refleksi

3
REFLEKSI Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah menganugerahi kudrat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh akhir. Tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara langsung dan berkesan. Saya dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaplikasian ilmu yang telah saya perolehi dalam topik-topik tertentu yang telah saya pelajari. Lantaran adalah amat berguna untuk saya sebagai seorang guru yang berjaya di masa hadapan. Sebagai seorang pelajar, saya sememangnya tidak pernah lari daripada berhadapan dengan masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisyen. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan kerja kursus yang lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik. Tambahan lagi, proses pelaksanaan tugasan ini kerana memerlukan saya membuat pelbagai rujukan. Selepas berbincang dengan rakan, saya melakukan tugasan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Secara tidak langsung proses membuat kerja kursus ini juga dapat mewujudkan ikatan silaturahim antara saya dan rakan kumpulan serta memberikan kesedaran kepada saya tentang betapa pentingnya pengetahuan tentang Seni Dalam Pendidikan. Oleh itu,

Upload: dhiya-ainanie

Post on 03-Oct-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BAHAN REFLEKSI

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat MengasihaniSaya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah menganugerahi kudrat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh akhir.Tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara langsung dan berkesan. Saya dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaplikasian ilmu yang telah saya perolehi dalam topik-topik tertentu yang telah saya pelajari. Lantaran adalah amat berguna untuk saya sebagai seorang guru yang berjaya di masa hadapan.

Sebagai seorang pelajar, saya sememangnya tidak pernah lari daripada berhadapan dengan masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak begitu efisyen. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan kerja kursus yang lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik. Tambahan lagi, proses pelaksanaan tugasan ini kerana memerlukan saya membuat pelbagai rujukan.

Selepas berbincang dengan rakan, saya melakukan tugasan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Secara tidak langsung proses membuat kerja kursus ini juga dapat mewujudkan ikatan silaturahim antara saya dan rakan kumpulan serta memberikan kesedaran kepada saya tentang betapa pentingnya pengetahuan tentang Seni Dalam Pendidikan. Oleh itu, saya telah mendapat beberapa nilai yang sangat bermakna iaitu kita perlu berusaha dengan gigih serta berfikiran positif semasa melakukan satu kerja seperti kata-kata hikmat daripada Dharmawijaya, iaitusekiranya kita memikirkan sesuatu yang positif maka kita akan mendapat sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita memikirkan sesuatu yang negatif, kita akan mendapat sesuatu yang negatif. Di samping itu, kerja kursus ini menggalakkan lagi guru pelatih untuk kerap membuat rujukan dalam apa jua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kekerapan membuat rujukan membolehkan seseorang itu memahami suatu topik dengan lebih mendalam. Selain itu, sikap ingin tahu secara lebih mendalam juga dapat dipupuk dalam kalangan pelatih. Contohnya, apabila seseorang pelatih mengalami kekeliruan semasa menyiapkan tugasan, pelbagai persoalan akan timbul dan ini akan meningkatkan lagi sikap ingin tahu dan sikap suka bertanya dalam kalangan pelajar. Ilmu yang kita dapat juga bertambah dan berguna untuk masa hadapan. Saya telah membuat banyak rujukan melalui pelbagai media contohnya laman sesawang dan buku contohnya mencari maklumat tentang maklumat berkaitan dengan tugasan. Kesemua rujukan tersebut telah memudahkan lagi proses pembuatan kerja kursus ini.

Saya berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH ( ELM 3033) dengan menghasilkan tugasan kumpulan. Mujurlah, pensyarah kami iaitu Pn Siti Fatihah Binti Osman banyak membantu saya agar saya tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan seperjuangan saya Noraini Bt Hamdan, Fazlyshah B. Kamal serta Fazilawati Bt Samsudin, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika saya mencari bahan sebagai rujukan. Oleh yang demikian, saya merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang saya yang sememangnya warga pendidik . Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada saya, dimana dapat melihat dan memahami peringkat perkembagan seorang guru dalam menjadi warga pendidik yang Berjaya. Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Siti Fatihah Binti Osman dan juga kepada rakan seperjuangan saya di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.NUR AINANI BINTI ALIRBT 3831129-06-5516PPG Ambilan 2011