refleksi

20
Tarikh : 9 Mac 2014 Kelas : 5 Jasmine Masa : 11.50 am – 12.50 pm Tajuk : Differentiation Setelah mengikuti modul differentiation bersama guru-guru dan “middle leader” di makmal komputer saya telah mempelajari satu ilmu baru yang perlu saya terapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap murid di Sek. Keb. Convent Jalan Peel ditempatkan di dalam kelas secara bercampur antara pelbagai tahap kebolehan murid yang terdiri daripada murid yang pandai, sederhana dan lemah. Justeru, “differentiation” amat penting dan perlu dilaksanakan dalam kelas sewaktu berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari banyak perkara sewaktu mengikuti modul “differentiation”. Antaranya ialah bagaimana hendak membahagikan kumpulan murid mengikut kebolehan. Teknik atau cara yang boleh digunakan oleh saya ialah melalui pemerhatian perkembangan murid di dalam kelas. Aktiviti yang dirancang juga haruslah berbeza mengikut kebolehan setiap kumpulan murid agar setiap individu murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik mengikuti kebolehan masing-masing. Setelah mengikuti modul “differentiation” saya telah merancang tiga aktiviti berbeza untuk tiga kumpulan murid iaitu murid yang pandai, sederhana dan lemah. Aktiviti ini DIFFERENT Refleksi

Upload: arif-hanif

Post on 18-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

refleksi PLC

TRANSCRIPT

DIFFERENTIATIONRefleksi

Tarikh: 9 Mac 2014Kelas: 5 JasmineMasa: 11.50 am 12.50 pmTajuk: DifferentiationSetelah mengikuti modul differentiation bersama guru-guru dan middle leader di makmal komputer saya telah mempelajari satu ilmu baru yang perlu saya terapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap murid di Sek. Keb. Convent Jalan Peel ditempatkan di dalam kelas secara bercampur antara pelbagai tahap kebolehan murid yang terdiri daripada murid yang pandai, sederhana dan lemah. Justeru, differentiation amat penting dan perlu dilaksanakan dalam kelas sewaktu berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.Saya telah mempelajari banyak perkara sewaktu mengikuti modul differentiation. Antaranya ialah bagaimana hendak membahagikan kumpulan murid mengikut kebolehan. Teknik atau cara yang boleh digunakan oleh saya ialah melalui pemerhatian perkembangan murid di dalam kelas. Aktiviti yang dirancang juga haruslah berbeza mengikut kebolehan setiap kumpulan murid agar setiap individu murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik mengikuti kebolehan masing-masing.Setelah mengikuti modul differentiation saya telah merancang tiga aktiviti berbeza untuk tiga kumpulan murid iaitu murid yang pandai, sederhana dan lemah. Aktiviti ini saya jalankan pada kelas 5 Jasmine bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Antara masalah yang saya hadapi sewaktu melaksanakan aktiviti differentiation ini ialah sewaktu memberikan arahan kepada setiap kumpulan murid. Hal ini kerana kelas 5 Jasmine mempunyai lapan kumpulan murid yang terdiri daripada dua kumpulan pandai, lima kumpulan sederhana dan satu kumpulan lemah. Justeru, apabila arahan diberikan kepada kumpulan yang lemah, kumpulan-kumpulan lain akan bising. Selain itu, masa juga akan terbazir kerana saya perlu mengulang arahan kepada lapan kumpulan yang lain. Masalah kedua yang saya hadapi ialah sewaktu sesi penilaian hasil kerja murid. Hal ini kerana, setiap kumpulan mempunyai aktiviti yang berbeza. Apa yang saya lakukan ialah saya terpaksa menyemak hasil kerja murid dari satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain dan ianya mengambil masa yang sangat lama. Saya tidak tahu bagaimana hendak menguruskan setiap kumpulan ini dengan lebih sistematik dan teratur serta tidak membazirkan banyak masa.Namun begitu, apa yang saya dapati aktiviti differentiation ini sangat penting dilaksanakan kepada murid-murid di sekolah ini kerana setiap individu murid di dalam kelas terdiri daripada murid yang pelbagai tahap kebolehan. Saya juga harus mencari penyelsaian dan langkah yang sesuai agar pengurusan aktiviti berjalan dengan lancar dan lebih sistematik.

