refleksi

Upload: mohamad-nazmie-mohamed-tarmizi

Post on 09-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

SESI BERSAMA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA CEMERLANG

PROGRAM BINA INSAN GURU

Pada 11 Julai 2015, Kelas 6 PISMP Sejarah telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra yang terletak di negeri Kedah. Salah satu sesi yang diatur adalah bersama Puan Norbashar binti Abdul Murad dan Puan Zainiyah binti Mustafa yang merupakan Guru Cemerlang Sejarah dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris.

KEKUATAN

Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah serta ciri-ciri menjadi seorang guru cemerlang. Di samping itu, guru-guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang.

Syarat pertama untuk memohon sebagai guru cemerlang adalah mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Apa yang diceritakan menarik perhatian saya dan saya berharap suatu hari nanti saya akan mengikut jejak beliau.

Seterusnya, sesiapa yang ingin menjadi guru cemerlang mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.KELEMAHAN Kelemahan yang dilihat sepanjang Program Bina Insan Guru ini adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Norbashar binti Abdul Murad dan Puan Zainiyah binti Mustafa. Semua guru pelatih kelihatan malu-malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Walabagaimanapun, semua guru pelatih mendapat semangat untuk bertanyakan soalan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.

Kelemahan lain yang dilihat adalah kami telah lewat untuk sampai ke sekolah. Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program kami pada hari tersebut. Namun begitu, pada masa akan datang semua guru pelatih perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan masa.

Selain itu, guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing-masing asyik bersembang sehingga kadang kala menyebabkan gangguan ketika majlis sedang berlangsung. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan perkongsian guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut.

KESIMPULAN

Pada pendapat saya, program seperti ini bagus dilaksanakan cuma slot bersama guru cemerlang diasingkan daripada program lawatan ke sekolah cemerlang. Guru-guru yang menyertai lawatan akan lebih fokus dan menumpukan perhatian kepada satu perkara dalam satu-satu masa. Semoga program seperti Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan muridnya memahami sesuatu perkara yang diajar.