refleksi

4
REFLEKSI : Saya dapat menyempurnakan tugasan projek Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan bersama-sama ahli kumpulan saya dengan jayanya. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan saya yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik dan membuatkan segala tugasan yang pada mulanya nampak sukar menjadi mudah. Sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, banyak ilmu telah saya peroleh antara cara menjaga hamster dengan betul dan baik serta cara menyusun atur akuarium dengan cantik, betul dan menarik. Selain itu, saya juga dapat mengetahui jenis-jenis penyakit yang mudah menjangkiti haiwan kesayangan khususnya hamster. Hal ini kerana, terdapat hamster yang dipelihara menghidap penyakit seperti cirit-birit. selsema dan sebagainya. Saya juga dapat mempelajari cara-cara memandikan hamster dengan betul, iaitu dengan menggunakan air suam, Detol,dan pengering rambut. Tambahan pula, saya juga dapat menambahkan ilmu saya tentang jenis-jenis hamster dan cara- cara memeliharanya. Saya dapat mengetahui hamster jenis winter white merupakan jenis hamster yang paling mudah dipelihara berbanding hamster jenis lain. Bagi proses memelihara ikan hiasan pula, saya dapat mengetahui bahawa terdapat ikan yang makan atas, makan tengah dan makan bawah dan ia dikenali akuarium komuniti. Perkara ini

Upload: sathi

Post on 07-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi ikan hiasan

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

REFLEKSI :

Saya dapat menyempurnakan tugasan projek Teknologi Pemeliharaan

Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan bersama-sama ahli kumpulan saya dengan

jayanya. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan saya yang

telah memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kerjasama

yang diberikan oleh mereka sangat baik dan membuatkan segala tugasan yang

pada mulanya nampak sukar menjadi mudah.

Sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, banyak ilmu telah saya peroleh

antara cara menjaga hamster dengan betul dan baik serta cara menyusun atur

akuarium dengan cantik, betul dan menarik. Selain itu, saya juga dapat mengetahui

jenis-jenis penyakit yang mudah menjangkiti haiwan kesayangan khususnya

hamster. Hal ini kerana, terdapat hamster yang dipelihara menghidap penyakit

seperti cirit-birit. selsema dan sebagainya. Saya juga dapat mempelajari cara-cara

memandikan hamster dengan betul, iaitu dengan menggunakan air suam, Detol,dan

pengering rambut. Tambahan pula, saya juga dapat menambahkan ilmu saya

tentang jenis-jenis hamster dan cara-cara memeliharanya. Saya dapat mengetahui

hamster jenis winter white merupakan jenis hamster yang paling mudah dipelihara

berbanding hamster jenis lain.

Bagi proses memelihara ikan hiasan pula, saya dapat mengetahui bahawa

terdapat ikan yang makan atas, makan tengah dan makan bawah dan ia dikenali

akuarium komuniti. Perkara ini dapat dilihat dengan memerhatikan posisi mereka

berada dalam akuarium. Selain itu, terdapat ikan hiasan yang beranak dan

bukannya bertelur seperti ikan molly. Keadaan air yang berasid atau beralkali juga

tidak sesuai dengan ikan dan akan menyebabkan ikan mati. Bagi memelihara ikan

pelaga pula, ikan pelaga tidak boleh dicampurkan antara jantan dan betina. Namun

begitu, untuk membuat proses mengawan bagi ikan laga terdapat beberapa langkah

yang perlu dibuat. Langkah pertama adalah meletakkan ikan pelaga dalam dua

bekas berasingan tetapi bersebelahan. Apabila ikan induk jantan telah membuat

sarang buih, itu menunjukkan bahawa ikan tersebut sudah mula menunjukkan tanda

untuk mengawan. Kedua-dua ikan boleh dimasukkan dalam satu bekas yang sama.

Page 2: refleksi

Sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, saya merasakan bahawa

kekuatan yang saya miliki adalah ahli kumpulan yang rajin dan bersungguh-sungguh

dalam melaksanakan tugasan. Tambahan pula, ilmu yang diperoleh tepat dan

sangat berguna. Di samping itu juga, minat untuk menjaga haiwan kesayangan dan

ikan hiasan yang telah memotivasikan diri untuk melaksanakan tugasan projek ini.

Ilmu yang diperoleh serta kemahiran yang diajar amat membantu kerana telah

membuatkan proses penjagaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan menjadi lebih

mudah dan menyeronokkan. Oleh itu, proses penjagaan haiwan kesayangan dan

ikan hiasan dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.

Manakala bagi kelemahan yang saya rasa saya miliki sepanjang

melaksanakan tugasan projek ini adalah kekurangan ilmu tentang haiwan

kesayangan dan ikan hiasan. Kekurangan pengetahuan tentang perkara ini

membuatkan kami mengalami sedikit masalah terutama dalam memelihara ikan

hiasan. Natijahnya, banyak ikan kami yang mati disebabkan terdapat ikan yang jenis

karnivor yang memakan ikan lain yang lebih kecil darinya. Setelah mengetahui

tentang jenis ikan yang makan ikan lain, kami telah menukarkan ikan tersebut

dengan ikan yang lain.

Antara masalah yang saya hadapi adalah dalam penjagaan ikan hiasan

terutamanya. Hal ini kerana, air akuarium kami sering kali tidak berada dalam

keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan, iaitu terlalu berasid. Disebabkan itu, kami

terpaksa menukarkan air beberapa kali. Proses ini memerlukan kesabaran yang

tinggi kerana selain menukar air, kami juga terpaksa mengeluarkan kesemua

aksesori yang terdapat dalam akuarium untuk direndam dalam air bercampur garam.

Tambahan pula, kami juga perlu mengasingkan batu-batu kami mengikut saiz dan

warna. Kerja ini sangat leceh kerana kami perlu mengasingkan satu-satu batu

tersebut. Namun begitu, berkat kesabaran dan kerjasama yang terbaik dari ahli

kumpulan saya, kami berjaya mengasingkan batu-batu tersebut. Bagi penjagaan

hamster, kami tidak mempunyai masalah yang terlalu ketara kerana hamster kami

berada dalam keadaan yang baik sepanjang berada di bawah penjagaan kami.

Tugasan projek ini dilihat memerlukan kerjasama dan kerajinan yang lebih

tetapi dalam masa yang sama sangat menyeronokkan kerana boleh memegang dan

Page 3: refleksi

memelihara hamster dan ikan hiasan. Ilmu yang diperoleh sangat berguna dan boleh

digunakan ketika di sekolah kelak malah boleh digunakan dalam kehidupan

seharian. Akhir kata, saya berharap agar tugasan projek yang telah kumpulan saya

sempurnakan memenuhi kriteria pemarkahan serta penilaian yang dibuat.