DIFFERENTIATION

Low Achievement1) Murid sedang menyenaraikan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks dengan menggunakan peta pokok.

High Achievement1) Murid sedang menulis ayat aktif yang terdapat dalam teks dan menukarkan ayat tersebut kepada ayat pasif.

2) Contoh hasil kerja murid bagi aktiviti menukarkan ayat aktif transitif kepada ayat pasif. Middle Achievement1) Murid sedang membina ayat dengan menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.

DIFFERENTIATION

Tarikh : 31 Mac 2015Hari : SelasaKelas : 3 OrchidTajuk : Mengenal pasti ciri litupan badan haiwan

Low Achievement1) Murid-murid sedang memilih perkataan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong yang diberikan.

Murid-murid dalam kumpulan low achievement terdiri daripada satu kumpulan sahaja. Mereka diberikan tugasan untuk mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Murid-murid di dalam kumpulan ini dapat menyiapkan tugasan paling awal. Justeru, saya telah meminta mereka untuk mewarna gambar yang ada sementara menunggu ahli kumpulan yang lain menyiapkan tugasan mereka.

Middle Achievement1) Murid-murid sedang menyenaraikan contoh-contoh haiwan yang mempunyai ciri litupan berbulu, berbulu pelepah, bersisik dan bercangkerang dalam peta bulatan. Aktiviti ini dilakukan secara individu.

High Achievement1) Murid-murid sedang mengelaskan haiwan-haiwan ke dalam kumpulan berbulu, berbulu pelepah, bercangkerang dan bersisik ke dalam peta pokok.

DIFFERENTIATION

Refleksi

Tarikh: 9 April 2015Kelas: 5 JasmineMasa: 8.30 am 9.30 amTajuk: DifferentiationLow achievementMenulis kata ganda yang sesuai berdasarkan gambar

Middle achievementMengelaskan kata ganda kepada dua kumpulan iaitu kata ganda berentak dan kata ganda bukan berentak

High achievementMembina ayat berdasarkan kata ganda

Hari ini saya telah dicerap secara formal oleh pihak LeapEd. Sewaktu pencerapan dilakukan saya telah menggunakan differentiation dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada fasa aktiviti utama. Sebelum ini, saya telah pun membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan tahap pencapaian yang terdiri daripada murid pandai, sederhana dan lemah. Aktiviti yang telah saya rancang ialah seperti berikut: (rujuk rph)

Setelah melalui beberapa kali percubaan dalam melakukan aktiviti differentiation saya dapat mengenal pasti cara dan kaedah yang sesuai dalam menguruskan kelas agar lebih sistematik dan teratur. Apa yang saya lakukan ialah sewaktu pemberian arahan kepada setiap kumpulan murid (low achievement, middle achievement dan high achievement) saya memberikan arahan kepada kumpulan high achievement dahulu. Manakala murid yang lain saya meminta mereka untuk membaca teks yang terdapat dalam buku teks secara senyap dan menggariskan kata ganda berentak yang mereka kenal pasti. Hal ini kerana, dengan cara ini saya dapat memastikan mereka berada dalam keadaan yang senyap sementara saya memberikan arahan kepada kumpulan mereka.Sewaktu pemberian arahan, saya memanggil kedua-dua kumpulan high achievement datang ke kumpulan hadapan. Hal ini memastikan saya dapat menjimatkan masa dalam mengulang arahan yang sama. Perkara yang sama juga saya lakukan untuk kumpulan middle achiement dan low achievement. Sewaktu pelaksanaan saya dapati pergerakan murid lebih sistematik dan teratur. Manakala sewaktu sesi penilaian pula, saya memanggil wakil setiap kumpulan datang ke hadapan. Sebagai contoh, saya memanggil seorang wakil dari kumpulan high achievement, seorang wakil dari middle achievement dan seorang wakil dari low achievement untuk membentangkan jawapan kumpulan mereka. Manakala kumpulan yang lain perlu menukarkan jawapan mereka dengan kumpulan yang lain. Dengan cara ini saya dapati semua murid dapat memberikan tumpuan kepada saya dan rakan-rakan mereka di samping dapat mengetahui kesalahan dan jawpan yang betul bagi setiap aktiviti. Berbanding dengan cara sebelum ini yang saya lakukan ialah dengan cara saya perlu menyemak hasil kerja dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain yang mana mengambil masa yang lama dan menyebabkan kelas saya menjadi sangat bising.Justeru, saya merasakan bahawa latihan yang kerap perlu dilakukan oleh saya agar saya dapat memperbaiki masalah yang saya dihadapi sewaktu menjalankan aktiviti differentiation.

