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Namun begitu, setelah mula mengkaji mengenai tajuk tugasan ini, saya mula mendapati pendapat awal saya silap. Saya mendapati sebelum menyampaikan sesuatu berita, penyampainya harus membuat bacaan mengenai berita yang ingin disampaikan selain menyediakan teks yang sesuai agar bahasa yang digunakan jelas dan sesuai untuk semua lapisan umur di seluruh negara. Di akhir pelaksanaan tugas saya mendapati bahawa tugas penyampai berita bukanlah suatu tugas yang harus dipandang remeh apatah lagi negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Segala yang akan disampaikan harus dipastikan terlebih dahulu sesuai dan yang paling penting isi berita tidak menyentuh sensitiviti kaum.

Upload: sherlizamt

Post on 02-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sxsxxss c dd

TRANSCRIPT

REFLEKSIMUHD HANIF BIN ZAKARIAlhamdulillah, dengan berkat kurnia-Nya berjaya juga saya dan rakan-rakan menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jaya dan mengikut masa yang ditetapkan. Tugasan bagi subjek Bahasa Melayu semester ini adalah berkenaan sistem ejaan dan bahasa komunikasi bertulis. Menariknya, di akhir tugasan kami perlu melaksanakan penyampaian berita dan juga iklan selingan umpama berita yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kesemuanya merupakan suatu perkara baru yang akhirnya memberi satu pengalaman dan kepuasan tersendiri apabila melihat hasil rakaman berita.Untuk menyampaikan berita yang baik, sememangnya teks yang baik amat diperlukan. Bagi menyediakan teks, saya telah mencari video berita di internet selain membuat pemerhatian dengan menonton berita di kaca televisyen seperti Buletin Utama, Berita Awani dan Berita Terkini. Apa yang saya perhatikan, perkara-perkara utama yang menjadi topik hangat seluruh negara dijadikan berita utama negara seperti berita kematian ahli perniagaan, Datuk Sosilawati baru-baru ini. Berita-berita yang hendak disampaikan disusun mengikut kadar kepentingannya bagi menjadikan berita yang disampaikan berjaya menarik penonton. Begitu juga dengan berita sukan yang akan dimulakan dengan berita sukan dalam negara diikuti berita sukan luar negara.Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya berpendapat bahawa penyampaian berita adalah suatu perkara yang senang dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Namun begitu, setelah mula mengkaji mengenai tajuk tugasan ini, saya mula mendapati pendapat awal saya silap. Saya mendapati sebelum menyampaikan sesuatu berita, penyampainya harus membuat bacaan mengenai berita yang ingin disampaikan selain menyediakan teks yang sesuai agar bahasa yang digunakan jelas dan sesuai untuk semua lapisan umur di seluruh negara. Di akhir pelaksanaan tugas saya mendapati bahawa tugas penyampai berita bukanlah suatu tugas yang harus dipandang remeh apatah lagi negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Segala yang akan disampaikan harus dipastikan terlebih dahulu sesuai dan yang paling penting isi berita tidak menyentuh sensitiviti kaum.Sepanjang melakukan tugasan ini, saya mendapati komunikasi adalah perkara terpenting dalam menyampaikan berita. Komunikasi bukan sahaja mengenai bahasa yang digunakan tetapi juga mengenai nada suara yang digunakan. Kebijaksaan penyampai berita menggunakan nada suara yang sesuai bagi menyampaikan berita mampu menarik perhatian para pendengar. Komunikasi yang berkesan mampu menghidupkan suasana dua hala antara penyampai berita dan pendengar.Saya bersyukur kerana sepanjang menjalankan tugasan ini tidak banyak kesukaran yang dilalui kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan saya. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada mereka yang begitu banyak membantu dan memberi dorongan serta tidak lupa pensyarah pembimbing saya yang mana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami.Akhir kata, tugasan yang dilakukan memberi pengalaman dan ilmu yang begitu berharga kepada saya. Begitu banyak perkara baru yang saya dapati sepanjang menjalankan tugasan ini. Saya berharap pengalaman dan ilmu yang diperoleh akan dapat saya gunakan ketika saya bergelar seorang guru kelak.