refleksi ajk dokumentasi tradisional

2
Refleksi AJK Dokumentasi Setelah mendapati kami menjadi AJK Dokumentasi, kami pergi meminjam camera daripada kawan-kawan yang ada camera. Selepas itu, kami bermesyuarat sebanyak 2 kali untuk berbincang tentang agihan tugas. Semasa acara-acara permainan tradisional bermula,Christina Lai Yi Tian bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Pengajian Cina, Siti Norzaidah Binti Kamaruddin bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Sains (SK) dan Sharifah Nur Atiqah binti Syed Ghalib bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Sejarah. Sepanjang program ini dijalankan, kami bertiga bekerjasama untuk mengambil gambar. Selepas program ini tamat, kami bertiga mengumpul semua gambar yang ditangkap dan menjadikannya sebagai lampiran. Di samping itu, kami juga berperanan untuk mengumpul semua minit mesyuarat, laporan dan refleksi ajk masing-masing. Kami menghadapi satu masalah yang besar iaitu terdapat ajk yang menghantar laporan atau minit mesyuaratnya lewat dan mengakibatkan kami tidak sempat mencetak pada masa yang tepat. Dengan kerjasama kawan-kawan yang lain, akhirnya kami juga dapat mengumpul semua maklumat yang diperlukan untuk dijadikan fail. Sepanjang program ini dijalankan, kami sebagai AJK Dokumentasi telah mempelajari banyak benda. Kami telah mempelajari cara membuat laporan, minit mesyuarat dan juga bagaimana cara untuk menyusun fail dokumentasi. Di samping itu, kami juga belajar cara berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini

Upload: zi-yan

Post on 16-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

ajk

TRANSCRIPT

Refleksi AJK DokumentasiSetelah mendapati kami menjadi AJK Dokumentasi, kami pergi meminjam camera daripada kawan-kawan yang ada camera. Selepas itu, kami bermesyuarat sebanyak 2 kali untuk berbincang tentang agihan tugas. Semasa acara-acara permainan tradisional bermula,Christina Lai Yi Tian bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Pengajian Cina, Siti Norzaidah Binti Kamaruddin bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Sains (SK) dan Sharifah Nur Atiqah binti Syed Ghalib bertugas untuk mengambil gambar untuk stesen kelas Sejarah. Sepanjang program ini dijalankan, kami bertiga bekerjasama untuk mengambil gambar.Selepas program ini tamat, kami bertiga mengumpul semua gambar yang ditangkap dan menjadikannya sebagai lampiran. Di samping itu, kami juga berperanan untuk mengumpul semua minit mesyuarat, laporan dan refleksi ajk masing-masing. Kami menghadapi satu masalah yang besar iaitu terdapat ajk yang menghantar laporan atau minit mesyuaratnya lewat dan mengakibatkan kami tidak sempat mencetak pada masa yang tepat. Dengan kerjasama kawan-kawan yang lain, akhirnya kami juga dapat mengumpul semua maklumat yang diperlukan untuk dijadikan fail.Sepanjang program ini dijalankan, kami sebagai AJK Dokumentasi telah mempelajari banyak benda. Kami telah mempelajari cara membuat laporan, minit mesyuarat dan juga bagaimana cara untuk menyusun fail dokumentasi. Di samping itu, kami juga belajar cara berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana kami hendak sentiasa berhubung dengan ajk yang lain dan mengingatkan mereka untuk menghantarkan laporan dan minit mesyuarat mereka. Tambahan pula, kami juga belajar cara untuk bekerja secara sistematik. Sebagai AJK Dokumentasi, kami hendak bekerja dengan sistematik agar maklumat dalam fail mencukupi dan susun dengan teratur. Oleh sebab banyak kerja yang kena kami buat, jadi kami membahagikan kerja-kerja kami agar kami dapat bekerja dengan sistematik.