DIFFERENTIATION

Tarrikh: 9 April 2015Hari: KhamisMasa: 8.30 am 9.30 amTajuk: Differentiation

1) Low AchievementMurid sedang menulis kata ganda yang sesuai berdasarkan gambar

Contoh hasil kerja murid bagi kumpulan low achievement2) Middle AchievementMurid sedang mengelaskan perkataan kepada kata ganda berentak dan kata ganda bukan berentak.

Contoh hasil kerja murid bagi kumpulan middle achievement

3) High AchievementMurid sedang membina ayat berdasarkan kata ganda berentak.

Contoh hasil kerja murid bagi kumpulan high achievementDIFFERENTIATION

Refleksi

Tarikh: 31 Mac 2015Kelas: 3 OrchidMasa: 8.00 am 9.00 amTajuk: DifferentiationHari ini saya dicerap oleh pasangan saya yang juga merupakan ketua panitia bagi mata pelajaran sains. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan differentiation dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran dunia sains dan teknologi untuk tahun tiga.Pertama sekali saya telah membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu high achievement, middle achievement dan low achievement. Saya telah merancang untuk menggunakan lembaran kerja dalam menjalankan differentiation kepada murid-murid. Lembaran kerja yang digunakan adalah seperti berikut :Low achievementMengisis tempat kosong dengan jawapan yang betul

Middle achievementMenyenraikan contoh-contoh haiwan mengikut ciri dalam peta bulatan

High achievementMengelaskan haiwan-haiwan ke dalam kelompok ciri litupan badan yang betul

Sewaktu sesi penerangan atau pemberian arahan, saya mengalami kesukaran dalam memastikan kawalan kelas yang baik kerana saya perlu memberikan arahan dari kumpulan satu sehinggalah kumpulan yang kelapan. Hal ini kerana aktiviti bagi setiap kumpulan adalah berbeza. Justeru arahan yang perlu dibeirkan juga adalah berbeza antara kumpulan. Sewaktu arahan diberikan, keadaan kelas agak bising dan murid bersembang sesame mereka. Selain itu, saya juga menjadi letih kerana perlu mengulang arahan kepada lapan kumpulan berbanding dengan sebelum ini dimana hanya satu arahan diberikan.Selain itu, saya juga menjadi agak kelam-kabut apabila satu kumpulan murid telah menyiapkan tugasan mereka manakala kumpulan-kumpulan yang lain masih belum menyiapkan tugasan mereka. Hal ini kerana kesukaran soalan bagi setiap kumpulan adalah berbeza. Apa yang saya lakukan ialah saya telah pergi kepada satu kumpulan tersebut dan menyemak jawapan mereka dari kumpulan ke kumpulan. Sewaktu sesi penilaian saya telah ditegur oleh pasangan saya supaya hasil kerja murid dibentangkan di hadapan kelas dengan cara memanggil wakil murid dari setiap wakil kumpulan untuk membentangkan jawapan mereka. Saya dapati dengan cara ini, murid-murid kelihatan lebih berdisiplin dan focus terhadap guru dan rakan-rakan mereka yang berada di hadapan kelas. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam menulis kriteria kejayaan. Hal ini kerana kriteria kejayaan bagi setiap kumpulan murid adalah berbeza-beza. Justeru, saya merasakan bahawa latihan yang berulang kali, pemberian arahan daripada guru serta pengurusan kelas yang sistematik amat penting dalam memastikan aktiviti differentiation dapat dilaksanakan dengan baik serta teratur mengikut masa yang dirancang.