refleksi

2
REFLEKSI (AMNAHMALIHAH MARZUKI) Saya percaya bahawa sebagai pendidik, seorang guru itu perlu terlebih dahulu mengetahui atau memahami matlamat atau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat sebenar dan yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna kepada agama dan masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang terpuji, berakhlak tinggi dan yang dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan mengetahui dan memahami matlamat pendidikan maka seorang guru yang juga sebagai pendidik dan pendakwah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa berlakunya gangguan luar. Justeru itu, program ini sangat bermakna bagi saya sebagai guru pelatih. Pebagai informasi yang saya pelajari tentang peraturan dan etika sebagai seorang guru. Informasi ini amat penting bagi saya untuk mencapai matlamat saya sebagai guru yang cemerlang. Jika saya gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, saya gagal menjadi guru yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pelajar. Saya percaya bahawa g enerasi muda merupakan generasi yang mencorakkan warna kehidupan sesebuah

Upload: ammlawlier

Post on 16-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi untuk laporan BIG.

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI (AMNAHMALIHAH MARZUKI)

Saya percaya bahawa sebagai pendidik, seorang guru itu perlu terlebih dahulu

mengetahui atau memahami matlamat atau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat

sebenar dan yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna kepada agama dan

masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang terpuji, berakhlak tinggi dan yang

dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan mengetahui dan memahami

matlamat pendidikan maka seorang guru yang juga sebagai pendidik dan pendakwah dapat

melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa berlakunya gangguan luar.

Justeru itu, program ini sangat bermakna bagi saya sebagai guru pelatih. Pebagai

informasi yang saya pelajari tentang peraturan dan etika sebagai seorang guru. Informasi ini amat

penting bagi saya untuk mencapai matlamat saya sebagai guru yang cemerlang. Jika saya gagal

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, saya gagal menjadi guru yang boleh dijadikan contoh

teladan kepada pelajar. Saya percaya bahawa generasi muda merupakan generasi yang

mencorakkan warna kehidupan sesebuah masyarakat sama ada terdiri daripada golongan yang

beragama, berakhlak ataupun golongan yang berilmu.

Pada pendapat saya, jika saya menunjukkan tingkah laku yang salah, saya pasti tidak

akan dihormati sebagai seorang guru oleh pelajar. Contohnya, semasa Puan Maznah

menceritakan pengalaman tentang guru yang tidak mementingkan masa. Guru tersebut sering

kali lewat dan memohon cuti. Tindakan guru tersebut akan menjadi teladan yang tidak elok

kepada murid dan pada masa yang sama, ia akan menggangu pelajaran pelajar kerana tidak hadir

ke sekolah.

Page 2: REFLEKSI

Oleh itu, saya mengambil pengajaran daripada pengalaman yang dikongsi untuk menjadi

peringatan pada saya. Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dengan intipati program

ini dan berharap saya dapat menyertainya lagi.