refleksi

3
REFLEKSI Saya Divya Logandan telah menerima tugasan ini pada 27 January 2014 dan diberi tempoh empat minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara kumpulan dan indidividu. Pada peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran saya semasa kuliah. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini kerana memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kawan – kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan galakan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan EDU 3107 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang aspek pengurusan kelas yang mesra budaya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri daripada pelbagai masalah. Pelaksanaan Kerja Kursus ini semasa praktikum ketiga semester

Upload: elamathy-palanisami

Post on 13-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Saya Divya Logandan telah menerima tugasan ini pada 27 January 2014 dan diberi

tempoh empat minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara kumpulan dan

indidividu. Pada peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat

payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar

mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan dan sedikit

ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran saya semasa

kuliah. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini kerana

memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja

kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga

diucapkan kepada kawan – kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan galakan

bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan EDU 3107 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman

pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tak langsung telah

memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang aspek pengurusan kelas yang mesra

budaya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri

daripada pelbagai masalah. Pelaksanaan Kerja Kursus ini semasa praktikum ketiga semester

ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan di dalam kelas

pada masa akan datang.

Dalam tugasan ini saya perlu menulis sebuah laporan mengenai video yang

mengisahkan tentang pencapaian seorang guru yang dedikasi. Saya memilih filem Hindustan

iaitu taare Zameen Par yang mengisahkan masalah disleksia dalam diri pelajar berumur lapan

atau sembilan tahun yang bernama Ishaan. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Cikgu Ram

merupakan ciri-ciri keguruan yang perlu menjadi teladan kepada semua guru. Teknik-teknik

yang digunakan beliau juga amat menarik dan memberi kesan dalam tempoh masa yang

pendek. Beliau menunjukkan nilai di mana seorang guru perlu menunjukkan kasih sayang

kepada seorang murid dan guru perlu mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar.

Seterusnya, soalan tugasan memerlukan saya mengenal pasti seorang murid yang

bermasalah dan mengkaji tentangnya. Saya telah meminta bantuan guru bimbingan dan

Page 2: REFLEKSI

kaunseling iaitu Puan.Vanaja. Beliau telah memberi banyak pertolongan iaitu dalam memilih

murid yang bermasalah, cara melakukan sesi kaunseling dan sebagainya. Bagi mendapat

maklumat murid saya berinteraksi dengan guru kelas tahun 3 dan juga guru-guru mata

pelajaran. Pada saat ini, saya ingin berterima kasih dengan mereka yang menghulurkan

tangan bagi membantu saya. Murid yang saya memilih mempunyai masalah hiperaktif. Dia

merupakan seorang murid yang tidak memberi tumpuan dalam bilik darjah serta menggangu

pelajar lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dengan bantuan guru-guru juga saya memperolehi maklumat tentang latar

belakang murid yang saya dikenal pasti iaitu Shanmuganathan serta dapat mengetahui punca

masalah tersebut. Sebagai seorang guru pelatih tugasan ini dapat membekalkan saya cara

mengenal pasti masalah dan sikap yang perlu diamalkan oleh seorang guru dalam

mengendalikan murid yang bermasalah. Seterusnya saya merancang beberapa langkah dan

aktiviti bagi membantu Shanmuganathan supaya dia dapat menjadi pelajar normal dan

member komitmen dalam aktiviti dalam bilik darjah. Dengan ini, saya mendapat peluang

untuk mengkaji teori-teori kaunseling yang berguna. Saya juga dapat memahami lebih

banyak maklumat tentang orientasi khidmat bimbingan &kaunseling supaya menggunakan

pada pelajar-pelajar masa depan.

Melalui tugasan saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenai

bimbingan dan kaunseling. Selain itu, sebagai bakal guru saya juga dapat mempraktikan cara-

cara bimbingan bagi meningkatkan prestasi seorang murid. Saya ingin berterima kasih

kepada pensyarah saya yang memberi peluang kepada saya untuk melalui pengalaman yang

sangat menarik ini. Akhir kata, saya ingin meminta maaf  ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima

kasih kepada mereka dan pensyarah kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya

untuk menghabiskan kerja kursus ini.