refleksi

5
REFLEKSI ‘IZZAT SYAHIR B. MOHD RAMLI Ketika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali apa itu pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melaui tugasan ini, saya mula memperlajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa kebanyakan murid belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain. Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang sata hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana buku yang dibekalkan di perpustakaan IPGM Kampus Kota Bharu tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti di internet. Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan wajib kami sebagai seorang pelajar.

Upload: zul-alok

Post on 11-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

REFLEKSI

IZZAT SYAHIR B. MOHD RAMLIKetika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali apa itu pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melaui tugasan ini, saya mula memperlajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa kebanyakan murid belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain.Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang sata hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana buku yang dibekalkan di perpustakaan IPGM Kampus Kota Bharu tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti di internet.

Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan wajib kami sebagai seorang pelajar. Saya juga perlu menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan bayak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

MOHD AFIZI BIN MD ALI

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil (invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.

Sekian, terima kasih.

MOHD SYAZWAN BIN MANSOR MUTULILI

Saya telah menerima satu tugasan lagi yang berkaitan dengan subjek Permainan Kanak-kanak daripada pensyarah saya, iaitu Encik Yazid bin Deraman.

Tugasan ini memerlukan saya membuat kertas kerja berkaitan dengan permainan kanak-kanak. Kumpulan saya dikehendaki membuat untuk ketegori jaring/dinding. Tanggapan pertama saya apabila saya mendapat tugasan ini ialah tugasan ini sangat sukar. Setelah saya meneliti dan menyelidik soalan tugasan yang diberikan, barulah satu faham segala kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetapi ianya agak mencabar. Ini kerana saya dikehendaki mencipta satu permainan kanak-kanak untuk ketegori jaring/dinding dan perlu pengelola permainan tersebut dari awal hingga akhir. Permainan ini perlu dipersembahkan kepada pensyarah dan segalanya akan dinilai oleh pensyarah.

Tugasan perancangan permainan kanak-kanak yang berdasarkan model Bhunker & Thorpe ini telah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Ini kerana permainan ini telah banyak memberi saya pegetahuan mengenai sesuatu permainan. Permainan kategori jaring/ dinding yang telah saya dan rakan hasilkan, hasil daripada rujukan model tersebut banyak membantu dalam menjana idea baru terhadp permainan kanak-kanak. Selain itu, banyak perkara baru yang dapat dipelajari bermula dari penghasilan serta refleksi keseluruhan.

Melalui tugasan ini, kerjasama antara antara ahli kumpulan dapat diterapkan serta mengeratkan tali silatulrahim yang telah lama terjalin antara kumpulan di samping perhubungan di antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.Di kesempatan ini saya dari ahli jawatankuasa pertandingan permainan kanak-kanak kategori jaring dan dinding dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pensyarah yang terlibat serta tetamu jemputan, semua ahli jawatankuasa pertandingan, peserta-pserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini samaada secar langsung atau tidak langsung.

Di harap dengan tugasan dan pertandingan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua ahli yang terlibat dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berjaya kelak.