refleksi

4
[Type the document title]KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113) REFLEKSI KENDIRI Sesungguhnya, tugasan WAJ 3106 pada semester kali ini merupakan satu tugasan yang benar-benar menyumbang kepada ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Pertama sekali, ingin saya nyatakan bahawa sebermulanya menerima tugasan ini, saya merasakan bahawa saya bakal memikul satu tanggungjawab yang berat dan penting dalam tugasan ini. Memimpin sebuah persatuan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi bukanlah satu tugasan yang mudah, malah amanah yang diberi ini akan menilai secara holistik berkaitan dengan sifat kepimpinan saya dalam memimpin persatuan tersebut secara khususnya. 1 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013 OLEH : MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT NO. K/P : 910104-07-5545 PROGRAM : PISMP SEM 6 MT (PEND. RENDAH) JANUARI 2011

Upload: wawan-popit

Post on 23-Oct-2015

192 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi gerko persatuan

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)

REFLEKSI KENDIRI

Sesungguhnya, tugasan WAJ 3106 pada semester kali ini merupakan satu tugasan yang benar-

benar menyumbang kepada ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Pertama sekali,

ingin saya nyatakan bahawa sebermulanya menerima tugasan ini, saya merasakan bahawa

saya bakal memikul satu tanggungjawab yang berat dan penting dalam tugasan ini. Memimpin

sebuah persatuan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi bukanlah satu tugasan yang

mudah, malah amanah yang diberi ini akan menilai secara holistik berkaitan dengan sifat

kepimpinan saya dalam memimpin persatuan tersebut secara khususnya.

Sebagai seorang pengerusi yang memimpin persatuan, saya dapat merasakan setiap kali

ketika berdepan dengan ahli-ahli yang lain, saya perlu sentiasa yakin dan berani dalam

memberikan sesuatu arahan. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan gaya

1 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013

OLEH : MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT

NO. K/P : 910104-07-5545

PROGRAM : PISMP SEM 6 MT (PEND. RENDAH) JANUARI 2011

Page 2: refleksi

KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)

komunikasi dan penyampaian saya terhadap ahli-ahli persatuan yang lain agar segala arahan

yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam sesebuah persatuan mahupun

sesebuah organisasi, sekiranya pengerusi tidak memainkan peranan dengan baik maka hala

tuju dan perjalanan aktiviti persatuan dan organisasi tersebut menjadi kelam kabut dan sentiasa

dalam tidak tersusun. Justeru, sepanjang saya menjawat jawatan sebagai Pengerusi persatuan,

saya sentiasa dalam keadaan yang yakin dan tenang bagi memastikan segala perancangan

yang telah dirancang dapat terlaksana hasil daripada arahan yang diberikan oleh saya selaku

pengerusi.

Menyentuh mengenai projek pameran yang telah berlangsung, sepanjang berlangsung

pameran tersebut, saya tidak menghadapi sebarang masalah yang kritikal mahupun terlalu

membebankan. Apa yang ingin saya tekankan di sini, sikap toleransi dan kerjasama yang

begitu tinggi telah mendatangkan hasil perjalanan projek yang tersusun dan begitu sistematik.

Pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” telah menjadi prinsip persatuan sekaligus

mendorong setiap ahli untuk membantu satu sama lain dalam melaksanakan projek dan

tugasan yang diberikan. Dari sudut peribadi saya, pengalaman menguruskan projek pameran

ini merupakan satu pengalaman dan ilmu yang cukup bermanfaat buat diri saya. Mana

tidaknya, apabila ditempatkan di sekolah kelak, tidak mustahil saya sendiri akan dilantik untuk

2 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013

Page 3: refleksi

KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)

menjawat beberapa jawatan penting yang memerlukan pengalaman dan ilmu yang tertentu bagi

menjawat jawatan tersebut.

Justeru, segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada penganjuran projek pameran ini,

akan saya sematkan di dalam jiwa dan hati, sebagai bekalan yang tiada nilainya pada masa

yang mendatang. Tidak lupa untuk saya ucapakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan

bersyukur kerana dipertemukan dengan pensyarah penasihat persatuan saya, En. Md.Nasir Bin

Hamid , kerana tidak jemu berkongsi maklumat dan pengalaman beliau. Segala apa yang

disampaikan oleh beliau merupakan perkara yang cukup penting, dalam menyediakan diri

sebagai seorang pendidik kelak.

Kesimpulannya, tugasan projek pameran pada semester kali ini benar-benar mendidik saya

untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dalam aspek pengurusan dan kepimpinan

terutamanya. Tidak semua insan yang terpilih untuk merasai dan menimba ilmu serta

pengalaman seperti apa yang saya perolehi menerusi pelaksanaan projek pameran ini.

inshaAllah, segala apa yang diperolehi diharapkan mampu untuk memberi seribu manfaat dan

kebaikan kepada kehidupan saya mahupun masyarakat, agama, bangsa dan negara.

3 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013