refleksi

3
Refleksi OLEH : TENALAGI A/P M.MAHANDRAN OPSYEN : PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2014 SEJARAH Syukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya mampu menyempurnakan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Secara jujur, saya berpendapat tugasan kali ini merupakan tugasan yang mencabar di samping membuka minda saya untuk mengenali sejarah Kesultana Melayu Melaka secara lebih mendalam. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Bagi menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini saya perlu memahami sejarah pembentukan Melaka. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.Saya sebenarnya sudah mempelajari mengenai pembentukan Melaka sejak sekolah lagi dan juga pada semester ini. Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai sejarah Malaysia sangat penting kepada setiap rakayat Malaysia agar perasaan cinta akan negara dapat ditingkatkan lagi. saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan sejarah Malaysia dan kepentingan unsur tradisi dalam perlembagaan sesuatu negara. Memandangkan negara kita Malaysia adalah satu negara majmuk yang didiami oleh pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain, perpaduan menjadi satu wadah penting bagi pembinaan negara bangsa yang berdaulat. Sehubungan dengan itu, saya akui tugasan SJH 1044 ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Saya berharap ia dapat membantu saya untuk menjawab peperiksaan pada kali ini dengan lebih baik. Pada masa yang sama, saya telah sedar untuk mempraktikkan apa yang saya telah pelajari dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contohnya, dalam proses pembentukkan perlembagaan Malaysia kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara kita telah banyak berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan kepada negara kita. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat patriotik tinggi saya akan menjaga dan memelihara kemerdekaan yang kita perolehi ini. Selain itu, mereka juga berusaha untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Jadi, saya akan menjalankan tugas saya yang sepatutnya dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid saya kelak. Di samping itu, saya turut mempelajari kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara, masyarakat mahupun individu.

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 14-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

OLEH : TENALAGI A/P M.MAHANDRAN

OPSYEN : PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2014 SEJARAH

Syukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya mampu

menyempurnakan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Secara jujur, saya

berpendapat tugasan kali ini  merupakan tugasan yang mencabar di samping membuka

minda saya untuk mengenali sejarah Kesultana Melayu Melaka secara lebih mendalam.

Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Bagi menjawab

dan menjelaskan soalan tugasan ini saya perlu memahami sejarah pembentukan Melaka.

Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam

kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.Saya sebenarnya sudah

mempelajari mengenai pembentukan Melaka sejak sekolah lagi dan juga pada semester ini.

Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan

oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan

kefahaman saya selama ini.

Saya mulai sedar bahawa untuk memahami dan menguasai sejarah Malaysia

sangat penting kepada setiap rakayat Malaysia agar perasaan cinta akan negara dapat

ditingkatkan lagi.

saya dapat membina banyak kefahaman berkenaan sejarah Malaysia dan

kepentingan unsur tradisi dalam perlembagaan sesuatu negara. Memandangkan negara kita

Malaysia adalah satu negara majmuk yang didiami oleh pelbagai etnik seperti Melayu, Cina,

India dan lain-lain, perpaduan menjadi satu wadah penting bagi pembinaan negara bangsa

yang berdaulat. Sehubungan dengan itu, saya akui tugasan SJH 1044 ini banyak membantu

saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Saya berharap ia dapat membantu

saya untuk menjawab peperiksaan pada kali ini dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, saya telah sedar untuk mempraktikkan apa yang saya telah

pelajari dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contohnya, dalam proses pembentukkan

perlembagaan Malaysia kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara kita telah banyak

berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan kepada negara kita. Oleh itu, sebagai rakyat

Malaysia yang bersemangat patriotik tinggi saya akan menjaga dan memelihara

kemerdekaan yang kita perolehi ini. Selain itu, mereka juga berusaha untuk

menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Jadi, saya akan menjalankan

tugas saya yang sepatutnya dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-

Page 2: Refleksi

murid saya kelak. Di samping itu, saya turut mempelajari kepentingan perlembagaan kepada

sesebuah negara, masyarakat mahupun individu.

Saya mendapat banyak kesan positif melalui tugasan pada kali ini. Ia dapat

menjadikan saya lebih bersemangat patriotik dan melahirkan perasaan cinta akan negara

malah perasaan sanggup berkorban kepada negara sendiri. Saya akan menjadi

warganegara yang setia pada negara dan raja pada masa depan. Saya sedar bahawa apa

yang saya pelajari pada setiap semester di institusi pendidikan guru ini semuanya telah

dirancang dengan baik dan mantap oleh pihak pengurusan. Sedemikian itu, saya rasa apa

yang diajar disini di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan

keperluan bagi seseoarang bakal guru sejarah. Jadi saya tidak akan mengambil mudah

terhadap apa yang diajar dan dipelajari di sini selapas ini.

Saya akan memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas setiap hari. Malah saya juga akan membuat

banyak pembacaan dan membuat kajian mengenai sejarah Malaysia untuk menambahkan

pengetahuan saya untuk dijadikan pedoman pada masa kelak dan bukanya sekadar untuk

menjawab peperiksaan semata-matanya. Dengan pengetahuan yang luas, saya juga

dapatlah mengkongsi ilmu yang saya ada kepada anak murid saya pada masa depan. Saya

percaya bahawa saya turut dapat membentuk murid-murid yang cemerlang dan berbakti

kepada negara sendiri.

Selain itu, saya sedar akan kepentingan perpaduan kepada sesebuah negara yang

sedang maju di persada dunia ini seperti negara Malaysia. Hal ini kerana, keruntuhan

perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat menganggu kesejahteraan dan

kedamaian sesebuah negara. Negara akan menjadi huru-hara dan kucar-kacir. Oleh itu,

kesedaran tentang kepentingan perpaduan itu perlu dalam setiap diri masyarakat untuk

mencapai kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Semua rakyat Malysia perlu

mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Tamsilnya, berteraskan semangat

tolak ansur , semua kaum di Malaysia menikmati hak-hak yang adil dan saksama melalui

Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dan bukan Melayu iaitu orang Cina dan

orang India. Tanpa adanya kontrak sosial ini tidak terbentuklah Perlembagaan Malaysia

pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru yang juga merupakan agen perpaduan

dalam sistem pendidikan negara, saya perlu menyediakan diri saya dengan pelbagai

makulamat semasa mengenai isu perpaduan dalam kesedaran menerapkan nilai kekitaan

dan patriotisme  dalam kalangan murid. Saya juga perlu menyiapkan diri saya dengan

pelbagai nila-nilai moral agar dapat memupuk perpaduan kaum. Sebagai contohnya, saya

Page 3: Refleksi

perlu mengamalkan budaya hormat menghormati dan bertolak ansur dengan masyarakat

berbilang bangsa di Malaysia. Sekiranya perpaduan di negara ini telah tercapai pada pada

tahap yang tinggi, maka hala tuju untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bukan lagi

sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, kesukaran tugasan yang diberikan kali ini

berada di paras sederhana. Hal ini kerana, saya telah memperoleh bahan - bahan untuk

tugasan melalui pembacaan bahan ilimiah dan kajian-kajian terhadap sejarah pembentukan

Perlembagaan Malaysia dengan cepat dan senang. Jadi, bahan untuk tugasan tidaklah

menjadi masalah besar kepada saya. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat

menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan

menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang

telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah

kepada pengetahuan dan kemahiran saya.