refleksi

2
REFLEKSI Alhamdulillah bersyukursaya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan ini merupakan tugasan BMM3! yang berkaitan dengan Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat tugasan yang telah diberikan "leh En#ik Ishak bin Ayub saya men#ari maklumat dari internet dan buku$buku n"ta dari pensyarah ataupun dari buku teks untuk men#ari serba sedikit in%" u tugasan saya. Kami dikehendaki menyediakan n"ta hasil ru&ukan kami dari dapatan maklumat pelbagai sumber ru&ukan seperti buku$buku ru&ukan dan internet. Maklumat yang disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur ayat dan &enis ayat. Kami telah membahagikan tugas untuk men#ari maklumat berkenaan dengan ta&uk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada n"ta$n"ta kuliah y telah disediakan "leh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk menyediakan tugasan ini 'alaupun kami menghadapi banyak kesulitan sepan&ang penyediaan ker&a kursus. Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di antara kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan &enis ayat. Kami telah membuat banyak ru&ukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat$maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak ru&ukan( masih banyak kekurangan dalam penyediaan ker&a kursus dan memerlukan kami untuk membaiki dan mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan. )leh itu( kami perlu lebih memahami setiap apa yang dia&ar "leh para pensyara terutamanya berkaitan dengan struktur *binaan+ dan &uga &enis ayat. Kami &uga perlu memahami &enis$&enis %rasa agar dapat membe,akan antara satu &enis %rasa dengan %rasa yang lain. Kami perlu meru&uk kepada para pensyarah untuk mempela&ari tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam. Kami menggunakan Kamus Tatabahasa -e'an( Kamus ela&ar dan sumber ru&ukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. /ika mengalami kesulitan( kam

Upload: eisya-aishah

Post on 04-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

reflek

TRANSCRIPT

REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan ini merupakan tugasan BMM3110 yang berkaitan dengan

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat tugasan yang telah diberikan oleh Encik Ishak bin Ayub saya mencari maklumat dari internet dan buku-buku nota dari pensyarah ataupun dari buku teks untuk mencari serba sedikit info untuk tugasan saya.

Kami dikehendaki menyediakan nota hasil rujukan kami dari dapatan maklumat pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan internet. Maklumat yang disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur ayat dan jenis ayat.

Kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat berkenaan dengan tajuk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada nota-nota kuliah yang telah disediakan oleh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk menyediakan tugasan ini walaupun kami menghadapi banyak kesulitan sepanjang penyediaan kerja kursus.

Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di antara kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan jenis ayat.

Kami telah membuat banyak rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak rujukan, masih banyak kekurangan dalam penyediaan kerja kursus dan memerlukan kami untuk membaiki dan mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan.

Oleh itu, kami perlu lebih memahami setiap apa yang diajar oleh para pensyarah terutamanya berkaitan dengan struktur (binaan) dan juga jenis ayat. Kami juga perlu memahami jenis-jenis frasa agar dapat membezakan antara satu jenis frasa dengan frasa yang lain. Kami perlu merujuk kepada para pensyarah untuk mempelajari tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Kami menggunakan Kamus Tatabahasa Dewan, Kamus Pelajar dan sumber rujukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Jika mengalami kesulitan, kami mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi menyelesaikannya.

Tugasan ini dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami dalam bidang Bahasa Melayu disamping dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran kepada kami. Tugasan ini juga dapat membentuk sikap dan semangat kerjasama antara rakan- rakan dan ahli kumpulan.

Semasa membuat kajian ini, kami juga turut menghadapi sedikit kekangan di mana kami tidak dapat mengenal pasti jenis-jenis frasa dengan tepat. Kami juga turut mengalami percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kerana masing-masing ingin mempertahankan pendapat sendiri. Namun, atas bantuan dari para pensyarah dan rakan-rakan, segala kekusutan itu akhirnya dapat dileraikan.

Untuk tugasan Power Point saya mencari maklumat dari internet. Saya juga memperolehi Power Point dari dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Walaupun istilahnya hampir sama tetapi tidak sesuai untuk dijadikan contoh kerana terdapat perbezaan dari segi makna perkataan

Akhirnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ishak bin Ayub iaitu pensyarah pembimbing kami kerana telah banyak membantu. Kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga kepada rakan-rakan, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa anda semua amat kami hargai. Saya amat berharap agar hasil tugasan kami ini akan diterima dengan baik oleh pensyarah penilai. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penyediaan tugasan ini.