refleksi

2
Refleksi Nama : Lau Wee Dong (N3) No. Kad Pengenalan : 940628-01-6340 Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 pada 28 Mac 2015 di SJKC Khea Wah. Unit N3 talah menganjurkan satu kem motivasi bertemakan sains bagi murid-murid tahun 4-6. Dengan mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor saya, En. Yu Chee Han dan pengerusi program, Lee Suh Jeng kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan idea-idea bernas untuk menjayakan kem motivasi ini. Sebelum kem motivasi diadakan, saya telah ditugaskan untuk menyediakan buku program. Saya dan Chia Chin Mei bersama-sama mendapatkan maklumat berkaitan lalu menghasilkan buku program yang amat cantik dan menarik. Pada hari kejadian pula, iaitu 28 Mac 2015, saya pula bertugas sebagai fasilitator Kumpulan Einstein. Saya memimpin 8 orang ahli kumpulan yang berkomitmen tinggi semasa menjalankan tugasan atau permainan. Kekuatan yang dapat saya kenalpasti sepanjang masa saya melaksanakan tugasan ini ialah saya dapat berinteraksi dengan mesra bersama-sama rakan sekelas semasa mengadakan perbincangan. Dengan menjalankan program khidmat masyarakat ini, hubungan silaturahim antara warga unit N3 telah ditingkatkan dan semangat bekerjasama telahpun dipupuk dalam kalangan kami. Di samping itu, saya juga boleh meminpin dengan berkesan dan memberi komitmen yang tinggi semasa bertugas sebagai fasilitator. Saya mendapati saya dapat bersama-sama dengan murid dalam suasana riang dan saya dapat mengawal disiplin mereka. Saya sangat suka akan murid-murid, manakala murid-murid juga menghormati saya. Program yang mengambil masa 6 jam ini memang pendek tetapi penyediaan program amat mencabar dan memerlukan kerjasama seluruh warga N3. Melalui program ini, saya menyedari kepentingan bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai seorang pendidik pada abad ke-21, kita

Upload: wee-dong-lau

Post on 19-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

q

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Nama : Lau Wee Dong (N3)

No. Kad Pengenalan : 940628-01-6340

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3

pada 28 Mac 2015 di SJKC Khea Wah. Unit N3 talah menganjurkan satu kem motivasi

bertemakan sains bagi murid-murid tahun 4-6. Dengan mengambil kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor saya, En. Yu Chee Han dan pengerusi

program, Lee Suh Jeng kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan idea-idea bernas

untuk menjayakan kem motivasi ini.

Sebelum kem motivasi diadakan, saya telah ditugaskan untuk menyediakan buku

program. Saya dan Chia Chin Mei bersama-sama mendapatkan maklumat berkaitan lalu

menghasilkan buku program yang amat cantik dan menarik. Pada hari kejadian pula, iaitu 28

Mac 2015, saya pula bertugas sebagai fasilitator Kumpulan Einstein. Saya memimpin 8 orang

ahli kumpulan yang berkomitmen tinggi semasa menjalankan tugasan atau permainan.

Kekuatan yang dapat saya kenalpasti sepanjang masa saya melaksanakan tugasan ini

ialah saya dapat berinteraksi dengan mesra bersama-sama rakan sekelas semasa

mengadakan perbincangan. Dengan menjalankan program khidmat masyarakat ini, hubungan

silaturahim antara warga unit N3 telah ditingkatkan dan semangat bekerjasama telahpun

dipupuk dalam kalangan kami. Di samping itu, saya juga boleh meminpin dengan berkesan

dan memberi komitmen yang tinggi semasa bertugas sebagai fasilitator. Saya mendapati saya

dapat bersama-sama dengan murid dalam suasana riang dan saya dapat mengawal disiplin

mereka. Saya sangat suka akan murid-murid, manakala murid-murid juga menghormati saya.

Program yang mengambil masa 6 jam ini memang pendek tetapi penyediaan program

amat mencabar dan memerlukan kerjasama seluruh warga N3. Melalui program ini, saya

menyedari kepentingan bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai seorang pendidik pada

abad ke-21, kita haruslah mempunyai kesungguhan dan kegigihan untuk menempuh cabaran.

Kebanyakan murid kurang berminat terhadap sains dan menganggap sains suatu subjek yang

susah. Oleh itu, kehendak dan masalah murid perlu diatasi, maka guru haruslah sentiasa

berfikir kreatif dan inovatif. Misalnya, guru boleh menyediakan program atau kem sebegini bagi

meningkatkan lagi minat murid terhadap sains. Program Bina Insan Guru Fasa 3

mendedahkan saya kepada banyak pengalaman baharu yang berharga. Saya tidak akan

melupakan pengalaman ini dan semoga diberi peluang untuk menganjur kem motivasi lagi.