refleksi

3
REFLEKSI Setelah membaca kedua-dua artikel ini,saya mendapati bahawa, kedua-dua jurnal adalah berkaitan dengan penggunaan ICT khasnya di prasekolah. Objektif kajian kedua-dua artikel ini adalah sama tetapi berbeza dari segi metodologi kajiannya. Kedua-dua artikel ini juga jelas menunjukkan tahap kesediaan guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui artikel ini, apa yang saya dapat rumuskan adalah, peranan utama kita sebagai seorang guru iaitu mendidik pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa, kaedah pengajaran tradisional yang menggunakan papan tulis dan kapur itu sememangnya berkesan. Tetapi, kita juga haruslah mendidik sejajar dengan perkembangan zaman yang kian mencabar ini. Menurut Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi. Pendidikan hari ini tidak lagi hanya menggunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada

Upload: cik-sarimah

Post on 17-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSISetelah membaca kedua-dua artikel ini,saya mendapati bahawa, kedua-dua jurnal adalah berkaitan dengan penggunaan ICT khasnya di prasekolah. Objektif kajian kedua-dua artikel ini adalah sama tetapi berbeza dari segi metodologi kajiannya. Kedua-dua artikel ini juga jelas menunjukkan tahap kesediaan guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui artikel ini, apa yang saya dapat rumuskan adalah, peranan utama kita sebagai seorang guru iaitu mendidik pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa, kaedah pengajaran tradisional yang menggunakan papan tulis dan kapur itu sememangnya berkesan. Tetapi, kita juga haruslah mendidik sejajar dengan perkembangan zaman yang kian mencabar ini.Menurut Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya menggunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembangunan Minda Insan kelas pertama sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidkan dan kurikulum sekolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.

Selain daripada itu, berdasarkan artikel ini, guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Bidang yang kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan.