refleksi

2
REFLEKSI Kerjaya Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. Bagi mencapai kualiti itu, seseorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, bertatasusila dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya. Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil, akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset besar yang dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal menentukan masa depan negara. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan

Upload: punitha-nair

Post on 17-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Kerjaya Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. Bagi mencapai kualiti

itu, seseorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika

perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan

membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika perguruan

akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, bertatasusila dan mengamalkan

nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya.

Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita memegang

tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru perlulah sedar bahawa

tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil, akan tetapi tanggungjawab

yang dipikul merupakan suatu aset besar yang dipertaruhkan kepada kita. Aset itu

adalah seorang murid, yang merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang

pewaris yang bakal menentukan masa depan negara.

Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana

kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan

pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang

terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada

guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai

profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri

tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga

merupakan pelaburan terpenting bagi sesebuah negara, dan gurulah pemankin utama

yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai.

Page 2: REFLEKSI

Insiden seperti guru memukul murid sepatutnya tidak berlaku jika guru mendalami

erti sebenar profesion sebagai seorang guru. Justeru, profesion perguruan bukanlah

suatu yang mudah atau remeh. Seorang guru perlu mengambil serius tentang setiap

aspek dalam bidang keguruan ini. ianya termasuklah aspek etika dan akauntabiliti,

ianya bagi menjamin nama baik bidang keguruan di mata masyarakat kekal utuh serta

memperkembangkannya bagi mencapai standard system pendidikan bertaraf dunia

seperti yang diaspirasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.