refleksi

5
Refleksi Jackwarior Jackol 930904-12-5203 Selamat sejahtera kepada pembaca yang budiman, Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana kerja kursus PJM 3109 Bola Sepak dan Bola Jaring ini dapat dihasilkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya berpuas hati kerana kerja kursus ini dapat saya laksanakan mengikut perancangan yang telah saya buat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr Chin Ngien Siong atas bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada saya dan rakan sekelas yang lain tentang tugasan kerja kursus yang diberikan ini. Sekalung kasih saya rakamkan kepada keluarga yang tercinta atas doa dan dorongan yang sentiasa diberikan kepada saya. Walaupun jauh, tetapi doa dan restu keluarga sentiasa mengiringi perjalanan saya di sini. Buat rakan sekelas, saya rakamkan setinggi penghargaan kerana perkongsian yang dilakukan bersama saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan. Tidak ketinggalan buat orang perseorangan, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya untuk menyiapkan tugasan ini pada setiap masa. Terima kasih semuanya. Sepanjang pelaksanaan tugsan ini, saya mengalami beberapa kekangan yang menyebabkan kerja kursus ini tergendala pelaksanaannya. Namun, kekangan itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya percaya kerana kekangan itulah kerja

Upload: jack-warior

Post on 17-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Karya

TRANSCRIPT

Refleksi Jackwarior Jackol 930904-12-5203Selamat sejahtera kepada pembaca yang budiman, Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana kerja kursus PJM 3109 Bola Sepak dan Bola Jaring ini dapat dihasilkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya berpuas hati kerana kerja kursus ini dapat saya laksanakan mengikut perancangan yang telah saya buat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr Chin Ngien Siong atas bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada saya dan rakan sekelas yang lain tentang tugasan kerja kursus yang diberikan ini. Sekalung kasih saya rakamkan kepada keluarga yang tercinta atas doa dan dorongan yang sentiasa diberikan kepada saya. Walaupun jauh, tetapi doa dan restu keluarga sentiasa mengiringi perjalanan saya di sini. Buat rakan sekelas, saya rakamkan setinggi penghargaan kerana perkongsian yang dilakukan bersama saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan. Tidak ketinggalan buat orang perseorangan, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan saya untuk menyiapkan tugasan ini pada setiap masa. Terima kasih semuanya. Sepanjang pelaksanaan tugsan ini, saya mengalami beberapa kekangan yang menyebabkan kerja kursus ini tergendala pelaksanaannya. Namun, kekangan itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya percaya kerana kekangan itulah kerja kursus saya ini dapat saya hasilkan dengan syarat kita rajin bertanya tentang perkara yang kita tidak ketahui. Kekangan yang pertama saya alami ialah ketika saya memikirkan cara saya mendapatkan maklumat mengenai kerja kursus bola sepak dan bola jaring .Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai broadband jadi agak susah saya mahu mencari maklumat di laman sesawang.Line wi-fi di blok kediaman saya juga tidak berfungsi.Saya sedaya upaya mencari jalan untuk mencari maklumat. Jika saya tidak mengambil tindakan mencari maklumat mengenai kerja kursus pendek ini, sudah semestinya saya akan membuang masa yang ada. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat rujukan dalam buku-buku yang terdapat di perpustakaan kerana saya percaya dengan melakukan rujukan, saya akan dapat mencari maklumat yang saya perlukan dalam memastikan tugasan kerja kursus ini siap pada tempoh yang ditetapkan dan menepati soalan yang diberikan. Di perpustakaan, saya juga sempat mencari maklumat dalam laman sesawang menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Selain itu, saya juga bertanya kepada rakan sekelas saya yang lain. Dengan melakukan perkongsian bersama mereka, saya sedikit sebanyak mendapat gambaran cara untuk menganalisis perlakuan ansur maju dalam kemahiran bola jaring yang perlu saya masukkan dalam kerja kursus ini. Saya juga turut berkolaborasi bersama guru pelatih yang berlainan opsyen tentang pelaksanaan menganalisis ansur maju bola jaring. Semua perkongsian ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang ingin saya lakukan. Saya terhutang budi kepada semua pihak yang telah membantu saya.Selain itu, saya mempunyai kekangan dari segi pengurusan masa. Selain kerja kursus PJM 3109 ini, saya mempunyai tiga lagi kerja kursus yang perlu saya siapkan dalam tempoh yang tertentu. Jadi. Saya telah belajar untuk membahagikan masa saya untuk menyiapkan kesemua kerja kursus yang telah diberikan oleh setiap pensyarah pembimbing bagi setiap kursus. Tambahan pula, pemberian soalan tugasan yang agak lewat berbanding semester yang lepas telah menyebabkan saya agak kelam-kabut untuk melaksanakan semua kerja kursus ini. Namun, saya tidak menjadikan itu sebagai alasan saya tidak menyiapkan kerja kursus saya ini. Begitu juga dengan kerja kursus saya yang lain. Saya sedaya upaya untuk menyiapkannya dalam tempoh yang telah diberikan. Selain itu, dalam semester ini banyak program institut yang melibatkan guru pelatih di sini. Kadang-kala saya berasa penat setiap malam dan tidak berupaya untuk meneruskan kerja kursus yang telah saya rancang. Namun, saya tidak menjadikan itu alasan untuk kerja kursus ini tidak dilaksanakan. Saya telah mengambil inisiatif untuk menyiapkan kerja kursus saya pada sebelah petang jika saya tidak mempunyai kuliah. Selain itu, saya meluangkan masa siang hujung minggu saya untuk menyiapkan kerja kursus saya dan sebelah malamnya pula saya meluangkan masa untuk diri saya sendiri seperti berehat menenangkan fikiran selepas berusaha untuk menyiapkan kerja kursus saya. Walaupun banyak kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah, tetapi kerja kursus ini tidak sedikit pun mengganggu aktiviti yang saya suka atau mengganggu kegemaran saya terutama pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana, saya sentiasa ingat pesanan seorang guru kepada saya semasa saya masih menuntut di Tingkatan Lima, beliau berkata, Jangan biarkan hobi atau kegemaran anda terbantut oleh bebanan kerja yang anda hadapi. Teruskan melakukan perkara yang anda suka, yang penting anda harus bijak mengurus masa dengan baik. Pandai-pandailah membahagikan masa anda. Ayat ini yang banyak memontivasikan saya dalam aspek pengurusan masa. Saya tidak mahu hobi saya tergendala begitu sahaja gara-gara tuntutan kerja yang banyak. Tambahan, kerja sememangnya tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita. Itu merupakan dua kekangan yang utama yang saya alami. Selebihnya, saya dapat mengatasinya kerana itu adalah kekangan yang kecil sahaja. Saya telah berjanji kepada diri saya bahawa saya akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan penuh tanggungjawab. Melalui kerja kursus PJM 3109 Bola Sepak dan Bola Jaring , saya serba sedikit belajar ansur maju kemahiran tendangan leret dan hantaran bola jaring aras dada. Selain daripada itu, saya juga dapat mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna. Tidak ketinggalan, melalui tugasan sedemikian rupa saya dapat berkerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profession keguruan. Jadi, kerja kursus seperti ini harus dilaksanakan setiap semester kerana kerja kursus ini juga banyak membantu guru pelatih untuk menguruskan masa mereka dengan baik. Sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih.