refleksi

8
Refleksi Kekuatan Melalui beberapa dasar yang telah dilaksanakan, rakyat Malaysia merasa mereka mempunyai negara yang tunggal iaitu Malaysia, budaya yang dikongsi bersama iaitu kebudayaan kebangsaan dan perlambangan yang serupa iaitu lagu kebangsaan, bendera Malaysia, bahasa kebangsaan, falsafah negara iaitu Rukun Negara dan sebagainya. Melalui Rukun Negara, masyarakat Malaysia berkongsi bersama sebuah sistem nilai yang menembusi batasan perkauman, budaya dan sosiekonomi supaya dapat merapatkan jurang di antara kaum. Rukun Negara ialah pegangan dan panduan yang membentuk cara hidup rakyat ke arah bangsa Malaysia yang lebih cemerlang. Keutuhan perpaduan di negara dapat diukur dengan ketiadaan rusuhan di masa kini seperti yang pernah berlaku semasa tragedi 13 Mei, 1969 dahulu. Manakala Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah satu plan yang dirancang serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya dapat bekerjasama dalam usaha membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintergriti, bermoral dan beretika. Plan ini juga menggalakkan semangat tanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke 21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Upload: kaiyi-chung

Post on 11-Dec-2015

168 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Kekuatan

Melalui beberapa dasar yang telah dilaksanakan, rakyat Malaysia merasa

mereka mempunyai negara yang tunggal iaitu Malaysia, budaya yang dikongsi

bersama iaitu kebudayaan kebangsaan dan perlambangan yang serupa iaitu

lagu kebangsaan, bendera Malaysia, bahasa kebangsaan, falsafah negara iaitu

Rukun Negara dan sebagainya. Melalui Rukun Negara, masyarakat Malaysia

berkongsi bersama sebuah sistem nilai yang menembusi batasan perkauman,

budaya dan sosiekonomi supaya dapat merapatkan jurang di antara kaum.

Rukun Negara ialah pegangan dan panduan yang membentuk cara hidup rakyat

ke arah bangsa Malaysia yang lebih cemerlang. Keutuhan perpaduan di negara

dapat diukur dengan ketiadaan rusuhan di masa kini seperti yang pernah berlaku

semasa tragedi 13 Mei, 1969 dahulu.

Manakala Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah satu plan yang dirancang

serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia memberikan hala tuju dan bimbingan

pelbagai sektor supaya dapat bekerjasama dalam usaha membina masyarakat

yang bersatu padu, berharmoni, berintergriti, bermoral dan beretika. Plan ini juga

menggalakkan semangat tanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta

meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke 21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Selain itu, kerajaan usaha memupuk perpaduan kaum terutamanya dalam

kalangan golongan remaja. Kerajaan membentuk Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN).PLKN menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan

kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang

dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara

peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai

semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta

mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.

Page 2: Refleksi

Di samping itu, Wawasan 2020 ialah satu pemikiran dan rangka kerja

mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ini

bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu

Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut

kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-

citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi

pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan

satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan

boleh dicontohi oleh negara-negara lain. 

Akhirnya, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak

dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang

sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat

yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara”.

Kelemahan

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang

berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya

dan sistem nilai yang berbeza. Etnik kurang mengenali dan memahami masing-

masing dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini

menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara

pelbagai kaum.

Page 3: Refleksi

Oleh itu, dengan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Wawasan

2020, diharap dapat membantu memupuk dan memelihara kesejahteraan dan

perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Namun demikian, sejauh

mana kejayaan dan keberkesanan projek yang dijalankan adalah sesuatu yang

sukar diukur kerana faktor-faktor lain seperti taraf pendidikan, latar belakang

kehidupan, mentaliti dan faktor lain turut memainkan peranan yang penting

dalam mewujudkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan sesuatu negara

dan bangsa.

Di samping itu, pendidikan di Malaysia terdapat tiga aliran bahasa ibunda

iaitu melalui Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah

Tamil. Setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang

menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga

tidak sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan

pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan

sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang

berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan

satu negara.

Selain itu, kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan

bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan

dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya

memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti

politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif

seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan

lagi masalah perpaduan.

Kelemahan yang terakhir wujud dalam masyarakat Malaysia ialah

sebahagian rakyat Malaysia kurang semangat patriotisme terutamanya remaja.

Remaja zaman kini kurang bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan dan

tidak berminat dengan program-program patriotisme yang dirancangkan oleh

kerajaan.

