refleksi
DESCRIPTION
hokiTRANSCRIPT
REFLEKSI
Pertama sekali, kami ingin mengucapakan syukur dan terima kasih
kepada Tuhan atas pertolongaNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan kepada kami sebelum tarikh penyerahan tugas. Untuk tugasan
kami ini, kami telah memilih sukan hoki.
Dalam usaha penyiapan tugasan yang telah diberikan, kami telah
membahagikan tugasan dalam kalangan kami untuk melancarkan lagi penyiapan
tugasan ini. Untuk itu, Nur Maechea telah ditugaskan untuk buat perancangan
kerja. Perancangan kerja itu adalah sangat penting kerana ini akan membantu
kami untuk melakukan kerja kami di atas landasan yang betul. Perancangan
kerja juga telah memudahkan kerja kami. Dia turut ditugaskan untuk menyusun
segala maklumat yang telah kami perolehi ke dalam satu folder. Kemudian
Micheal Tang Swee Kong dan Marcellius Sikau telah diberikan tugas untuk
membuat senarai semak serta carta alir bagi pelaksanaan projek bagi tugasan
kami ini. Senarai semak serta carta alir ini juga penting dalam proses penyiapan
tugasan kami kerana senarai semak ini berperanan untuk memastikan langkah
pelaksanaan projek yang telah dipilih ditunjukkan secara jelas dan terperinci.
Norzilah Jestar pula telah membuat mencari maklumat berkenaan sistem dan
format pertandingan untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Tiong Mee Yiong
pula memcari maklumat langkah-langkah keselamatan sekaligus membuat
refleksi keseluruhan bagi tugasan yang diberikan ini.
Sukan yang kami pilih ialah hoki. Kami akui bahawa kami telah
menghadapi beberapa cabaran antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang
cetek tentang hoki meskipun hoki merupakan sukan kami untuk GERKO ketika
program persediaan dahulu. Oleh itu, kami mengambil masa untuk membuat
kajian tentang hoki seperti peraturan-peraturan, bahan yang digunakan untuk
hoki, sejarah hoki, alatan hoki dan lain-lain lagi. Namun begitu, kami amat
bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang bertanggungjawab dan tidak
berputus asa untuk mencari maklumat mengenai hoki. Namun pelbagai ikhtiar
turut dilakukan untuk melengkapkan tugasan ini. Kami turut meminta pertolongan
serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan pelatih yang lain yang mempunyai
pengalaman dalam pelaksanaan pertandingan hoki ini.
Dalam tempoh penyiapan kerja kursus ini, pelabagai pengetahuan baru
telah kami perolehi. Antara pengetahuan yang kami perolehi ialah kerjasama
serta dedikasi ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang
ditetapkan. Kami membahagikan tugas secara adil dan saksama agar tidak berat
sebelah dan membebankan mana-mana pihak. Selain itu, kami juga mempelajari
ilmu pengetahuan baru tentang sukan hoki. Sebelum ini, kami langsung hanya
bermain hoki tanpa ingin mengetahui secara mendalam. Tetapi melalui tugasan
tersebut, kami telah mendapat ilmu tentang peraturan-peraturan hoki,
bagaimanakah permainan sukan hoki dijalankan dan cara-cara untuk
menentukan pemenang dalam hoki (sistem pengadilan).
Sepanjang melakukan tugasan ini telah memberi peluang kepada kami
untuk belajar membuat kertas kerja untuk pertandingan kerana rata-rata ahli
kumpulan kami belum ada sebarang pengalaman dalam membuat kertas kerja.
Oleh itu, ilmu yang diperolehi ini dapat digunakan untuk masa akan datang,
mana tahu sekiranya kita disuruh untuk membuat kertas kerja menngenai hoki
atau mana-mana sukan serta permainan di sekolah kelak, tidaklah juga kita akan
gelabah dan takut ketika diberikan arahan itu.