Page 4: Refleksi

Penambahbaikan

Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan

diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini merupakan

satu keunikan yang tidak sewajarnya dicerobohi. Semua pihak harus berusaha

ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia perlu difahami oleh semua lapisan

masyarakat demi mewujudkan keharmonian hubungan antara etnik.

Keharmonian ini akan lebih mantap lagi sekiranya setiap golongan etnik bersikap

menghormati hak-hak yang menjadi jati diri etnik lain.

Selain itu, walaupun Malaysia sebagai negara yang majmuk tetapi masih

banyak usaha yang boleh dilakukan untuk menyubur integrasi antara kaum,

lantaran masih banyak cabaran yang akan dihadapi dalam usaha menangani

persoalan tentang hubungan etnik. Sehingga kini isu hubungan kaum masih lagi

merupakan isu sensitif yang boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmonis

sekiranya tidak ditangani secara bijiaksana. Justeru itu diharapkan agar semua

pihak perlu memainkan peranan dalam ruang lingkup bidang kuasa masing-

masing bagi menjalin dan memupuk integrasi kaum.

Dengan pengalaman pengurusan masyarakat pelbagai etnik di alam

Melayu sepatutnya dijadikan kerangka untuk menganalisa dan model untuk

membangun masyarakat yang stabil, makmur, adil dan harmoni. Kita perlu

menolak kefahaman ras yang dibawa oleh penjajah Inggeris yang membawa

konsep ras yang tertutup dengan sikap etnosentrisme mereka kerana kaedah itu

telah menanam bibit perpecahan di kalangan rakyat pelbagai budaya di negara

dan rantau ini.

Perjalanan untuk membentuk masyarakat pelbagai budaya ini akan

sentiasa diselangi dengan keharmonian kestabilan dan ketegangan-konflik. Jika

kita kembali kepada amalan sejarah di rantau ini yang mengamalkan konsep

etnik payung dan etnik berdasar batas, sudah tentu ruang untuk menang-

menang dalam politik, ekonomi dan kehidupan masyarakat kepelbagaian budaya

boleh dicapai jika acuan perkongsian kuasa, pertumbuhan ekonomi dengan

Page 5: Refleksi

pengagihan dan mengurus dimensi etnik serta agama berteraskan

kesederhanan dijadikan amalan tadbir urus negara yang baik dan adil. Kesan

daripada pendekatan tadbir urus negara seperti ini pasti akan dapat

mengurangkan perasaan risiko kerana perbezaan etnik, budaya, bahasa, dan

agama dalam masyarakat pelbagai budaya ini hingga terbina perpaduan negara

dan integrasi nasional.

Melalui pendidikan juga dapat meningkatkan perpaduan di antara

pelbagai kaum. Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena

memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara dengan aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan seperti ceramah kemerdekaan,

tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen,

kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,

penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara serta

sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan

yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina

keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang

merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan

kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Penemuan Baru

Melalui kerja tugasan ini, kami telah menyedari bahawa negara yang

mempunyai pelbagai kaum perlu mengatasi masalah-masalah yang wujud dari

segi adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.

Kejayaan perpaduan rakyat yang dilihat pada masa dahulu tidak senang

dimupuk.

Melalui kajian dalam tugasan ini juga, kami mendapati kerajaan telah

menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah perselisihan serta

mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum berusaha membina sebuah

masyarakat yang aman dan harmoni.

Page 6: Refleksi

Seterusnya, sejarah bagi sesebuah negara amat penting sebagai

petunjuk, pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memaju

negara ke arah yang lebih gemilang. Oleh itu, perpaduan antara kaum akan

dapat dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam kalangan

generasi muda. Pandangan atau pendapat daripada para sarjana dan ilmuwan

dapat dijadikan panduan dalam menguruskan soal perpaduan kaum di negara

ini.

Dalam masyarakat Melayu lama, kesan perpaduan di dalam antara kaum

rapuh. Setelah lebih 1/2 abad merdeka, warga Malaysia sudah cukup matang

menjadi tanggungjawab untuk memelihara semangat toleransi pesefahaman dan

sikap bertolak ansur.

Akhirnya, interaksi dan toleransi hubungan etnik ini merupakan peluang

kepada rakyat Malaysia untuk bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional dan

luar negara. Struktur hidup dan kepelbagaian budaya serta etnik masyarakat

Malaysia memberi kelebihan dalam sumber manusia kerana lebih mudah

menyesuaikan diri dengan budaya dan suasana pelbagai etnik di luar negara di

samping memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Masalah bahasa bukannya

halangan.